Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Level Up KL] Game Seram Short Creepy Tales: 7PM memboloti acara SEA GAME AWARDS 2020! Tahniah!!

Berikut adalah semua senarai pemenang tahun ini!

Nyny.A by Nyny.A
November 27, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Eksklusif, Genre, Livestream, Tempatan
0 0
0
[Level Up KL] Game Seram Short Creepy Tales: 7PM memboloti acara SEA GAME AWARDS 2020! Tahniah!!
Share on FacebookShare on Twitter

LEVEL UP KL telah menjadi tuan rumah SEA Game Awards untuk tahun ke-4 berturut-turut! Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan meraikan kreativiti, kesenian dan kepintaran teknikal pembangun dan permainan terbaik dari seluruh rantau ini di samping menegakkan kecemerlangan kreatif dan teknikal dalam industri permainan video Asia Tenggara!

Walaupun iyanya dijalankan secara dalam talian tahun ini akibat pandemik COVID-19 yang berlarutan dan masih terjadi di Malaysia, acara ini tetap berjaya selesai dan melihat pelbagai industri permainan yang berjaya memboloti anugerah berprestij ini!

Dalam edisi keempat ini, SEA Game Awards 2020 akan memberi pengiktirafan kepada permainan video terpilih di Asia Tenggara dalam 10 kategori yang berlainan. Kategorinya adalah Grand Jury Award, Rising Star Award, Audience Choice Award, Best Technology, Best Visual Art, Best Game Design, Best Audio, Best Storytelling, Best Innovation dan Best Student Game.

Tanpa lengahkan masa jom lihat senarai pemenang tahun ini!

RISING STAR AWARD

Rising Star Award mengiktiraf permainan yang paling dinanti-nantikan yang akan dikeluarkan oleh studio permainan baru. Tahun ini kita menyaksikan permainan dari Thailand iaitu Fallen Knight dari Fairplay Studios yang berjaya memenanginya!

AUDIENCE CHOICE AWARD

Sebuah anugerah baru tahun ini, Anugerah Audience Choice mengiktiraf permainan dengan undian tertinggi dari penonton dan pemain di LEVEL UP KL 2020 Online. Tahniah beribu tahniah kepada pelajar dari UOW Malaysia KDU University College bagi permainan Don’t Stop The Party kerana memenangi anugerah ini!

BEST TECHNOLOGY

Best Technology pula mengiktiraf keunggulan keseluruhan teknologi dalam permainan – yang menggunakan teknologi canggih, berbilang pemain secara kreatif termasuk pengaturcaraan grafik, kecerdasan buatan dan rangkaian. Tahniah kepada pemenang iaitu Bake ‘n Switch dari Streamlines Games Malaysia!

BEST VISUAL ART

Best Visual Art mengiktiraf keunggulan keseluruhan seni visual dalam permainan – termasuk arah seni, animasi, pemodelan, reka bentuk watak, pembuatan tekstur, dan sebagainya. Dan pemenangnya juga dari Malaysia iaitu Short Creepy Tales: 7PM dari Cellar Vault Games! Tahniah!

BEST GAME DESIGN

Siapa sangka Short Creepy Tales: 7PM dari Cellar Vault Games juga memenangi anugerah ini! Best Game Design mengiktiraf keunggulan keseluruhan reka bentuk dalam permainan termasuk mekanik permainan, kebolehmainan, keseimbangan bermain dan reka bentuk tahap.

BEST AUDIO

Best Audio mengiktiraf kecemerlangan audio secara keseluruhan dalam permainan yang merangkumi kesan bunyi, komposisi & skor muzik, lagu asli, runut bunyi berlesen, reka bentuk suara, orkestrasi dll. Pemenang untuk tahun ini adalah dari Filipina iaitu Love Esquire dari Yangyang Mobile! Siapa sangka kan!

BEST STORYTELLING

Tahun ini anugerah ini dimenangi oleh A Space For The Unbound dari Mojiken Studio Indonesia! Best Storytelling mengiktiraf permainan dengan pengembangan penceritaan dan naratif yang paling luar biasa termasuk pembinaan plot, senario, cerita dan dialog.

BEST INNOVATION

Kali ini menampilkan sekali lagi wakil Malaysia memenangi anugerah ini. Best Innovation mengiktiraf permainan tunggal yang menunjukkan inovasi sejati, memajukan keadaan canggih, dan mendorong batas permainan sebagai media ekspresif. Tahniah kepada DeLight dari DreamTree Studio Sdn. Bhd.!

BEST STUDENT GAME

Best Student Game mengiktiraf permainan terbaik keseluruhan yang dikembangkan oleh pelajar dari rantau Asia Tenggara. Penantian yang amat membanggakan pada UOW Malaysia KDU University College sekali lagi kerana Don’t Stop The Party berjaya memenanginya!! Tahniah!

GRAND JURY AWARD

Anugerah yang paling dinantikan pada setiap tahun di SEA Game Awards! Tahun lepas kita menyaksikan GigaBash memenangi Grand Jury Award yang mengiktiraf permainan terbaik keseluruhan yang dipilih sebulat suara oleh para juri. Tahniah beribu tahniah kami ucapkan kepada Short Creepy Tales: 7PM dari Cellar Vault Games yang berjaya mendapatkannya untuk tahun ini!

Kami dari Gamer Santai mengucapkan beribu tahniah kepada semua pemenang terutama dari Malaysia kerana anda berjaya mengharumkan nama negara kita sekali lagi! Lagi-lagi Cellar Vault Games yang membawa permainan seram yang unik mereka dalam kemenangan tahun ini! Tahniah sekali lagi semua!

Tags: A Space For The UnboundBake ‘n SwitchDeLightDon't Stop the PartyFallen Knightlevel up klLEVEL UP KL 2020Love EsquireSEA GAME AWARDS 2020Short Creepy Tales: 7PM
Previous Post

Ulasan Kingdom Hearts: Melody of Memory – Sebuah surat cinta kepada “kipas-susah-mati!”

Next Post

Channel YouTube di BLOCKED?! Tapi kenapa? Ketahui mengapa pekara ini boleh terjadi!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Channel YouTube di BLOCKED?! Tapi kenapa? Ketahui mengapa pekara ini boleh terjadi!

Channel YouTube di BLOCKED?! Tapi kenapa? Ketahui mengapa pekara ini boleh terjadi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd