Sekarang ini, memang Ghost of Tsushima tengah hangat bagi pemain PlayStation 4 dengan kehadirannya secara rasmi pada 17 Julai 2020 lalu. Pada yang telah memulakan permainan ini, sudah tentu anda tahu kalau ada masa ketika tidak memutuskan urat tengkuk kepala Mongol, Jin Sakai boleh relax kan diri dia sambil ikut burung atau foxes dan berdoa di tempat suci di atas gunung, anda boleh bersantai dan bermain seruling anda, juga anda boleh menemui beberapa “Hot Springs” untuk mandi dan merenungkan hari-hari anda.
Okay stop kejap! Sampai mandi dekat Hot Springs tu selalu yang menjadi perhatian adalah nampak punggung Jin kan? Tetapi kali ini bukan itu yang lawak, sebaliknya ada glitch terjadi dan membuat hari kami terhibur kejap! Ada seorang pengguna Reddit bernama u/jttattoo telah mengongsikan video Ghost of Tsushimanya dan telah berjaya mendapat reaksi dari ramai pengguna Reddit yang lain. Anda kena tonton sendiri video tersebut dibawah, baru anda tahu betapa lawaknya situasi di Hot Springs ini!
.Nyata menghiburkan betul tak? Siapa sangka Jin Sakai adalah fleksibel! Dah boleh masuk ahli gimnastik dah ni!
Bukan itu sahaja, sepanjang kisah Ghost of Tsushima, Jin kan banyak membunuh penyerang Mongol walaupun pada awalnya Jin berusaha untuk melakukan sesuatu dengan cara Samurai, dia akhirnya terpaksa ingkar untuk menyelamatkan rumahnya. Okay glitch kali ini terjadi selepas pekara tersebut yang Jin lakukan, sepatunya hanya menjadi Stealth Kill yang biasa… Tetapi… Nasib tak jadi zombi Mongol tu~ ini adalah video dari pengguna Reddit u/DigitalGraphyte.
Untuk menghasilkan glitch ini, pemain memerlukan akses ke teknik Ghost Stance. Ini diperoleh semasa Act of Ghost of Tsushima yang kedua dan secara automatik diperoleh sebagai sebahagian dari cerita. Ini memungkinkan pemain untuk terus memenggal kepala lawan dengan melakukan stealth kill. Tapi macam anda tonton diatas, nampaknya si Mongol walaupun dah kena penggal kepala, tapi masih mencuba untuk bangun semula~
Tak habis lagi, ini lagi satu video lawak dari pemain Ghost of Tsushima yang juga kongsikan di Redditnya u/CatsyGreen dimana pemain ni kena buli weh dengan Mongol! Anda boleh lihat musuh menyerang Jin dengan banyak anak panah tanpa henti si atas angin ketika baru sahaja melompat dari bumbung, sehingga sampai ke tanah, terus dipenggal kepalanya~
Dah pecah perut gelak dengan glitch dan video lawak ni. Baiklah, pada anda nak lihat semula review kami untuk Ghost of Tsushima, atau nak tahu disebalik permainan ini seperti yang dikongsikan Producer mereka, jangan segan-segan untuk singgah di web kami ok! Apa pendapat anda dengan video-video ini? Kalau kot anda pun terkena, jangan lah lupa kongsikan ok!
Sumber: Reddit r/ghostoftsushima
@gamersantaimy
Discussion about this post