Singapura bakal menjadi satu-satunya lokasi di Asia Tenggara untuk jelajah konsert YOASOBI 10-CITY DOME & STADIUM TOUR 2026–2027 超惑星 “SUPER PLANET”.
Konsert ini akan berlangsung pada Sabtu, 20 Februari 2027, jam 7:00 malam di Singapore National Stadium. Memandangkan tiada persembahan di Malaysia mahupun negara jiran yang lain, konsert ini menjadi satu-satunya peluang buat peminat di Asia Tenggara untuk menyaksikan aksi mereka secara langsung.

Bagi peminat di Malaysia yang mahu menonton persembahan, jualan tiket akan dibuka minggu depan menerusi dua fasa:
- Pra-jualan Trip.com: Bermula 18 Ogos 2026, jam 10:00 pagi (SGT/MYT) hingga 11:59 malam menerusi aplikasi Trip.com. Platform ini turut menawarkan pakej perjalanan kombo tiket konsert dan penginapan hotel bagi memudahkan urusan peminat dari luar negara.
- Jualan Umum: Bermula 19 Ogos 2026, jam 12:00 tengah hari (SGT/MYT) menerusi Ticketmaster Singapore dan portal rasmi konsert (yoasobi.sozolive.asia).
Harga tiket ditawarkan antara SGD 108 hingga SGD 498 (tidak termasuk yuran tempahan):
- Platinum VIP Seated: SGD 498 (Termasuk lencana & lanyard VIP, set hadiah, laluan khas mengambil barang, dan laluan keutamaan merchandise)
- CAT 1 Gold Seated: SGD 358 (Termasuk lencana & lanyard Gold, set hadiah, laluan khas mengambil barang, dan laluan keutamaan merchandise)
- VIP Priority Standing: SGD 288 (Termasuk lencana & lanyard VIP, set hadiah, dan akses masuk awal ke zon pitch)
- CAT 2 / CAT 8 (Restricted View / Pandangan Terhad): SGD 288
- VIP Standing: SGD 238
- CAT 3: SGD 238
- CAT 4: SGD 218
- CAT 5: SGD 188
- General Standing: SGD 168
- CAT 6: SGD 138
- CAT 7: SGD 108

Pihak penganjur turut mengesahkan bahawa jualan merchandise eksklusif, kolaborasi khas, serta pelbagai aktiviti menarik bersama peminat akan diumumkan dari semasa ke sebelum hari konsert.









Discussion about this post