Di PokémonXP, salah satu sesi panel memberikan gambaran di sebalik tabir tentang fenomena Pokémon Trading Card Game Pocket.
Sesi ini mengumpulkan tiga tokoh penting yang menerajui hala tuju game mobile ini: Tetsuya Iguchi (Ketua Unit Perniagaan di DeNA dan produser bagi Pokémon Masters EX), Ryo Tsujikawa (Pegawai Korporat di Creatures Inc. dan bekas pengarah permainan kad bagi siri tabletop Sun & Moon), serta Ryosuke Hanawa (Pegawai Korporat di The Pokémon Company, yang berpengalaman dalam pemasaran dan acara bagi set fizikal Sun & Moon dan Sword & Shield).

Bersama, mereka bertiga menghuraikan reka bentuk di sebalik pengumpulan kad digital, cabaran mengadaptasi permainan kad berusia 30 tahun ke peranti mobile, serta eksperimen gameplay mencabar yang diperkenalkan menerusi set expasion terbaru, Team Rocket’s Ambition.
Kebarangkalian Membuka Pek dan Pengenalan Ciri Share
Selepas tahun pertama yang luar biasa dengan pelancaran set-set expansion besar seperti Mega Rising, Fantastical Parade, Pulsing Aura, dan Ruler of the Skies, pasukan pembangun ingin menangani cabaran utama dalam mengumpulkan kad digital; iaitu mengekalkan keterujaan ketika membuka pek tanpa membuatkan usaha melengkapkan sesebuah set terasa mustahil.
Apabila meneliti semula pelbagai kemas kini permainan (daripada penambahbaikan kualiti seperti penerimaan hadiah secara pukal dalam Present Box sehinggalah rombakan sistem Wonder Pick dan pertukaran kad), Hanawa menekankan bahawa setiap ciri dinilai berdasarkan keseimbangan reka bentuk yang amat penting.

“Kami memperkenalkan kemas kini dan penambahbaikan ciri dengan matlamat utama untuk memudahkan pemain mengumpul kad. Walau bagaimanapun, dalam permainan di mana anda boleh membuka booster pack setiap hari, jika kad terlalu mudah diperoleh, nilai sebenar untuk melengkapkan koleksi akan berkurangan.
Kami telah menghabiskan masa sepanjang tahun lalu untuk menyeimbangkan perkara ini dengan teliti.”
Falsafah tersebut diuji semasa pelancaran sambutan ulang tahun pertama menerusi Mega Rising. Seperti yang dijelaskan oleh Iguchi, data dalaman mendedahkan dilema klasik untuk mana-mana permainan kad.
Disebabkan kebarangkalian bagi drop rate dalam booster pack, usaha untuk melengkapkan kad terakhir dalam sesebuah set menjadi semakin susah bagi pemain yang komited.

“Sebelum kemas kini tersebut, usaha mengumpul kad menjadi semakin susah apabila kemajuan pemain semakin jauh. Walaupun matlamat kami adalah agar pemain menikmati proses mengumpul kad sehingga selesai, kami sedar wujud jurang antara apa yang ingin kami sampaikan dengan pengalaman sebenar pemain.
Kemas kini ulang tahun pertama direka untuk merapatkan jurang tersebut dengan meluaskan cara pemain bekerjasama, memperkenalkan ciri perkongsian kad, serta memasukkan kad Illustration Rare ke dalam Wonder Pick.”

Hasilnya, ciri “Share” menjadi satu sorotan yang tidak disangka-sangka buat pasukan pembangun. Hanawa berkongsi pandangannya tentang dinamik di sebalik mekanik ini:
“Perkara yang paling menarik bagi saya tentang ciri Share ialah pemain yang memberikan kad tidak menerima sebarang ganjaran di dalam game. Namun, para pemain tetap gembira dapat membantu rakan-rakan dan komuniti melengkapkan binder mereka.
Bagi diri saya sendiri, dapat menghadiahkan kad yang belum dimiliki oleh rakan saya merupakan antara detik yang paling menyeronokkan dalam game ini.”
Menyesuaikan Format Kad 60 Keping kepada Pertarungan Mobile yang Pantas
Apabila Creatures Inc. mencipta sistem pertarungan untuk Pocket, matlamatnya bukanlah untuk menggantikan permainan fizikal Pokémon Trading Card Game, sebaliknya menyerap intipati utama ke dalam sesi perlawanan yang pantas dan mesra peranti mobile.
Setelah bertahun-tahun mengarah permainan kad fizikal tradisional, Tsujikawa diberi tanggungjawab untuk mengurangkan saiz deck, memudahkan penjanaan energy, serta mengubah syarat kemenangan tanpa menghilangkan aspek taktikal yang menjadi nadi pertarungan Pokémon.

“Matlamat kami adalah untuk memberikan pengalaman pertarungan yang dioptimumkan untuk game mobile yang santai dan pantas. Walaupun kami meringkaskan saiz deck, syarat kemenangan, penjanaan energy, serta tempo perlawanan, kuncinya bukan sekadar menjadikan game ini ‘mudah’.
Cabaran sebenar adalah untuk mengekalkan strategi dan kepuasan intelek yang menghubungkannya dengan permainan kad fizikal. Melihat begitu ramai pemain memahami asas permainan melalui Pocket—dan menyaksikan bilangan tinggi pemain mula beralih ke arena kad fizikal tabletop—merupakan kejutan yang paling bermakna buat kami.”
Set Team Rocket’s Ambition
Perbincangan panel kemudian beralih kepada set expansion terbaharu, Team Rocket’s Ambition, yang bukan sahaja membawa watak penjahat klasik francais ini ke dalam meta, malah merombak reka bentuk visual menu utama dan kedai dalam game.
Iguchi dan Hanawa menjelaskan bahawa selepas berbulan-bulan pemain melalui paparan log masuk harian yang sama, pasukan pembangun mahu mengubah UI agar pemain dapat merasakan kehadiran Team Rocket sebaik sahaja mereka membuka aplikasi.


Semasa menjelaskan barisan kad dalam set expansion ini, Tsujikawa mengetengahkan elemen nostalgia di samping eksperimen mekanik gameplay yang berani.
Beliau merujuk kepada kad Team Rocket’s Mr. Mime, dengan senyuman sinis yang hanya sesuai wujud dalam set bertemakan penjahat, serta kad Supporter Team Rocket’s Researche; suatu penghormatan khas yang hanya muncul buat kali kedua sepanjang 30 tahun sejarah permainan kad ini.

Lebih menarik lagi, Tsujikawa turut memberi tumpuan kepada Team Rocket’s Raticate ex, sebuah kad yang dibina dengan mekanik yang timbulkan huru-hara jika dimainkan dalam kejohanan fizikal dengan merampas terus kad energy pihak lawan dari active spot.

“Dalam permainan kad fizikal, kewujudan kad yang mencuri energy daripada Pokémon aktif pihak lawan hampir mustahil untuk dilaksanakan dengan lancar. Kad energy boleh bercampur di dalam sleeve pemain lain, mengganggu gameplay, dan berisiko terbawa pulang secara tidak sengaja.
Namun dalam persekitaran digital, sistem gameplay menyelesaikan isu ini secara automatik. Team Rocket’s Ambition memberi alasan bertema yang sesuai untuk bereksperimen dengan peraturan yang hanya boleh wujud di atas skrin.”


Para panelis turut memuji variasi taktikal dalam set ini, di mana Iguchi menggemari keupayaan kawalan bench daripada kad Team Rocket’s Boss, manakala Hanawa memuji Team Rocket’s Slowking ex kerana memperkenalkan archetype “hand-scaling” yang memberi ganjaran kepada pemain apabila mengumpul jumlah kad yang banyak di tangan sebelum melancarkan serangan.


![[Eksklusif] Temu Bual Bersama Para Johan Yu-Gi-Oh! World Championship 2026!](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/YGO-WCS-2026_INTERVIU-JOHAN_FI-1-350x250.jpg)





Discussion about this post