Acer Malaysia telah mengumumkan ketibaan Acer Swift 5, Swift 3 dan TravelMate P2 baharu yang dilengkapi dengan pemproses Intel® Core™ terkini. Selain peranti terbaharu daripada siri Swift yang nipis dan ringan, serta komputer riba komersial TravelMate P2, Acer turut melancarkan monitor baharu, desktop permainan video dan siri baharu Acer Enduro.
“Hari ini, Acer berbangga untuk berkongsi dengan anda bagaimana kami menyahut cabaran dalam menghasilkan ketersambungan yang bermakna dengan inovasi penuh manfaat. Dengan menggabungkan elemen-elemen penting seperti keringanan, ketahanan lasak dan produktiviti, kami mampu memenuhi apa jua kehendak pelanggan-pelanggan. Sama ada untuk tujuan kerja, produktiviti, belajar, bermain, kreativiti atau hiburan, Acer bersedia untuk memenuhi keperluan tersebut,” kata Pengurus Besar Produk, Jualan dan Pemasaran Acer Malaysia, Chan Weng Hong.
Terima kasih kepada pemproses Intel® Core™ generasi ke-11 dan penyelesaian grafik terbaharu Intel®, Acer Swift 3, Swift 5 dan TravelMate P2 membenarkan pengguna untuk menikmati prestasi CPU yang mendahului industri, kualiti grafik yang mengasyikkan, kelajuan AI yang luar biasa, serta ketersambungan wayar dan tanpa wayar yang terbaik dalam kelasnya.
Acer Swift 5 – Nipis, Ringan dan Pengalaman Perkomputeran yang Tiada Tandingan
Acer Swift 5 yang memenangi anugerah direka untuk pengguna bijak yang mahukan prestasi, gaya dan kemudahan daripada komputer riba mereka. Acer Swift 5 baharu dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ i7 Generasi ke-11, 512GB PCIe NVMe SSD dan Onboard LPDDR4X sehingga 16GB di dalam sebuah chasis ultra nipis yang mampu menawarkan pengalaman perkomputeran responsif dan penuh kuasa. Dengan Grafik Intel® Iris® Xe, Acer Swift 5 baharu bersedia untuk mengendalikan video dan grafik dari mana-mana dan pada bila-bila masa.
Dijuteraan bersama dengan Intel serta diiktiraf sebagai sebuah komputer riba dengan platform Intel® Evo™, Acer Swift 5 yang nipis dan ringan memiliki spesifikasi dan ciri-ciri penting untuk menawarkan maklum balas yang konsisten, dapat dihidupkan secara serta-merta, jangka hayat bateri yang lebih lama serta pengecasan pantas untuk kemudahan dengan tiada tandingan.
Ia mempunyai kuasa untuk menjalankan pelbagai aplikasi sepanjang 15 jam dengan sekali caj penuh. Ini membuktikan Acer Swift 5 benar-benar boleh dibawa ke mana-mana sahaja kerana pengguna tidak perlu membawa pengecas computer mereka, walaupun terpaksa digunakan sehari suntuk. Dalam situasi kecemasan, ia juga boleh dicas sepantas 30 minit untuk membolehkan video dimainkan selama 4 jam.
Keupayaan Acer Swift 5 dipadankan dengan ciri estetikanya yang cantik. Chasis magnesium-lithium dan magnesium-aluminum bergred tinggi menjadikan Acer Swift 5 hanya seberat 1.05kg dan senipis 14.95mm sahaja. Sekaligus menjadikannya sebuah komputer riba yang tahan lasak dan ringan untuk dibawa.
Acer Swift 5 mempunyai paparan sentuh FHD IPS bersaiz 14 inci yang menyokong 100% gamut warna sRGB untuk menyampaikan visual yang sangat jelas kepada pengguna. Dengan rekaan bezel nipis yang menawarkan nisbah skrin-ke-badan sehingga 90%, paparan tersebut dilapis dengan kaca Antimicrobial Corning® Gorilla® untuk mengurangkan pembiakan mikro organisma yang boleh membawa bau dan noda.
Ciri Intel® Wireless Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.0 membolehkan pengguna membuat sambungan tanpa wayar dengan mudah. Penghantaran data juga lebih pantas dengan Thunderbolt 4. Dilengkapi penyelesaian cap jari Acer Bio-Protection, Acer Swift 5 menawarkan akses yang lebih pantas dan selamat kepada Windows Hello untuk mengenal pasti identiti pengguna tanpa memerlukan sebarang kata laluan.
Dengan pra-pemasangan Microsoft Office Home & Student 2019, Acer Swift 5 berwarna kabus hijau (Mist Green) kini boleh didapati di semua penjual sah Acer di seluruh negara pada harga bermula RM3,999.
Spesfikasi Acer Swift 5 | ||
Model | SF514-55TA-55MW | SF514-55TA-79W5 |
Processor | Intel®Core™i5-1135G7 | Intel®Core™i7-1165G7 |
Graphic | Intel®Iris®XeGraphics | |
Memory | 8GBOnboardLPDDR4X | 16GBOnboardLPDDR4X |
Display | 14″FHD IPS display, high-brightness AcerCineCrystal™ LED-backlit TFT LCD with Anti microbial Coating | |
Storage | 512GBPCIeSSD | |
Wireless&Networking | •Bluetooth®5.0 •Intel®Wireless Wi-Fi 6 AX201 o802 .11axoDual Band (2.4 GHz and 5 GHz)o2x2 MU-MIMO technology | |
Input&Output | •HDMI®2.0 port with HDCP support •2 x USB 3.2 Gen 1 which 1 port featuring power-off USB charging •1 x USB Type-C port: USB 3.2 Gen 2 (up to 10 Gbps)oDisplayPort over USB-CoThunderbolt™4oUSB charging 5 V; 3 AoDC-in port 20 V; 65 W •1 x USB Type-C port: USB 3.2 Gen 1 (up to 5 Gbps) •3.5 mm headphone/speaker jack •Acer Bio-Protection fingerprint solution, featuring computer protection and Windows Hello Certification | |
Webcam | Acer Super HDR imagingwebcam with 1280 x 720 resolution | |
Microsoft Office | Microsoft Office Home & Student 2019 Full Version | |
Estimated Battery Life | Up to 15hours(based on MobileMark ®2014 testresults) | |
Dimensions | 318.9(W)x206.98(D)x14.95(H)mm | |
Weight | 1.05kg | |
Warranty | 2-YearLocal Warranty with 1st Year International Travelers Warranty | |
Operating System | Windows10Home | |
Color | Mist Green | |
Price | RM3,999 | RM4,999 |
Acer Swift 3 – Nipis dan Mudah Dibawa, Datang Dalam Tiga Pilihan Warna
Direka untuk pengguna yang mempunyai gaya hidup aktif dan moden, Acer Swift 3 yang bergaya dan ringan datang dalam tiga pilihan warna di Malaysia. Acer Swift 3 dikuasa oleh pemproses sehingga Intel® Core™ i7 Generasi ke-11 dan Intel® Iris® Xe Graphics onboard LPDDR4X mencecah 16GB serta 512GB PCle NVMe SSD untuk menawarkan prestasi dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Dengan paparan skrin IPS FHD LED bezel nipis bersaiz 14 inci yang memberikan imej tajam, Acer Swift 3 memasukkan segala prestasinya ke dalam kerangka besi aluminum dan magnesium-aluminum setebal 15.95mm dan hanya seberat 1.2kg. Dengan WiFi 6 (Gig+), pelanggan boleh menikmati ketersambungan internet yang pantas dan stabil. Acer Swift 3 mempunyai jangka hayat bateri selama 11 jam dan menyokong pegecasan pantas 30 minit untuk memberikan tontonan video selama 4 jam.
Bukan itu sahaja, Acer Swift 3 sudah dipasang dengan Microsoft Office Home & Student 2019 untuk meningkatkan productiviti anda. Dengan beberapa pilihan warna, Acer Swift 3 membolehkan pelanggan memilih warna computer riba mengikut gaya mereka. Acer Swift 3 boleh didapati di semua kedai dalam talian rasmi Acer dan penjual sah Acer di seluruh negara pada harga bermula RM3,299.
Spesifikasi Acer Swift 3 | ||
Model | SF314-59-50LL SF314-59-56F2 SF314-59-5696 |
SF314-59-70M2 |
Pemproses | Intel®Core™i5-1135G7 | Intel®Core™i7-1165G7 |
Grafik | Intel®Iris®XeGraphics | |
Memori | 8GBOnboardLPDDR4X | 16GBOnboardLPDDR4X |
Paparan | 14″FHD IPS display, high-brightness Acer Comfy View™ LED-backlit TFT LCD | |
Storan | 512GB PCIe SSD | |
Wireless&Networking | •Bluetooth®5.0 •Intel®Wireless Wi-Fi 6 AX201 o802 .11axoDual Band (2.4 GHz and 5 GHz)o2x2 MU-MIMO technology |
|
Input&Output | •1 x HDMI®2.0 port with HDCP support •2 x USB 3.2 Gen 1 which 1 port featuring power-off USB charging •1 x USB Type-C™ port: USB 3.2 Gen 2 (up to 10 Gbps) oDisplayPort over USB-CoThunderbolt™4 oUSB charging 5 V; 3 A oDC-in port 19 V; 65 W •3.5 mm headphone/speaker jack |
|
Webcam | Acer HD webcam with 1280 x 720 resolution with SHDR (Super High Dynamic Range imaging) | |
Microsoft Office | Microsoft Office Home & Student 2019 Full Version | |
Jangka Hayat Bateri | Up to 11 hours (based on MobileMark) | |
Dimensi | 323.4(W)x218.9(D)x15.95(H)mm | |
Berat | 1.2kg | |
Waranti | 2-YearLocal Warranty with 1st Year International Travelers Warranty | |
Operating System | Windows10Home | |
Warna | PureSilver AquaBlue MelonPink |
PureSilver |
Harga | RM3,229 | RM4,199 |
TravelMate P2 – Rakan Sekerja yang Tahan Lasak
Syarikat yang memerlukan komputer riba yang boleh dipercayai dan selamat akan mengakui Acer TravelMate P2 sebagai peranti yang paling sesuai untuk kegunaan ekskutif mereka. Padat dengan pelbagai ciri perniagaan yang berguna dan pilihan ketersambungan termaju, TravelMate P2 dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ Generasi ke-11. Ia kemudian dipadankan bersama dengan Grafik Intel® Iris® Xe untuk menawarkan prestasi GPU dan kelajuan grafik AI yang mendahului industri. Komputer riba ini juga menawarkan ketersambungan wayar dan tanpa wayar yang terbaik dalam kelasnya. Dengan pilihan pemacu keras 1TB atau 512GB PCIe NVMe SSD dan RAM yang boleh dinaik taraf sehingga 32GB, TravelMate P2 bersedia untuk menjadi teman sekerja yang dipercayai di mana-mana sahaja.
Dibina untuk mematuhi piawaian MIL-STD-810G, Acer TravelMate P2 telah menjalani pelbagai ujian yang ketat pada papan kekunci ia yang tahan tumpahan dan sudut yang tahan getaran untuk memastikan ia dapat bertahan dalam situasi dunia sebenar seperti insiden terjatuh atau terlanggar yang boleh berlaku apabila pengguna berada dalam gerakan.
Komputer riba ini dipasang dengan perlindungan pemacu keras Trusted Platform Module (TPM) 2.0 untuk memastikan keselamatan pengesahan dan data syarikat terutama ketika bekerja di luar pejabat. Ciri-ciri keselamatan tambahan termasuklah pengimbas cap jari dan Windows Hello untuk membuka serta mengakses peranti dengan mudah dan selamat menerusi satu sentuhan jari atau pandangan pantas ke arah kamera.
Persidangan video kini sudah menjadi rutin kepada para eksekutif, terutama apabila bekerja dari rumah. Untuk menambah baik kualiti mesyuarat secara maya, Acer TravelMate P2 mempunyai teknologi Intel® Wi-Fi 6 (802.11ax) tercanggih untuk pengalaman tanpa wayar yang lebih lancar, sehingga 3 kali lebih pantas berbanding Wi-Fi 5 standard.
Bukan itu sahaja, Acer TravelMate P2 dilengkapi dengan webcam 720p dan penutup kamera untuk melindungi privasi semasa kamera tidak digunakan. Ia juga dipasang dengan 2 mikrofon, 2 pembesar suara hadapan TrueHarmoney dan teknologi penekanan butang kekunci. Gabungan semua teknologi dan ciri ini memberikan kualiti serta pengalaman persidangan video yang baik kepada pengguna Acer TravelMate P2.
Tambahan pula, Acer TravelMate P2 datang dengan port USB Type-C yang menyokong penghantaran data sehingga 10Gbps, DisplayPort dan DC-in untuk mengecas komputer riba ini. Lampu belakang papan kekunci juga membolehkan pengguna terus produktif dalam persekitaran cahaya yang malap. Boleh didapati di semua kedai dalam talian rasmi Acer dan terpilih penjual sah Acer di seluruh negara, rakan sekerja yang tahan lasak, Acer TravelMate P2 ditawarkan pada harga bermula RM2,699.
Spesifikasi Travel Mate P2 | ||||
Model | P214-53-328K | P214-53-59YN | P214-53-53P4 | P214-53-5858 |
Paparan | 14-inchHD1366x768 | 14-inch1920x1080FHDIPS | ||
Pemproses | Intel®Core™i3-1115G4 | Intel®Core™i5-1135G7 | ||
Grafik | Intel®UHDGraphics | Intel®Iris®XeGraphics | ||
Memori | 4GBDDR4 | 8GBDDR4 | ||
Storan | 256GBM.2PCIeSSD | 1TB7.2Krpm | 256GBM .2PCIe SSD | 512GBM. 2 PCIe SSD |
Wireless&Networking | •Bluetooth®5.0 •802.11axo2x2 MU-MIMO technology •Gigabit Ethernet,Wake-on-LAN ready |
|||
Keselamatan / Privasi | •Trusted Platform Module (TPM) •Security Shutter for Webcam •Acer ProShield •Kensington Lock Slot |
|||
Input&Output | •1 x USB Type-C™ port: USB 3.2 Gen 2 (up to 10 Gbps) oDisplayPort over USB-C oThunderbolt™ 4oUSB charging 5 V; 3 A oDC-in port 20 V; 65 W •HDMI® port •3 x USB 3.2Ports •VGA Port •RJ-45 Gigabit Ethernet •Acer FineTip Backlit Keyboard |
|||
Ketahanan | Military Standard MIL-STD-810G CompliantSpill Resistant Keyboard | |||
Green Standard | Energy Star® Compliant EPEAT® Registered | |||
Jangka Hayat Bateri | 13 hours with 48 Wh 3-cell battery | |||
Dimensi | 328 (W) x 236 (D) x 19.9 (H) mm | |||
Berat | 1.6kg | |||
Waranti | 3-YearWarranty | |||
Operating System | Windows10 Professional | |||
Warna | Black | |||
Harga | RM2,699 | RM3,099 | RM3,299 | RM3,549 |
Pelanggan yang membeli Acer Swift 5, Swift 3 dan TravelMate P2 dengan pemproses Intel® Core™ Generasi ke-11 sebelum 31 Disember 2020 layak untuk menebus hadiah percuma, termasuklah kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai sehingga RM100 dan sarung komputer riba premium1 di https://www.a-redemption.com/.
Setiap pembelian sebelum 25 Disember 2020 juga melayakkan pelanggan untuk mendapat satu penyertaan Christmas rEunion Advent Calendar dan berpeluang membawa pulang hadiah daripada jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM30,000. Bermula 1 Disember 2020 hingga 26 Disember 2020, Acer Malaysia akan memilih seorang pemenang bertuah setiap hari untuk menerima hadiah istimewa. Pemenang akan diumumkan di laman Facebook Acer Malaysia atau di https://www.a-redemption.com/.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia @MyAcer atau hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat) atau email [email protected].
@gamersantaimy
Discussion about this post