Selain daripada komputer riba yang nipis dan ringan, Acer turut memperkenalkan desktop Predator Orion 3000 yang berkuasa dan dua monitor Type-C bersaiz 27 dan 34 inci pada hari ini. Monitor dengan ciri USB Type-C ini menampilkan gamut warna yang luas sehingga 99% Adobe RGB dan 99% sRGB untuk pengguna yang mahukan skrin yang lebih besar untuk bermain permainan video, hiburan dan prestasi lebih baik.
Predator Orion 3000 – Prestasi Berkuasa dalam Saiz Sederhana
Sebagai varian terbaharu dalam siri Predator Orion, Predator Orion 3000 menggabungkan aspek kuasa dan pencahayaan RGB dalam satu reka bentuk yang kompak, moden dan sesuai untuk pemain permainan video tegar.
Dengan pemproses Intel® Core™ i7 Generasi ke-10 dan NVIDIA® GeForce® RTX2060 SUPER, Predator Orion 3000 boleh digunakan untuk rangkaian permainan video yang luas. Dengan pemahaman kehendak peminat permainan video yang mungkin mahukan RAM yang lebih tinggi untuk melakukan pelbagai tugasan ketika bermain, Predator Orion 3000 dilengkapi 8GB RAM sebagai ciri standard. Di samping itu, terdapat slot tambahan untuk membolehkan pemain menaik taraf sehingga 64GB dengan mudah.
Ciri Stable Killer™ E2600 menawarkan prestasi rangkaian gigabit berkelajuan tinggi. Manakala fungsi Intel® Wi-Fi 6 pula menjanjikan prestasi tanpa wayar berkelajuan tinggi dengan kurang pendaman. Predator Orion 3000 juga dilengkapi dengan kipas berkembar FrostBlade™ bagi memastikan pengguna boleh mengekstrak prestasi maksimumnya.
Dengan sebanyak 16.7 juta warna, pemain boleh mengubah suai bar lampu vertikal pada bahagian hadapan perumah dan kedua-dua kipas FrostBlade™ menggunakan Predator Sense. Malah, pilihan pelindung panel sisi kaca waja yang mematuhi piawai EMI menyerlahkan lagi komponen dan pencahayaan RGB yang berwarna-warni.
Predator Orion 3000 datang dalam dua varian. Satu dikuasakan oleh pemproses Intel® Core i7 Generasi ke-10 dengan NVIDIA® GeForce® RTX 2060 SUPER dan ditawarkan pada harga RM6,799. Manakala satu lagi varian menggunakan pemproses Intel® Core i5 dengan NVIDIA® GeForce® GTX 1660 SUPER yang berharga RM4,099.
Spesifikasi PREDATOR ORION 3000 |
||
Model | PO3-620-10400W10D | PO3-620-10400W10D |
Pemproses | Intel®Core™i5-10400F | Intel®Core™i7-10700 |
Grafik | NVIDIA®GeForce®GTX 1660 SUPER with 6 GB of GDDR6 | NVIDIA®GeForce®RTX 2060 SUPER with 8 GB of GDDR6 |
Paparan | 8.0″ IPS, HD 1280×800 350 nits, LED backlit TFT LCD with Multi Touch | 10.1″ IPS, WXGA 1280×800, 350 nits, LED backlit TFT LCD |
Memori | 8GB DDR4 2666MHz(Upgradable to 16GB x 4) | |
Storan | 128GB PCIeSSD + 1TB SATA HDD | 256GB PCIeSSD + 1TB SATA HDD |
Kamera Utama | 2560 x 1920 resolution 720p HD audio/video recording |
|
Kamera hadapan | 1600 x 1200 resolution 720p HD audio/video recording |
|
Wireless & Networking |
802.11ax/ac/a/b/g/n•Killer E2600 Gigabit Ethernet•Bluetooth® 5.0 | |
Rear I/O connectors | •1x LAN port(s)•3x Audio jack(s)•2xUSB 2.0 Type A port(s)•4x USB 3.2 Gen 1 Type A port(s) | |
Expansion | •1x PCIe x16 slot(s)•1x M.2 slot (for WLAN) | |
Bateri | 500 W single-rail 12 V PFC (EuP), auto-sensing, 80PLUS Gold | |
Audio | DTS:X®Ultra | |
Berat | 0.496 kg | 0.9 kg |
Operating System | Windows 10 Home | |
Waranti | 3-Year Local Warranty | |
Harga | RM4,099 | RM6,799 |
Predator XB273U GX – Permainan Video Lancar, Visual Terbaik
Menyokong saluran kuasa 65W menerusi USB Type-C dan disahkan oleh NVIDIA G-SYNC™, panel paparan WQHD Agile-Splendor IPS bersaiz 27 inci menyokong kadar segar semula overclockable sehingga 270Hz dan tempoh maklum balas 0.5ms. Hasilnya, ia mampu menawarkan kualiti tontonan yang lancar dan tidak kabur untuk adegan-adegan pantas. Seterusnya menambah baik pengalaman bermain permainan video.
Predator XB273U GX disahkan dengan persijilan VESA HDR 400 bersama kecerahan DisplayHDR 400 nits. Monitor ini menawarkan visual jelas untuk pengalaman menonton yang terbaik, terima kasih kepada gamut warna AdobeRGB sehingga 99% dengan Delta E<2.
Mempunyai rekaan yang ergonomik, Predator XB273U GX membolehkan pemain permainan video mengubah suai ketinggian, kecondongan dan memusing monitor berkenaan untuk mendapatkan sudut yang selesa. Predator XB273U GX ditawarkan pada harga RM3,299.
Spesifikasi PREDATOR XB273UGX MONITOR |
|
Saiz paparan | 27-inch |
Resolusi Max. | 2560x1440WQHD |
Refresh Rate | 240Hz (OC mode: 270Hz) |
Response Time | 1ms(GtoG),0.5ms(GtoG,Min.) |
Panel | In-Plane Switching (IPS) |
Sudut Pandangan | 178°(H),178°(V) |
Contrast Ratio | 1,000:1(Native) |
Waena | 1.07billion |
Bits | 8Bit+Hi-FRC |
Kecerahan | 400nits (HDR400 mode: peak 400nits) |
Color Gamut | 99%AdobeRGBwidecolorgamut |
Speaker | 2W x2 |
Input / Output Signal | •2 x HDMI(2.0)•1 x DisplayPort (v1.4)•4 x USB 3.0 •1 Type-C (PD65W)•Audio out |
Support | NVIDIA®G-SYNC®Compatible |
Tilt / Height Adjustment | -5° to 25° (At the highest position) / 100mm |
Swivel / Pivot | +/–30° / ± 90° |
Waranti | 3 Years Onsite Warranty |
Harga | RM3,299 |
Monitor CB342CK C Monitor – Cipta dan Reka dengan Penuh Ketepatan
Direka untuk pengguna professional, Acer CB342CK C tampil dengan rekaan ZeroFrame bersama dengan panel UltraWide QHD IPS yang menawarkan gamut warna sRGB sehingga 99%. Ia mampu memberikan pengalaman visual yang semula jadi dan tajam dengan sudut tontonan selebar 178°.
Dengan ciri warna 6-axis Bersepadu, Acer CB342CK C membolehkan pengguna untuk mengubah suai warna mengikut kesesuaian mereka.
Rekaan ZeroFrame memberikan pengalaman tontonan yang lancar dan sesuai untuk tetapan multi-monitor. Dengan adanya Acer ErgoStand, para pengguna boleh mengubah kedudukan monitor Acer CB342CK C sama ada condong, dipusingkan dan ketinggiannya untuk posisi tontonan yang ideal. Port USB Type-C mengurangkan masalah wayar berselirat, sekali gus menjadikan sambungan kepada desktop, komputer riba, telefon pintar serta kuasa 65W ke monitor dengan sangat mudah.
Untuk meningkatkan pengalaman tontonan serta produktiviti, monitor Acer CB342CK C juga datang dengan teknologi BlueLight Shield™, Acer Flicker-less™, Acer ComfyView™ dan Low Dimming™ untuk mengurangkan kepenatan mata dengan menawarkan kualiti tontonan yang selesa walaupun digunakan dalam tempoh yang lama. Acer CB342CK C ditawarkan pada harga RM1,799.
Spesifikasi Acer CB342CKC Monitor |
|
Saiz paparan | 34-inch |
Resolusi Max. | 3440 x 1440 UltraWide QHD |
Refresh Rate | 75Hz |
Response Time | 1ms (VRB) |
Panel | In-Plane Switching (IPS) |
Sudut Pandangan | 178°(H),178°(V) |
Contrast Ratio | 100million:1max(ACM) |
Warna | 16.7M |
Bits | 8Bit |
Brightness | 400nits |
Color Gamut | 99%sRGB |
Speaker | 3W x2 |
Input / Output Signal | •2 x HDMI(v2.0)•1 x DisplayPort (v1.4)•3xUSB3.0(1xup2xdown)•1 x USB Type-C (PD65W)•Audio out |
Support | AMD Radeon™ FreeSync™ |
Tilt / Height Adjustment | -5° to 35° (At the highest position) / 150mm |
Waranti | 3 Years Onsite Warranty |
Harga | RM1,799 |
Desktop Predator Orion 300 dan monitor Predator XB273U GX sudah boleh didapati sekarang, monitor Acer CB342CK C boleh didapati mula dari Disember 2020 di semua kedai dalam talian rasmi Acer dan penjual sah Acer di seluruh negara.
Pelanggan yang membeli mana-mana peranti ini sebelum 31 Disember 2020 layak untuk menebus hadiah percuma, termasuklah kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai sehingga RM100 dan sarung komputer riba premium1 di https://www.a-redemption.com/.
Setiap pembelian sebelum 25 Disember 2020 juga melayakkan pelanggan untuk mendapat satu penyertaan Christmas rEunion Advent Calendar dan berpeluang membawa pulang hadiah daripada jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM30,000. Bermula 1 Disember 2020 hingga 26 Disember 2020, Acer Malaysia akan memilih seorang pemenang bertuah setiap hari untuk menerima hadiah istimewa. Pemenang akan diumumkan di laman Facebook Acer Malaysia atau di https://www.a-redemption.com/.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia @MyAcer atau hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat) atau email [email protected].
@gamersantaimy
Discussion about this post