Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Inilah Barisan Juara Dunia Yu-Gi-Oh! World Championship 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 30, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Trading Card Game
0 0
0
Inilah Barisan Juara Dunia Yu-Gi-Oh! World Championship 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu hujung minggu terbesar dalam arena permainan kad kompetitif melabuhkan tirai hari ini di Tokyo Garden Theater, Ariake, Jepun, apabila Yu-Gi-Oh! World Championship 2026 (WCS 2026) menobatkan barisan juara dunia terbaharu bagi kategori permainan kad fizikal dan juga platform digital.

Mario De Micco ialah Juara Kategori Trading Card Game

Akhir sekali, Mario De Micco dari Kanada sah bergelar World Champion 2026 untuk Yu-Gi-Oh! TRADING CARD GAME 🏆 pic.twitter.com/cRul11K1QX

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) August 30, 2026

Dalam kategori Trading Card Game, Mario De Micco dari Kanada tampil sebagai juara dunia. Menggunakan deck Kewl Tune, De Micco nampak tenang sepanjang aksi Grand Final melawan Josh Kelly sebelum menjulang trofi juara.

Kejohanan kad fizikal kali ini turut mencatat sejarah sebagai yang terbesar sejak 2005 selepas penambahan peserta daripada 28 kepada 30 orang, demimembuka slot kelayakan tambahan buat wakil dari Jepun dan China.

Dalam Duel Links, Snyffus Pertahan Gelaran Speed Duel, Kitamura Jadi Juara Rush Duel

Tahniah kepada juara dunia baru di Yu-Gi-Oh! World Championship 2026 (WCS 2026)🏆

Philipp Thomas "Snyffus" dari Jerman berjaya merangkul gelaran Juara Yu-Gi-Oh! Duel Links, manakala Takuma Kitamura dari Jepun menobatkan diri sebagai Juara Dunia Yu-Gi-Oh! Duel Links (Rush Duel). pic.twitter.com/JbDdbJeAV8

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) August 30, 2026

Saingan di platform digital menyajikan aksi yang tidak kurang hebatnya.

Bagi kategori Yu-Gi-Oh! Duel Links Speed Duel, jaguh dari Jerman, Philipp Thomas (atau lebih dikenali sebagai “Snyffus”) membuktikan statusnya sebagai pakar format tersebut apabila berjaya mempertahankan kejuaraan untuk muncul sebagai Juara Dunia “back-to-back” selepas menang pada 2025.

Bagi kategori Duel Links Rush Duel pula, wakil tuan rumah Takuma Kitamura mempamerkan prestasi dominan di hadapan penyokong sendiri untuk memastikan trofi kekal di bumi Jepun.

Skuad Korea Selatan “Called By Army” Cipta Sejarah dalam Master Duel

Tahniah kepada pasukan Called By Army dari Korea Selatan yang dinobatkan sebagai Juara Yu-Gi-Oh! Master Duel World Championship 2026! 🏆 pic.twitter.com/7YwD5lbcwU

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) August 30, 2026

Bagi acara berpasukan 3v3 Yu-Gi-Oh! Master Duel, skuad Called By Army dari Korea Selatan berjaya melakar sejarah tersendiri.

Dibarisi oleh Minsung Kim (“CER.Sana”), Hyunsoo Lee (“A1.cutesnail”), dan Jisuk Kim (“CER.subaduck”), mereka menundukkan pasukan Glory Future di pentas akhir untuk muncul sebagai wakil Asia pertama yang menjuarai kejohanan dunia Master Duel.

WCS 2027 Akan Berlangsung di Singapura

2027年、次なる決闘の舞台はシンガポール。

See you at Yu-Gi-Oh! WORLD CHAMPIONSHIP 2027 in Singapore!#遊戯王WCS2027 pic.twitter.com/hrc57PK2Ck

— 【公式】遊戯王OCG (@YuGiOh_OCG_INFO) August 30, 2026

Sebagai penutup, Konami berkongsi kejutan besar yang pastinya menggembirakan komuniti permainan kad di rantau ini… Yu-Gi-Oh! World Championship 2027 bakal berlangsung secara rasmi di Singapura.

Ini menandakan kali pertama kejohanan tersebut bertandang ke Asia Tenggara, lantas memberi peluang buat peminat di Malaysia untuk menyaksikan aksi duelist terbaik dunia secara langsung hanya di seberang Tambak Johor pada tahun hadapan.

Anda boleh tonton segala aksi untuk kejohanan edisi 2026 di YouTube.

Tags: Yu-Gi-Oh! World Championship 2026
ShareTweetSend
Previous Post

Membawa Nama Malaysia Ke Kelompok Terhebat Dunia – Temu Bual Bersama Brendan Gan, Top 30 Pokémon TCG Masters Division

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Membawa Nama Malaysia Ke Kelompok Terhebat Dunia – Temu Bual Bersama Brendan Gan, Top 30 Pokémon TCG Masters Division
Temuramah

Membawa Nama Malaysia Ke Kelompok Terhebat Dunia – Temu Bual Bersama Brendan Gan, Top 30 Pokémon TCG Masters Division

August 30, 2026
Pokémon Bukan Lagi Acara Dewan, Sekarang Mampu Ambil Alih Sebuah Bandar; Menurut Pengarah Esports/Acara The Pokémon Company International
Temuramah

Pokémon Bukan Lagi Acara Dewan, Sekarang Mampu Ambil Alih Sebuah Bandar; Menurut Pengarah Esports/Acara The Pokémon Company International

August 30, 2026
Bagaimana Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen Menguji Tahap Kemahiran Pemain, Termasuk Para Veteran
Temuramah

Bagaimana Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen Menguji Tahap Kemahiran Pemain, Termasuk Para Veteran

August 29, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd