The Pokémon Company mengumumkan bahawa Pokémon World Championships 2027 akan diadakan berdekatan kita di seberang Tambak Johor, khususnya di Singapore EXPO dari 13 hingga 15 Ogos 2027.
Pengumuman ini dibuat semasa majlis penutup 2026 World Championships di San Francisco.
Kejohanan edisi 2027 merupakan kali pertama Pokémon World Championships dianjurkan di Asia Tenggara, dan kali kedua di benua Asia selepas edisi 2023 di Yokohama, Jepun.
Bagi pemain dan peminat di Malaysia, ini merupakan lokasi paling dekat bagi acara tersebut setakat ini. Pemain ternama dalam Pokémon Trading Card Game (TCG), Video Game Championships (VGC), dan Pokémon GO tidak perlu lagi terbang jauh ke serata dunia semata-mata untuk bertanding dengan barisan pemain terbaik. Peminat tempatan juga boleh pergi ke selatan dengan mudah sama ada menaiki penerbangan pendek, bas, atau memandu untuk merasakan sendiri kemeriahannya, membeli cenderahati eksklusif, dan menyaksikan pusingan akhir dunia secara langsung.
Selain itu, satu lagi pengumuman besar turut dibuat apabila Tsunekazu Ishihara (Presiden The Pokémon Company) memperkenalkan sebuah filem animasi baharu berjudul Pokémon: Wild Card, yang dijadualkan keluar di pawagam pada tahun 2027.
Ini merupakan filem animasi Pokémon pertama yang ditayangkan di pawagam dalam tempoh tujuh tahun. Dihasilkan menerusi kerjasama dengan studio animasi terkenal CloverWorks (yang terkenal dengan karya Spy × Family dan Bocchi the Rock!), filem ini membawa kelainan dengan memfokuskan kepada dunia Pokémon Trading Card Game.
Jalan cerita akan mengikuti kisah seorang pemain TCG bercita-cita tinggi bersama rakan Pokémon, Mimikyu.




![[Eksklusif] Temu Bual Bersama Para Johan Yu-Gi-Oh! World Championship 2026!](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/YGO-WCS-2026_INTERVIU-JOHAN_FI-1-75x75.jpg)




Discussion about this post