Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Inilah Barisan Juara Dunia 2026 Pokémon World Championships Dari TCG Hingga VGC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 31, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Trading Card Game
0 0
0
Inilah Barisan Juara Dunia 2026 Pokémon World Championships Dari TCG Hingga VGC!
Share on FacebookShare on Twitter

Kejohanan 2026 Pokémon World Championships telah melabuhkan tirai sebentar tadi di San Francisco, California. Berlangsung selama tiga hari, kejohanan global ini menghimpunkan barisan pemain terbaik dunia bagi merebut gelaran juara daripada kategori permainan kad, permainan mudah alih, dan permainan video.

Hari penentuan “Championship Sunday” berlangsung meriah di hadapan ribuan penonton di Chase Center (gelanggang pasukan NBA Golden State Warriors) di mana tiketnya habis terjual, serta mencipta rekod sebagai lokasi terbesar yang pernah digunakan dalam sejarah kejohanan Pokémon. Bukan itu sahaja, festival Pokémon XP turut diadakan serentak untuk memberi peluang kepada para peminat menikmati pelbagai aktiviti santai bersama komuniti Pokémon.

Kembali kepada topik utama. Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam Pokémon World Championships 2026:

Pokémon UNITE

  • Juara: ZETA DIVISION (Jepun)
  • Naib Juara: KOMAÏ (Perancis)

Taking advantage of a second chance at destiny, the #PokemonWorlds trophy has a new victor!

Your 2026 #PokemonUNITE World Champions, @zetadivision! 🏆

 #UNITEesports pic.twitter.com/jG1gEwqVdV

— Play! Pokémon @ Worlds (@playpokemon) August 30, 2026

Pasukan esports ZETA DIVISION dari Jepun berjaya menjulang trofi selepas menundukkan wakil KOMAÏ dari Perancis di pentas grand finals. Kemenangan ini lebih bermakna kerana menjadi penampilan terakhir buat Pokémon UNITE dalam siri Pokémon World Championships.

Pokémon GO

  • Juara: GGS489HIROMARU (Jepun)
  • Naib Juara: MEweedle (Switzerland)

Congratulations to GGs489hiromaru, your 2026 #PokemonGO Champion of #PokemonWorlds! 🏆 pic.twitter.com/FAGAPsXCiv

— Pokémon GO (@PokemonGoApp) August 30, 2026

Dalam aksi final Pokémon GO, GGS489HIROMARU dari Jepun dinobatkan sebagai juara dunia baharu selepas menumpaskan MEweedle daripada Switzerland.

Pokémon Trading Card Game (TCG)

  • Juara Kategori Junior: Yuta Araki (Jepun)

Congratulations to Yuta, your 2026 #PokemonTCG Junior Division Champion of #PokemonWorlds! 🏆 pic.twitter.com/660Z1vC9FG

— Pokémon TCG (@PokemonTCG) August 30, 2026
  • Juara Kategori Senior: Jake Ng (Australia)

Congratulations to Jake, your 2026 #PokemonTCG Senior Division Champion of #PokemonWorlds! 🏆 pic.twitter.com/wIH7UG15px

— Pokémon TCG (@PokemonTCG) August 30, 2026
  • Juara Kategori Masters: Andrew Hedrick (Amerika Syarikat)

Andrew Hedrick brought the Crushing Hammer down, becoming your 2026 #PokemonTCG World Champion!

Take a look at the winning decklist 🏆 pic.twitter.com/okOnqGxKBp

— Play! Pokémon @ Worlds (@playpokemon) August 31, 2026

Kategori Junior menyaksikan Yuta Araki dari Jepun merangkul gelaran juara, manakala Jake Ng dari Australia unggul dalam kategori Senior. Bagi kategori tumpuan ramai iaitu Masters Division, Andrew Hedrick dari Amerika Syarikat berjaya menewaskan Diego Cassiraga dari Argentina untuk menjadi juara dunia.

Pokémon Video Game Championships (VGC)

  • Juara Kategori Junior: Kazuki Kage (Jepun)
  • Juara Kategori Senior: Vikram Thiagarajan (United Kingdom)
  • Juara Kategori Masters: Takuma Yamazaki (Jepun)

At his very first #PokemonWorlds, the underdog came out on top. Takuma Yamazaki is your 2026 #PokemonVGC World Champion!

Check out the winning team 🏆 pic.twitter.com/RckHWwbMUU

— Play! Pokémon @ Worlds (@playpokemon) August 31, 2026

Jepun mempamerkan dominasi dalam kejohanan permainan video. Bagi kategori Junior, Kazuki Kage menjuarai saingan selepas menundukkan Kazutaka Hatahori. Kategori Senior pula dimenangi oleh Vikram Thiagarajan United Kingdom yang menewaskan Carlos Verástegui dari Peru.

Dalam aksi penentuan Masters Division, Takuma Yamazaki menewaskan rakan senegaranya, Hiroshi Onishi, dalam siri tiga perlawanan mendebarkan untuk merangkul trofi paling berprestij tahun ini.

Anda boleh melihat aksi penuh di YouTube.

Tags: Pokémon World Championships 2026
ShareTweetSend
Previous Post

Inilah Barisan Juara Dunia Yu-Gi-Oh! World Championship 2026!

Next Post

2027 Pokémon World Championships Akan Berlangsung Di Singapura; Filem Animasi Baru ‘Pokémon: Wild Card’ Diumumkan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu The Blood of Dawnwalker – Manusia Di Siang Hari, Pemangsa Ganas Di Malam Hari
Review

Reviu The Blood of Dawnwalker – Manusia Di Siang Hari, Pemangsa Ganas Di Malam Hari

Reviu Onimusha: Way of the Sword – Kuasai Seni Issen Atau Rebah Di Tangan Genma
Review

Reviu Onimusha: Way of the Sword – Kuasai Seni Issen Atau Rebah Di Tangan Genma

Bagaimana Pokémon Trading Card Game Pocket Meringkaskan Perlawanan Tanpa Menumpulkan Strategi
Berita

Bagaimana Pokémon Trading Card Game Pocket Meringkaskan Perlawanan Tanpa Menumpulkan Strategi

August 31, 2026
Next Post
2027 Pokémon World Championships Akan Berlangsung Di Singapura; Filem Animasi Baru ‘Pokémon: Wild Card’ Diumumkan

2027 Pokémon World Championships Akan Berlangsung Di Singapura; Filem Animasi Baru ‘Pokémon: Wild Card’ Diumumkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd