Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Aspire Vero — Laptop Mesra Alam Tersedia di Malaysia! Harga Bermula RM 2599!

Maira by Maira
September 29, 2022
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Produk, Teknologi
0 0
0
Acer Aspire Vero — Laptop Mesra Alam Tersedia di Malaysia! Harga Bermula RM 2599!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia telah mengumumkan spesifikasi baharu laptop Aspire Vero yang mesra alam, dengan lebih banyak tawaran kepada pengguna sambil menambah keupayaan produk dengan teknologi terbaru.

“Kelestarian tidak perlu memakan kos yang tinggi, dan kami percaya pengamalan gaya hidup yang mesra alam hanya boleh dilakukan apabila kami menghasilkan produk hijau yang mampu dimiliki. Matlamat kami adalah untuk menghasilkan kesedaran alam sekitar menerusi reka bentuk yang bermutu tinggi dan prestasi yang tidak diragukan dalam satu peranti yang boleh dimiliki semua. Dengan ini, kami boleh meningkatkan impak positif terhadap alam sekitar bersama pelanggan kami,” menurut Johnson Seet, Pengarah Perniagaan Pelanggan, Produk dan Pemasaran Acer Malaysia.

Acer Aspire Vero baharu yang dikuasakan oleh pemproses generasi ke-12 Intel Core i7 menawarkan prestasi dan penjimatan tenaga yang lebih baik. Diiktiraf oleh platform Intel Evo bermakna Acer Vero memberi pengalaman penggunaan yang premium, seperti ‘wake from sleep’ kurang dari 1 saat, jangka hayat bateri lebih 4 jam daripada tempoh pengecasan 30 minit, dan lebih 10 jam penggunaan bateri dunia sebenar.

Lengkap dengan 8GB RAM dan 512GB SSD yang tentunya mencukupi untuk penggunaan harian, ia mempunyai rekaan yang memudahkan naik upaya dan pembaikan dan juga memanjangkan jangka hayat peranti tersebut. Aspire Vero baharu telah ditambah baik daripada versi sebelum ini dan menggunakan plastik yang dibuang ke laut untuk pad sentuhnya. Aspire Vero menyediakan pengalaman peka-sentuhan kepada pengguna melalui kaedah ‘surface treatment’ baharu untuk menawarkan rasa ala kaca.

Aspire Vero baharu turut hadir dengan aplikasi VeroSense untuk pengguna memantau skrin peranti dan mod penjimatan tenaga bagi memanjangkan jangka hayat bateri. Mewarisi rekaan edisi sebelumnya, 99% daripada panel paparan 15.6 inci itu boleh dikitar semula manakala 30% dan 50% casis dan topi kekunci Aspire Vero diperbuat daripada post-consumer plastic(PCR). Kekunci “R” dan “E” yang diterbalikkan menggemakan seruan untuk ‘reduce, reuse and recycle’; turut dibawakan pada edisi baru.

Dengan usaha pasukan Acer Research and Design, pembungkusan Acer Aspire Vero masih memberi perlindungan tanpa memerlukan plastik dan pembalut span. Pemikiran inovatif itu telah memenangi Red Dot Design Award 2022. Diperbuat daripada 90% kertas dikitar semula, pembungkusan itu boleh dikitar semula jika tidak dihantar ke pusat pelupusan bio. Ini merupakan usaha berterusan Acer untuk menyokong dan berkembang bersama rantaian bekalan bahan boleh dikitar semula. Sebagai tambahan, pembungkusan itu boleh menjadi stand laptop ergonomik, tempat simpanan atau dulang nurseri. Ini membolehkan pengguna memberikannya fungsi baharu bagi memanjangkan jangka hayat bahan tersebut sebelum dikitar semula.

Tersedia dengan segera di Acer eStore, stor rasmi Acer di Shopee dan Lazada dan penjual semula yang sah, Acer Aspire Vero bermula pada harga RM2,599 dengan Windows 11 dan Microsoft Office Home & Student 2021. Sempena dengan pelancaran Acer Aspire Vero baharu ini, dan sebagai usaha menyokong matlamat meningkatkan kesedaran alam, Acer Malaysia melanjutkan program trade-in sehingga 31 Disember 2022.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Aceracer malaysiaAspire Vero
Previous Post

Aloy Datang Dengan Rupa Baru! Perkenalkan Aloy Versi Wayang Kulit!

Next Post

One Piece mungkin akan dedahkan rahsia Devil Fruit tak lama lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
One Piece mungkin akan dedahkan rahsia Devil Fruit tak lama lagi!

One Piece mungkin akan dedahkan rahsia Devil Fruit tak lama lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd