Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sempena Pokémon GO Fest 2026, 23 Stesen KTMB Diubah Menjadi PokéStop

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 1, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Jom Singgah!, Tempatan
0 0
0
Sempena Pokémon GO Fest 2026, 23 Stesen KTMB Diubah Menjadi PokéStop
Share on FacebookShare on Twitter

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan kerjasama rasmi dengan Pokémon GO Fest 2026: Global bagi membawakan aktiviti fizikal dan ciri in-game yang menarik untuk para trainer tempatan.

Menerusi kolaborasi ini, sebanyak 23 stesen KTMB terpilih di seluruh negara akan ditukarkan menjadi PokéStop sementara. Dari 11 hingga 13 Julai, para pemain yang menaiki kereta api boleh melakukan spin di PokéStop ini untuk mengumpul ‘in-game item dan resources’, di samping berpeluang menemui Pokémon istimewa sepanjang acara berlangsung.

Stesen-stesen yang terlibat merangkumi tiga kawasan utama:

  • Lembah Klang: KL Sentral, Kuala Lumpur, Sungai Buloh, Batu Caves, Midvalley, Bandar Tasek Selatan, Kajang, Seremban, Pulau Sebang, Subang Jaya, Shah Alam, Klang, dan Pelabuhan Klang.
  • Utara: Padang Besar, Arau, Alor Setar, Butterworth, Bukit Mertajam, Taiping, dan Ipoh.
  • Selatan: JB Sentral, Kempas Baru, dan Gemas.

Bagi memudahkan perjalanan, KTMB menggalakkan para pemain menggunakan aplikasi MyRailtime untuk menyemak jadual kereta api dan merancang laluan antara stesen.

KTMB going to Pokémon GO Fest 2026: Global

Jumpa kami di sana! Jom datang dan meriahkan bersama .
📅 11–12 Julai 2026
📍 KLCC Park, Kuala Lumpur

Plan perjalanan guna MyRailtime dan jom enjoy Pokémon GO Fest dengan KTMB.#KTMB #RTSM #PokemonGO #PokemonGOFest2026 pic.twitter.com/ybwOVBrih0

— KTM Berhad (@ktm_berhad) June 30, 2026

Selain PokéStop sepanjang laluan, sebuah acara sambutan fizikal akan diadakan di KLCC Park, Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Julai. Taman ini dipilih sebagai lokasi rasmi peringkat Asia-Pasifik bagi “Pokémon GO Fest 2026: Global Community Celebrations” di mana kemasukan adalah percuma untuk semua.

Di KLCC Park, KTMB akan menyediakan booth sepanjang hujung minggu yang memuatkan pelbagai aktiviti interaktif serta sudut bergambar. Pengunjung juga berpeluang menebus barangan eksklusif Pokémon dengan hanya menunjukkan aplikasi KTMB Mobile (KITS), kad fizikal Komuter Link, atau tiket transit kod QR yang sah kepada petugas di booth tersebut.

Tags: KTMBPokémon GO
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] Monster Hunter Stories 3 Kongsi Proses Kreatif Reka Bentuk & Hala Tuju Yang Lebih Gelap

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Monster Hunter Stories 3 Kongsi Proses Kreatif Reka Bentuk & Hala Tuju Yang Lebih Gelap
Eksklusif

[Eksklusif] Monster Hunter Stories 3 Kongsi Proses Kreatif Reka Bentuk & Hala Tuju Yang Lebih Gelap

June 30, 2026
Marvel Tōkon: Fighting Souls – Senarai Watak Semasa Pelancaran
Senarai

Marvel Tōkon: Fighting Souls – Senarai Watak Semasa Pelancaran

June 30, 2026
Mobile Roguelite ‘My Hero Academia UNITED SURVIVAL’ Membuka Pradaftar
Mobile

Mobile Roguelite ‘My Hero Academia UNITED SURVIVAL’ Membuka Pradaftar

June 30, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd