Acer Malaysia turut mengumumkan pra-tempahan rangkaian komputer riba dan tablet baharu yang tahan lasak iaitu siri Enduro. Siri Acer Enduro terdiri daripada peranti berkuasa yang tahan lasak dan memberi prestasi stabil dalam apa jua situasi.
Komputer Riba Tahan Lasak Acer Enduro N3
Dibina untuk memberi keseimbangan antara ketahanan dan kemudahan untuk dibawa ke mana-mana, Acer Enduro N3 cukup unggul bagi pengguna yang sering berada di tempat kerja berbeza seperti arkitek, jurutera, pemeriksa projek, pengurus acara, pekerja ladang atau mereka yang gemar merakam aksi ketika berada di luar rumah.
Dengan keupayaan MIL-STD 810G dan IP53, Acer Enduro N3 merupakan komputer riba lasak bersaiz 14 inci yang paling ringan setebal 24.85mm dan berat 1.985kg. Ia tampil dengan bahagian sudut yang diperkukuhkan sekira terjatuh dan kaca Corning® Gorilla® untuk melindungi paparan daripada air sementara dengan ciri uniknya, iaitu Aquafan™ yang berfungsi untuk menghalang air. Tambahan pula, lubang saluran air pada papan kekunci dan port I/O dengan meterai membolehkan Acer Enduro N3 kekal kering dan boleh berfungsi seperti biasa walaupun terdedah kepada air.
Jangka hayat bateri selama 13 jam menjadikannya ia satu peranti yang terbaik di tempat kerja, terutamanya di kawasan yang sukar mendapat bekalan elektrik. Pada masa yang sama, perkakasan Trusted Platform Module (TPM) 2.0 dengan chip anti-pengacauan memastikan keselamatan data pengguna.
Sudah boleh ditempah menerusi laman web rasmi Acer, Acer Enduro N3 hadir dalam dua varian. Varian pertama yang dikuasakan oleh Intel® Core i7 Generasi ke-10 dengan memori dalaman 8GB dan 256GB PCIE NVMe SSD yang ditawarkan pada harga RM5,699. Sementara varian dengan Intel® Core i5 Generai ke-10 bersama 256GB PCIE NVMe SSD berharga RM4,699.
Tablet Tahan Lasak Acer Enduro T1
Ideal untuk kegunaan persekitaran perniagaan runcit dan gudang oleh pekerja industri, tablet Acer Enduro T1 boleh dipadankan dengan papan kekunci portfolio pilihan. Dengan keupayaan MIL-STD 810G dan IP54, Acer Enduro T1 dikuasakan oleh pemproses Intel Celeron atau MediaTek MT8385 bersama storan eMMC 64GB untuk menjadikannya satu peranti pilihan yang boleh diharap serta mudah bagi menyelesaikan tugasan dengan segera.
Dengan beratnya yang kurang daripada 500 gram (0.496kg), Acer Enduro T1 membuktikan ia boleh bertahan jika terjatuh dari ketinggian lebih 1.2m (122cm), selain tahan air dan debu. Ia juga boleh digunakan dalam persekitaran yang memerlukan peranti lasak seperti di gudang, kawasan industri serta premis runcit yang berhabuk dan lembab.
Bagi membolehkannya berfungsi sepanjang waktu bekerja tanpa perlu dicaj, Acer Enduro T1 didatangkan dengan jangka hayat bateri sepanjang 10 jam. Peranti itu dilengkapi paparan kaca Corning® Gorilla® bebas silau untuk membolehkan pengguna menggunakannya walaupun ketika memakai sarung tangan.
Pelbagai pilihan aksesori dan ciri utama boleh diprogramkan dan sedia digunakan bagi memenuhi keperluan yang unik serta pelbagai. Sudah boleh ditempah menerusi laman web rasmi Acer, Acer Enduro T1 yang ditawarkan pada harga bermula RM1,599.
Spesifikasi Acer Enduro T1 |
||
Model | ET108-11A-83CH | ET110-31W-C1PD |
Pemproses | MTK MT8385 quad-core Cortex A73 | Intel® Celeron® Quad-core N3450 |
Grafik | – | Intel® HD Graphics 500 |
Paparan | 8.0″ IPS, HD 1280×800 350 nits, LED backlit TFT LCD with Multi Touch | 10.1″ IPS, WXGA 1280×800, 350 nits, LED backlit TFT LCD |
Memori | 4 GB of LPDDR4 | |
Storan | 64GB eMMC Micro SD Card reader up to 128GB |
|
Kamera Utama | 2560 x 1920 resolution 720p HD audio/video recording |
|
Kamera hadapan | 1600 x 1200 resolution 720p HD audio/video recording |
|
Wireless & Networking |
• Bluetooth® 4.1 • IEEE 802.11 a/b/g/n/ac wireless LAN • GPS |
• Bluetooth® 4.2 • IEEE 802.11ac/a/b/g/n Wireless LAN • GPS |
Input & Output | o USB Type-C™ port supporting: o USB charging 5 V; 3 A o 3.5 mm headphone/speaker jack o Single Speaker design o Built-in digital microphone |
• USB Type-C™ port supporting: o USB 3.2 Gen 1 (up to 5 Gbps) o DisplayPort over USB-C o DC-in port 12 or 19 V; 45 W • USB 3.2 Gen 1 port • USB 2.0 port • Micro HDMI® port with HDCP support • 3.5 mm headphone/speaker jack • Single Speaker design • Built-in digital microphone |
Rugged Design | • U.S. MIL-810G • IP54 | |
Bateri | Life Up to 9 hours | Up to 10 hours |
Dimensi | 227.1 (W) x 146.8 (D) x 11 (H) mm | 178 (W) x 290 (D) x 11.7 (H) mm |
Berat | 0.496 kg | 0.9 kg |
Operating System | Android™ 9 Pie | Window10Pro |
Waranti | 3-Year Part & Labor, Onsite Warranty with 1st Year International Traveler Warranty | |
Warna | Black | |
Harga | RM1,599 | RM2,799 |
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia @MyAcer atau hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat) atau email [email protected].
@gamersantaimy
Discussion about this post