Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

gamescom 2026 Pecah Rekod Dengan 368,000 Pengunjung & Ruang Pameran Habis Ditempah

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 1, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
gamescom 2026 Pecah Rekod Dengan 368,000 Pengunjung & Ruang Pameran Habis Ditempah
Share on FacebookShare on Twitter

Merupakan antara konvensyen gaming terbesar di dunia, gamescom 2026 telah melabuhkan tirai di Cologne, Jerman, serta menjadi edisi paling “bertaraf antarabangsa” setakat ini.

Acara ini berjaya menarik seramai 368,000 pengunjung dari 131 buah negara, dengan peningkatan sebanyak 6% bagi pengunjung antarabangsa yang berkunjung ke pusat pameran Koelnmesse.

Buat pertama kali dalam sejarah gamescom, ruang pameran seluas 233,000 meter persegi habis ditempah. Acara ini memecah rekod dengan penyertaan 1,743 syarikat pempamer dari 66 negara; peningkatan sebanyak 11% berbanding tahun 2025. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 72% pempamer datang dari luar Jerman, merangkumi 48 pavilion negara yang mewakili 41 buah negara.

Selain kehadiran ratusan ribu orang, Gamescom turut menyaksikan aktiviti perniagaan dan komersial yang semakin rancak. Lebih 36,000 “trade visitor” hadir, dengan hampir separuh daripadanya datang dari luar negara. Pihak penganjur menyatakan pertumbuhan tertinggi dicatatkan dari Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, dan Belanda, di samping peningkatan kehadiran eksekutif kanan studio dan penerbit.

Persidangan khusus untuk pembangun, gamescom dev, turut berkembang dengan kehadiran 6,200 pembangun game dan pencipta kandungan yang berdaftar; meningkat 15% berbanding tahun lepas.

Sebagai salah satu detik bersejarah bagi acara ini, Frank-Walter Steinmeier selaku Presiden Persekutuan Jerman menjadi presiden pertama yang sedang berkhidmat menghadiri gamescom. Beliau merasmikan pembukaan gamescom congress, di mana lebih 1,100 peserta membincangkan potensi permainan video dari sudut sosial, budaya, dan ekonomi.

Bagi para gamer yang menonton dari seluruh dunia, siaran digital gamescom mencatatkan sambutan luar biasa. Pada malam Sabtu sahaja, sesi siaran langsung dan kandungan digital acara telah merekodkan lebih 624 juta tontonan di seluruh dunia.

Antara tumpuan utama siaran digital termasuk:

  • gamescom Opening Night Live (ONL): Mencapai 78 juta tontonan, membawakan pelbagai gameplay trailer besar, world premiere, serta pengumuman tarikh pelancaran game baharu.
  • Awesome Indies Show: Jumlah tontonan melonjak lebih 670% kepada 302,000 tontonan, yang mengetengahkan studio indie ke khalayak global.
  • gamescom Epix: Aktiviti pencarian digital yang interaktif ini menjana 6.2 juta paparan halaman, meningkat sekitar 9% berbanding tahun 2025.

Tahun ini turut menampilkan kemunculan debut acara kebajikan speedrunning, Games Done Quick (GDQ) di Eropah. Sebagai penghargaan atas impak komuniti dan usaha kutipan dananya, GDQ telah dianugerahkan anugerah berprestij gamescom Heart of Gaming Award.

Pihak penganjur mengesahkan bahawa gamescom 2027 akan kembali pada 23 hingga 29 Ogos 2027.

Jadual bagi acara tahun 2027 adalah seperti berikut:

  • 23–24 Ogos 2027: gamescom dev (Persidangan Pembangun)
  • 24 Ogos 2027 (Malam): gamescom Opening Night Live
  • 25 Ogos 2027: Hari Perniagaan dan Media
  • 26–29 Ogos 2027: Dibuka kepada orang awam

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: gamescom 2026
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu The Blood of Dawnwalker – Manusia Di Siang Hari, Pemangsa Ganas Di Malam Hari

Next Post

[Eksklusif] Bezakan Diri Daripada Battle Royale, PUBG: DED.NET Lebarkan Sayar Ke Genre Roguelite Multi-Match

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
[Eksklusif] Bezakan Diri Daripada Battle Royale, PUBG: DED.NET Lebarkan Sayar Ke Genre Roguelite Multi-Match

[Eksklusif] Bezakan Diri Daripada Battle Royale, PUBG: DED.NET Lebarkan Sayar Ke Genre Roguelite Multi-Match

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd