Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

YOASOBI Umum Konsert Di Singapura Pada Feb 2027 – Satu-satunya Konsert Di Asia Tenggara

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 12, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Konsert
0 0
0
YOASOBI Umum Konsert Di Singapura Pada Feb 2027 – Satu-satunya Konsert Di Asia Tenggara
Share on FacebookShare on Twitter

Singapura bakal menjadi satu-satunya lokasi di Asia Tenggara untuk jelajah konsert YOASOBI 10-CITY DOME & STADIUM TOUR 2026–2027 超惑星 “SUPER PLANET”.

Konsert ini akan berlangsung pada Sabtu, 20 Februari 2027, jam 7:00 malam di Singapore National Stadium. Memandangkan tiada persembahan di Malaysia mahupun negara jiran yang lain, konsert ini menjadi satu-satunya peluang buat peminat di Asia Tenggara untuk menyaksikan aksi mereka secara langsung.

Bagi peminat di Malaysia yang mahu menonton persembahan, jualan tiket akan dibuka minggu depan menerusi dua fasa:

  • Pra-jualan Trip.com: Bermula 18 Ogos 2026, jam 10:00 pagi (SGT/MYT) hingga 11:59 malam menerusi aplikasi Trip.com. Platform ini turut menawarkan pakej perjalanan kombo tiket konsert dan penginapan hotel bagi memudahkan urusan peminat dari luar negara.
  • Jualan Umum: Bermula 19 Ogos 2026, jam 12:00 tengah hari (SGT/MYT) menerusi Ticketmaster Singapore dan portal rasmi konsert (yoasobi.sozolive.asia).

Harga tiket ditawarkan antara SGD 108 hingga SGD 498 (tidak termasuk yuran tempahan):

  • Platinum VIP Seated: SGD 498 (Termasuk lencana & lanyard VIP, set hadiah, laluan khas mengambil barang, dan laluan keutamaan merchandise)
  • CAT 1 Gold Seated: SGD 358 (Termasuk lencana & lanyard Gold, set hadiah, laluan khas mengambil barang, dan laluan keutamaan merchandise)
  • VIP Priority Standing: SGD 288 (Termasuk lencana & lanyard VIP, set hadiah, dan akses masuk awal ke zon pitch)
  • CAT 2 / CAT 8 (Restricted View / Pandangan Terhad): SGD 288
  • VIP Standing: SGD 238
  • CAT 3: SGD 238
  • CAT 4: SGD 218
  • CAT 5: SGD 188
  • General Standing: SGD 168
  • CAT 6: SGD 138
  • CAT 7: SGD 108

Pihak penganjur turut mengesahkan bahawa jualan merchandise eksklusif, kolaborasi khas, serta pelbagai aktiviti menarik bersama peminat akan diumumkan dari semasa ke sebelum hari konsert.

Tags: konsertYOASOBI
ShareTweetSend
Previous Post

Game Spider-Man 3 Kini Di Fasa Pembangunan Penuh, Dakwa IMDB

Next Post

Reviu MSI Cyborg 15 Max (C2WG) – Laptop Gaming 2kg Dengan Kuasa RTX 5070

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Reviu MSI Cyborg 15 Max (C2WG) – Laptop Gaming 2kg Dengan Kuasa RTX 5070

Reviu MSI Cyborg 15 Max (C2WG) - Laptop Gaming 2kg Dengan Kuasa RTX 5070

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd