Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu The Blood of Dawnwalker – Manusia Di Siang Hari, Pemangsa Ganas Di Malam Hari

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 31, 2026
in Action, Artikel, Berita, Game Review, Microsoft, PC, PS5, Review, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Reviu The Blood of Dawnwalker – Manusia Di Siang Hari, Pemangsa Ganas Di Malam Hari
Share on FacebookShare on Twitter

The Blood of Dawnwalker merupakan projek debut daripada Rebel Wolves, studio yang diasaskan empat tahun lalu oleh Konrad Tomaszkiewicz (pengarah The Witcher 3: Wild Hunt).

Mengambil kira latar belakang beliau serta penambahan beberapa pembangun veteran daripada The Witcher dan Cyberpunk 2077, jangkaan terhadap game ini sudah tentu amat tinggi. Daripada beralih ke genre lain, mereka memilih untuk kekal dengan kepakaran utama mereka iaitu sebuah AAA action RPG fantasi gelap.

Setelah berpeluang memainkannya sehingga tamat, kami yakin bahawa game ini memberikan pengalaman yang sangat mengagumkan.

Meskipun projek ini berskala lebih kecil dan terfokus berbanding karya-karya epik berskala gergasi yang pernah mereka hasilkan sebelum ini, cita-citanya sangat terserlah dalam segenap aspek. Terutamanya, ia menyerlah dalam genrenya, dan merupakan antara RPG terbaik tahun ini serta calon kuat untuk gelaran “Game of the Year”.

Namun begitu, ia masihh mempunyai beberapa kelemahan dan keputusan reka bentuk yang mungkin kurang digemari sesetengah pemain. Berikut adalah ulasan penuh kami tentang segala yang ditawarkan oleh The Blood of Dawnwalker.

Bila Pilihan Gameplay Mengubah Cerita

Ceritnya bermula di Eropah pada abad ke-14 semasa kemuncak wabak Black Death. Ketika wabak tersebut memusnahkan kehidupan dan pihak berkuasa tempatan bertindak kejam dengan menghapuskan mangsa demi mengawalnya, sekumpulan vampire yang dikenali sebagai “Vrakhir”, diketuai oleh Brencis, muncul sebagai penyelamat.

Mereka menawarkan darah mereka (bertindak sebagai penawar ajaib untuk sebarang penyakit) sebagai pertukaran untuk menguasai wilayah Vale Sangora sepenuhnya dan menuntut diri mereka disembah seperti tuhan.

Ancaman wabak berjaya dihapuskan, tetapi rakyat terperangkap di bawah pemerintahan baharu, lalu mencetuskan pemberontakan.

Kita akan mengawal Coen, seorang pemuda biasa dari sebuah kampung kecil bernama Laslea. Kehidupannya berubah apabila dia menjadi seorang “Dawnwalker”… makhluk hibrid yang kekal sebagai manusia pada waktu siang, namun bertukar menjadi vampire sebaik sahaja malam tiba.

Misi utama Coen adalah untuk menyelamatkan keluarga dan penduduk kampungnya daripada menjadi mangsa buruan Vrakhir. Namun, dia hanya mempunyai tempoh kira-kira 30 hari untuk merancang strategi dan menggulingkan seluruh rejim Brencis.

Game ini tidak terburu-buru memperkenalkan premisnya. Ia mengambil masa untuk membina latar dunia, memperkenalkan barisan watak, dan mengajar pemain tentang mekanik pengurusan masa yang penting sebelum Coen bertukar menjadi Dawnwalker; membolehkan kita menghayati dunianya terlebih dahulu.

Keunikan naratif terletak pada reka bentuk gameplay yang berbentuk sandbox. Pemain diberi kebebasan untuk mencorakkan perjalanan Coen, membuat pilihan cerita yang penting, dan membina hubungan cinta sepanjang perjalanan tersebut.

Malah pada bahagian prolog (bahagian paling diarahkan dalam game), setiap keputusan pemain tetap membawa kesan yang berat.

Sebagai contoh, Coen ditugaskan untuk mengambil herba daripada seorang ahli herba bernama Anca untuk merawat ibunya yang uzur dan mengalami masalah mental sebelum upacara Blood Covenant bermula. Jika keadaan ibunya terlalu lemah, pihak Vrakhir akan menganggapnya tidak berguna lalu mengorbankannya di situ juga.

Disebabkan masa merupakan sumber terhad, kegagalan menghantar herba tersebut tepat pada masanya akan membawa kepada padah yang tragis.

Keadaan fizikal Coen juga mempengaruhi jalan cerita.

Jika HP Coen jatuh di bawah tahap tertentu, naluri vampire-nya akan mula mengambil alih. Dalam satu babak awal cerita, Coen yang berada dalam keadaan tidak stabil dan HP yang rendah boleh hilang kawalan sehingga menghisap darah orang yang rapat dengannya; sebaliknya, mengekalkan HP yang tinggi membolehkan kita mengawal rasa lapar tersebut.

Ini bermakna jalan cerita tidak hanya bergantung kepada pilihan dialog semata-mata, malah turut dipengaruhi oleh cara kita menyusun keutamaan misi dan mengurus keadaan dalam gameplay.

Game ini juga membolehkan kita mencabar Brencis dalam pertarungan semasa naratif awal di mana pemain sepatutnya akan tewas mengikut skrip. Jika berjaya menewaskannya, pertarungan akan beralih terus ke fasa kedua yang jauh lebih kejam.

Ini menjadi bukti betapa banyaknya kebebasan yang diberi oleh pembangun kepada pemain.

Perlu dinyatakan juga bahawa ada intro sinematik CG yang dimainkan setiap kali kita memulakan permainan bagi memberikan konteks tentang latar belakang dunia, dan kami amat menyarankan anda untuk menontonnya sebelum mula bermain.

Sebelum ini, Rebel Wolves mengacah bahawa The Blood of Dawnwalker hanyalah permulaan kepada sebuah saga panjang yang bakal mengikuti perjalanan Coen merentasi pelbagai zaman, sehinggalah ke era moden pada abad ke-21.

Memulakan kisah Coen sebagai seorang pemuda mentah memberikan ruang yang baik untuk perkembangan wataknya.

Melihat sendiri bagaimana dia bergelut dengan beban mental dan fizikal akibat sumpahan kehidupan abadi menjadikannya watak yang lebih mudah dihayati berbanding protagonis yang sudah berusia ratusan tahun dan kisahnya hanya diceritakan melalui dialog.

Setiap Tindakan Ada Harganya

Masa ialah sumber paling berharga dalam game ini, dan keseluruhan struktur naratif dibina mengikut cara kita memanfaatkan tempoh 30 hari yang diperuntukkan. Setiap hari dibahagikan kepada fasa Siang dan Malam, di mana setiap fasa menyediakan lapan slot masa yang dipaparkan pada sudut atas kanan UI.

Kebanyakan aktiviti utama akan menggunakan sekurang-kurangnya satu slot masa, manakala tugasan yang lebih besar boleh mengambil beberapa slot.

Anda perlu merancang dengan teliti, kerana tersilap menghabiskan masa boleh mencetuskan peristiwa yang mungkin pemain akan sesali nanti… memandangkan ini adalah sesuatu yang kami sendiri alami seawal permulaan permainan.

Walaupun pemantauan masa memerlukan perhatian berterusan, sistem ini tidak terasa terburu-buru secara keterlaluan. Masa tidak berjalan mengikut jam sebenar atau kitaran dinamik; sebaliknya ia hanya akan bergerak maju apabila kita selesai melakukan sesuatu tindakan.

Ini memberikan cukup ruang untuk berhenti sejenak, melihat peta, dan mempertimbangkan pilihan tanpa sebarang tekanan masa sebenar.

Peta Padat Tanpa Membuang Masa

Menggabungkan pengurusan masa yang ketat dengan struktur open-world mungkin janggal, tetapi pelaksanaannya di sini berfungsi dengan sangat baik. Dunianya direka secara minimalis dan padat, bermakna pemain tidak perlu membuang masa merayau di kawasan kosong tanpa tujuan.

Titik tumpuan diletakkan berdekatan antara satu sama lain, lantas membuatkan penerokaan sentiasa menarik dan padat.

Game ini turut menggunakan mekanik biasa seperti memanjat menara untuk membuka kawasan peta di sekitarnya, namun dengan kelainan menarik: menara hanya boleh dipanjat pada waktu malam, apabila Coen boleh memanfaatkan kebolehan pergerakan vampire-nya.

Pemain tidak akan menemui sebarang kuda atau mounts lain, tetapi saiz peta yang kompak serta kebolehan Coen sudah lebih daripada mencukupi. Pada waktu malam, Coen boleh menggunakan “Shadowstep” untuk teleport jarak dekat atau bertukar menjadi serigala (shapeshift) untuk berlari pantas.

Pada waktu siang pula, apabila kebolehan vampire dikunci, anda boleh bergantung pada kuasa Witchcraft. Skil “Mercurial Fervour” membolehkan Coen memecut laju sambil memperlahankan masa di sekeliling buat seketika.

Dunianya terasa hidup, dipenuhi dengan peristiwa rawak, musuh, dan pelbagai aktiviti sampingan. Namun begitu, penerokaan kadangkala boleh menjadi menjengkelkan disebabkan oleh haiwan liar dan raksasa yang terlalu agresif.

Musuh akan menyerang sebaik sahaja melihat kita dan mengejar Coen secara agresif, yang menyusahkan kami untuk melarikan diri.

Ini terutamanya untuk babi hutan; haiwan ini sengaja ditempatkan secara meluas sebagai sumber darah mudah untuk Coen pada waktu malam, tetapi menjadi gangguan yang merimaskan pada waktu siang ketika kita hanya mahu menuju ke destinasi.

Sistem Combat Dua Waktu

Sistem combat merupakan gabungan action RPG antara aksi pedang, serangan jarak dekat, sihir, dan kebolehan vampire yang brutal. Kita mempunyai pilihan asas seperti “attack, dodge, block, dan parry”, namun sistem ini memberi penekanan tinggi terhadap kedudukan serta masa tindak balas.

Sama seperti Kingdom Come: Deliverance, langkah defensif memerlukan kita melaraskan arah mengikut arah serangan musuh. Namun, combat di sini jauh lebih pantas, dan penyesuaian arah hanya digunakan untuk tujuan block dan parry, bukan semasa menyerang.

Untuk melakukan block atau parry dengan berjaya, Coen perlu berada dalam keadaan statik sepenuhnya sambil menahan input arah tersebut. Jika anda bergerak atau cuba menekan butang lain di pertengahan aksi pertahanan, cubaan block akan gagal serta-merta.

Mekanik ini memerlukan latihan yang kerap, dan cubaan button-mashing akan membuatkan combat terasa amat susah. Sebaik sahaja mahir mengekalkan posisi dan membaca arah serangan dengan teliti, combat akan menjadi lebih mudah dikawal.

Keupayaan lawan berubah sepenuhnya bergantung pada waktu:

  • Waktu Siang (Manusia): Coen bergantung kepada kemahiran asas Swordmastery dan Witchcraft. Witchcraft menyediakan sihir darah yang kuat, tetapi penggunaannya memerlukan Coen mengorbankan sebahagian daripada HP miliknya, lantas membuat combat pada waktu siang amat berisiko tinggi.
  • Waktu Malam (Vampire): Coen mengekalkan Swordmastery, tetapi Witchcraft digantikan dengan kebolehan Vampirism. Ini membolehkannya menghisap darah musuh di tengah-tengah pertarungan untuk memulihkan HP di samping kepantasan dan mobiliti lebih tinggi.

Disebabkan keupayaan untuk “survive” dan mobiliti yang lebih baik, combat pada waktu malam secara keseluruhan terasa lebih menyeronokkan untuk dimainkan.

Meskipun pemain telah menguasai mekaniknya, game ini masih mempunyai “difficulty spike” yang agak tidak seimbang.

Dalam satu misi menyelamat di peringkat awal di sebuah kem musuh, seorang mini-boss berulang kali membunuh kami dengan satu serangan biasa, sedangkan watak kami sudah memakai gear yang cukup baik untuk tahap tersebut.

Begitu juga dengan cabaran “Astral Communion” pada waktu siang yang rasanya terlalu susah untuk bentuk manusia dan lebih sesuai diselesaikan menggunakan kebolehan malam Coen.

Walaupun ada ikon tengkorak pelbagai warna yang menandakan tahap bahaya sesebuah kawasan, beberapa combat tetap akan mengejutkan pemain tidak kira apa jua tahap difficulty yang anda pilih.

Dari sudut kelengkapan, game ini membolehkan kita menetapkan loadout berasingan untuk siang dan malam. Pemain boleh melengkapkan senjata, perisai, aksesori, dan barang consumable berbeza serta dioptimumkan untuk stats manusia atau kebolehan pontianak.

Ini memberikan rasa seolah-olah kita menguruskan dua watak berbeza tanpa perlu melipatgandakan usaha grinding, yang secara tidak langsung menambah lapisan build cusomization yang sangat memuaskan.

Korban Masa Demi Membuka Kuasa serta Strategi Mengganggu Wilayah Vrakhir

Sunggupun sistem pengurusan masa berfungsi dengan baik untuk misi, integrasinya dengan kemajuan watak agak mengecewakan. Tindakan membuka abiliti baharu daripada tiga cabang skill tree (Witchcraft, Swordmastery, dan Vampirism_ memerlukan pemain menggunakan slot masa dalam game.

Memandangkan ada puluhan abiliti yang perlu dibuka, usaha untuk memastikan Coen sentiasa berdaya saing akan memakan sebahagian besar daripada had 30 hari anda.

Ini memaksa kita mengorbankan masa berharga untuk menjalankan misi semata-mata demi membeli peningkatan stats asas dan kebolehan yang, dalam kebanyakan RPG lain, langsung tidak memakan sebarang masa permainan.

Peliknya, sistem crafting langsung tidak menggunakan sebarang slot masa. Ini membuatkan penalti masa untuk skill tree terasa tidak wajar.

Biapun kita boleh memilih untuk tidak melaburkan masa pada abiliti demi menjimatkan masa untuk misi, tindakan itu akan menyebabkan Coen menjadi terlalu lemah dan menjadikan combat lebih susah daripada yang sepatutnya.

Selain daripada skill tree, kemajuan watak turut berkait rapat dengan mekanik “Court”, yang berfungsi serupa seperti sistem Nemesis dalam Middle-earth: Shadow of Mordor. Untuk melemahkan pengaruh Brencis, kita boleh memburu dan mengganggu operasi tiga orang kanan utama: Ambrus, Xanthe, dan Bakir.

Campur tangan di wilayah mereka akan meningkatkan “Anger Level” mereka, yang akhirnya akan membuka side quest khas untuk berhadapan dengan mereka secara langsung.

Misi-misi ini merupakan persiapan penting sebelum pertarungan terakhir menentang Brencis, di samping memberikan ruang cerita yang lebih mendalam kepada watak antagonis sampingan yang mungkin dibayangi oleh Brencis.

Pendapat

Sebagai judul debut daripada studio yang baru ditubuhkan, The Blood of Dawnwalker ialah sebuah game permulaan yang meyakinkan dan dihasilkan dengan kemas, disebabkan pengalaman Konrad Tomaszkiewicz serta pasukannya.

Pendekatan naratif berbentuk sandbox dan had masa 30 hari yang ketat memberikan pengembaraan ini identiti yang tersendiri.

Dinamik siang dan malam diterapkan dengan agak kreatif ke dalam cerita, combat, dan penerokaan, untuk memastikan setiap keputusan yang diambil membawa kesan yang bermakna dalam dunia open-world yang padat tanpa kandungan kosong.

Walau bagaimanapun, ia masih mempunyai beberapa kelemahan. Sistem skill tree yang menggunakan slot masa merupakan keputusan reka bentuk yang mengecewakan kerana ia mengurangkan kemajuan watak.

Sistem menghadang mengikut arah juga kurang diterangkan dengan jelas pada awal, dan lonjakan difficulty yang mendadak boleh membuatkan beberapa combat pada bahagian awal terasa tidak adil.

Prestasi pada konsol standard PlayStation 5 juga agak mengecewakan. Peningkatan visual dalam mod Quality hampir tidak ketara, manakala mod Balanced pula hanya menawarkan frame rate yang sedikit lebih lancar tetapi masih gagal mencapai tahap 60 FPS yang stabil.

Kedua-dua mod paparan ini memerlukan pengoptimuman lanjut melalui kemas kini nanti.

Di sebalik kekurangan ini, suasana dunianya yang memukau, reka bentuk misi yang fleksibel, serta mekanik dua bentuk yang bijak menjadikan game ini sebuah dark fantasy RPG luar biasa yang tidak wajar dilepaskan oleh para peminat genre.

Game ini akan dilancarkan bermula 3 September 2026 di PlayStation 5, Xbox Series X/S, dan PC melalui Steam serta Microsoft Store. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

The Review

The Blood of Dawnwalker

9 Score

The Blood of Dawnwalker daripada Rebel Wolves ialah action RPG cemerlang dengan naratif sandbox berimpak, dunia padat, serta mekanik siang-malam 30 hari yang unik. Walaupun terjejas oleh isu prestasi PS5 dan skill tree yang memakan masa, aksi mantap serta kebebasan ceritanya menjadikannya sebuah projek hebat.

PROS

  • Naratif sandbox yang sangat menarik dengan nilai main semula yang luar biasa
  • Kesan cerita yang bermakna, dipengaruhi oleh keutamaan gameplay dan juga pilihan dialog.
  • Reka bentuk open-world yang padat tanpa kandungan filler sia-sia
  • Sistem combat yang menyeronokkan dan mencabar dengan pelbagai variasi kebolehan
  • Kitaran transformasi siang dan malam memastikan gameplay sentiasa terasa segar
  • Kitaran siang/malam diintegrasikan secara mendalam ke dalam reka bentuk misi, kebolehan, dan loadout

CONS

  • Membuka skil pada skill tree menggunakan slot masa yang berharga
  • Mekanik block dan perfect block mengikut arah tidak diterangkan dengan jelas dalam game
  • Kedua-dua mod grafik Quality dan Balanced pada PlayStation 5 asas tidak mencapai standard kejelasan visual dan sasaran frame rate yang diharapkan

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: reviuThe Blood of Dawnwalker
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Onimusha: Way of the Sword – Kuasai Seni Issen Atau Rebah Di Tangan Genma

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Onimusha: Way of the Sword – Kuasai Seni Issen Atau Rebah Di Tangan Genma
Review

Reviu Onimusha: Way of the Sword – Kuasai Seni Issen Atau Rebah Di Tangan Genma

Bagaimana Pokémon Trading Card Game Pocket Meringkaskan Perlawanan Tanpa Menumpulkan Strategi
Berita

Bagaimana Pokémon Trading Card Game Pocket Meringkaskan Perlawanan Tanpa Menumpulkan Strategi

August 31, 2026
Sedap Mata Memandang, Memuaskan Bila Main – Rahsia Di Sebalik Seni ‘Full-Art’ Pokémon TCG
Artikel

Sedap Mata Memandang, Memuaskan Bila Main – Rahsia Di Sebalik Seni ‘Full-Art’ Pokémon TCG

August 31, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd