Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Smartphone Samsung buat hal lagi — Ramai mengadu bateri kembung, takut meletup

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 29, 2022
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Smartphone Samsung buat hal lagi — Ramai mengadu bateri kembung, takut meletup
Share on FacebookShare on Twitter

Pada tahun 2017, Samsung mengalami masalah besar apabila sejumlah smartphone Galaxy Note 7 tiba-tiba meletup kerana bateri rosak. Sejak itu, masalahnya telah dibaiki tetapi seorang YouTuber terkenal baru-baru ini mengadu yang smartphone Samsung lain masih memiliki isu bateri sama dan kemungkinan boleh meletup.

Dalam sebuah video, YouTuber Mrwhosetheboss (aka Arun Maini) menceritakan yang beberapa smartphone Samsung dalam simpanannya mempunyai bateri kembung sehingga penutup belakang mula tercabut. Antara yang terjejas pada mulanya termasuk Galaxy Note 8 (2017), Galaxy S6 (2015), dan Galaxy S10 (2019).

Samsung kemudian menghubungi Maini dan mengumpul tiga smartphone yang terjejas itu untuk membuat siasatan pada awal Ogos. Malangnya, YouTuber itu tidak mendapat sebarang berita atau kemas kini daripada Samsung sejak itu.

Pada mulanya, dia menyalahkan gelombang panas di UK, yang mungkin membawa kepada perubahan drastik dalam suhu. Tetapi kemudian Maini sedar bahawa bateri di dalam smartphone lain seperti iPhone, Pixel dan Asus yang disimpan dalam keadaan sama masih dalam keadaan baik walaupun ia lebih lama.

Tempat simpanan smartphone milik Maini

Berikutan itu, Maini menyemak semua smartphone Samsung dalam simpanan dan mendapati bahawa Galaxy Z Fold 2 (2020) juga mempunyai masalah bateri kembung yang sama. Dalam kes ini, Galaxy Z Fold 2 berada dalam keadaan yang lebih membimbangkan memandangkan ia dianggap sebagai peranti premium dan baru sahaja dikeluarkan 2 tahun lepas.

Galaxy Z Fold 2

Apa yang membuatkan keadaan lebih merisaukan adalah beberapa tukang review dan YouTuber mengesahkan yang bateri smartphone Samsung mereka juga mengalami isu sama.

Tidak semuanya berita buruk! Isu ini nampaknya hanya berlaku dengan peranti yang sudah lama tidak digunakan (beberapa bulan hingga beberapa tahun). Masalah ini tidak akan muncul di peranti yang kerap digunakan.

Memandangkan Samsung masih belum memberi kenyataan rasmi, jadi apa yang mengakibatkan isu?

Sebenarnya, ini adalah cara bateri litium-ion berfungsi (bateri ini digunakan oleh semua smartphone generasi sekarang). Kita tidak boleh mengecas berlebihan, tidak boleh kurang cas, tidak boleh terlalu panas dan tidak boleh terlalu sejuk.

Jika anda menyimpan peranti terlalu lama, bateri akan mula mengembang secara sendiri. Beginilah keadaannya dan ia mustahil untuk diselesaikan melainkan kalau jenis bateri baharu dicipta.

Semua peranti yang menggunakan bateri litium-ion mempunyai risiko yang sama, termasuk komputer riba dan sebagainya. Cuma saya tidak faham mengapa hanya smartphone Samsung yang mempunyai masalah ini. Beberapa netizen di Reddit juga komen bahawa masalah ini sepatutnya harus berlaku di telefon lain tetapi mungkin tetapi tidak disemak dengan teliti.

Smartphone yang dikenal pasti mempunyai isu bateri kembung yang sangat serius, tetapi mungkin yang lain masih berada di fasa awal, lantas membuatnya sangat sukar untuk dibezakan.

Jika anda kebetulan mempunyai smartphone Samsung lama yang tidak diguna, saya mengesyorkan anda untuk memeriksa bateri jika ada sebarang kecacatan untuk mengelakkan apa-apa masalah daripada berlaku.

Apa pendapat anda? Adakah ini hanya video clickbait atau adakah Samsung patut dipersalahkan? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Tags: bateriSamsungSmartphoneTeknologi
Previous Post

Syberia: The World Before akan keluar di PS5 & Xbox Series X|S, sekali dengan edisi terhad!

Next Post

Aloy Datang Dengan Rupa Baru! Perkenalkan Aloy Versi Wayang Kulit!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Aloy Datang Dengan Rupa Baru! Perkenalkan Aloy Versi Wayang Kulit!

Aloy Datang Dengan Rupa Baru! Perkenalkan Aloy Versi Wayang Kulit!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd