Maklumat terbaharu daripada IMDb menunjukkan bahawa status pembangunan Marvel’s Spider-Man 3 telah bertukar daripada fasa “pre-production” kepada “in production”.
Senarai di IMDb itu turut menyenaraikan Bryan Intihar dan Ryan Smith sebagai pengarah (duo sama di sebalik judul-judul sebelum ini) bersama pelakon suara Yuri Lowenthal yang kembali memegang watak Peter Parker. Mengikut rekod, status “in production” sebenarnya telah berlaku sejak awal tahun lagi.

Walaupun pihak studio masih belum mengumumkan sebarang maklumat rasmi, beberapa teaser daripada industri sudah pun memberi gambaran awal tentang hala tuju jalan ceritanya.
Pemain yang dah tamatkan Marvel’s Spider-Man 2 pasti ingat dengan ending teaser yang memperkenalkan Cindy Moon, iaitu hero Silk yang cukup popular dalam komik Marvel. Menurut sumber dalaman industri, Silk dijangka akan memainkan peranan penting di samping Peter dan Miles dalam game ketiga ini.
Jika merujuk kepada roadmap studio, Insomniac dilaporkan akan mengeluarkan game spin-off Venom sekitar tahun 2027 (dengan skala yang sama seperti game Miles Morales (2020)) sebelum melancarkan Marvel’s Spider-Man 3 sekitar tahun 2028 hingga 2029.
Cuma kami perlu pesan agar anda tidak terlalu cepat meletakkan harapan tinggi. Ini kerana pangkalan data awam kadangkala boleh menarik maklumat secara automatik daripada game terdahulu atau disunting oleh pengguna. Selagi Sony atau Insomniac Games belum mengeluarkan pengumuman rasmi, lebih baik kita menganggap khabar angin ini sebagai info sahaja dan bukannya fakta.

![[BIC2026] Visi Jangka Panjang Toei Games Menuju Ke Projek Berskala Besar; Game Kamen Rider/Super Sentai Tidak Terkecuali](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/Hiroaki-Nagashima-TOEI_BIC_FI-350x250.jpg)
![[BIC2026] Bukan Isekai Biasa! Bagaimana Creator Chronicles Mengaburkan Dunia Realiti & Maya](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/Creator-Chronicles_BIC_FI-350x250.jpg)
![[BIC2026] Usaha Sedekad Mengangkat Game Indie, Itulah Misi Isabella Seo Jungsook](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/Isabella-Seo-Jungsook_BIC_FI-350x250.jpg)





Discussion about this post