Kedai Pop-Up rasmi HUNTER×HUNTER akan dibuka di Kuala Lumpur tidak lama lagi, membawa pelbagai pilihan merchandise eksklusif khas buat peminat tempatan.
Dibawa oleh INCUBASE Arena Malaysia, kedai pop-up ini akan berlangsung selama sebulan, bermula dari 17 Julai hingga 16 Ogos 2026. Lebih menarik lagi, kemasukan adalah percuma!
Kedai pop-up eksklusif HUNTER×HUNTER ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah Asia yang baru sahaja diumumkan. Kuala Lumpur dipilih sebagai destinasi pertama bagi siri jelajah ini, sebelum ia diteruskan ke Hong Kong dan Taipei, Taiwan pada hujung tahun nanti.
Walaupun senarai penuh barangan hanya akan diumumkan menjelang tarikh pelancaran, peminat boleh menantikan pelbagai produk asli dan berlesen rasmi daripada siri anime TV popular tersebut. Inilah peluang terbaik untuk mendapatkan barangan tulen berkualiti tinggi tanpa perlu risau tentang kos penghantaran antarabangsa mahupun khidmat proxy.


![[Eksklusif] Monster Hunter Stories 3 Kongsi Proses Kreatif Reka Bentuk & Hala Tuju Yang Lebih Gelap](https://cdn.gamersantai.com/2026/06/MHS3_INTERVIU-POST-LAUNCH_FI-1-350x250.jpg)





Discussion about this post