Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Khabar Angin Hanya Salah Faham, Rockstar Tegas Tidak Akan Keluar CD Fizikal GTA VI

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 29, 2026
in Action, Artikel, Berita, Open World, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Khabar Angin Hanya Salah Faham, Rockstar Tegas Tidak Akan Keluar CD Fizikal GTA VI
Share on FacebookShare on Twitter

Para gamer yang berharap untuk memiliki cakera Blu-ray fizikal Grand Theft Auto VI (GTA VI/6) nampaknya terpaksa redha. Walaupun viral di media sosial tentang e-mel yang mengesahkan ada versi cakera, sumber rapat dengan Rockstar Games mengesahkan tiada sebarang rancangan untuk mengeluarkan cakera fizikal bagi game blockbuster yang amat dinantikan ini.

Kekeliruan ini bermula sebaik sahaja pre-order dibuka secara rasmi. Walaupun ramai teruja untuk menempah salinan masing-masing sebelum pelancaran pada 19 November 2026, ramai juga yang kecewa apabila mendapat tahu edisi “fizikal” GTA VI sebenarnya hanya mengandungi kod muat turun digital di dalam kotak… tanpa sebarang cakera fizikal di dalam.

Rockstar Support confirmed that GTA 6 physical disc copies will be available in the months following launch.

“You will be able to acquire a physical copy during the following months.”

The current physical pre-orders are for the digital code-in-box version. pic.twitter.com/wdk1dAmXJZ

— GTA 6 Info (@GTASixInfo) June 25, 2026

Namun, kekecewaan itu bertukar menjadi harapan apabila screenshot e-mel daripada pihak Rockstar Support mula tersebar di internet. Membalas pertanyaan seorang pelanggan tentang pilihan versi cakera, wakil khidmat pelanggan tersebut menulis: “Sila ambil perhatian bahawa pre-order semasa sememangnya hanya untuk versi digital sahaja; anda akan dapat memperoleh salinan fizikal dalam beberapa bulan akan datang.”

E-mel tersebut mencetuskan spekulasi di media sosial, dengan dakwaan bahawa versi cakera fizikal sebenarnya sedang disiapkan secara rahsia untuk pelancaran kemudian. Keadaan menjadi lebih hangat apabila laman web gaming PPE dari Poland (sumber dalaman industri yang terkenal dengan khabar angin tepat) mendakwa versi cakera berkenaan akan tiba pada Disember 2026.

Menurut info oleh insider Graczdari, Rockstar Games merancang untuk mengeluarkan edisi cakera fizikal GTA VI pada Disember 2026 💿 pic.twitter.com/2BGRfTyhAA

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) June 26, 2026

Bagaimanapun, laporan daripada The Hollywood Reporter telah menolak semua khabar angin tersebut. Walaupun e-mel sokongan pelanggan itu memang benar-benar wujud, kandungannya telah disalah tafsir akibat pilihan bahasa yang kurang jelas.

Menurut sumber yang tahu strategi pelancaran Rockstar, istilah “salinan fizikal” dalam e-mel tersebut sebenarnya hanya merujuk kepada kod di dalam kotak yang telah pun diumumkan. Malah, kenyataan tentang “bulan-bulan akan datang” bukanlah merujuk kepada tempoh selepas pelancaran rasmi pada bulan November, sebaliknya merujuk kepada fasa selepas pengumuman pre-order baru-baru ini.

“Buat masa ini, memang tiada langsung rancangan untuk cakera fizikal Grand Theft Auto VI… sama ada semasa pelancaran mahupun beberapa bulan selepas itu,” tegas sumber kepada The Hollywood Reporter.

Tags: GTA VI
ShareTweetSend
Previous Post

Bandai Namco Umum Animasi Chibi ‘TEKKEN CARTOON’

Next Post

Pokémon Center SINGAPORE Buka Semula 1 Julai 2026; Maskot Solgaleo, Rupa Baharu & Merch Tempatan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pokémon Center SINGAPORE Buka Semula 1 Julai 2026; Maskot Solgaleo, Rupa Baharu & Merch Tempatan
Jom Singgah!

Pokémon Center SINGAPORE Buka Semula 1 Julai 2026; Maskot Solgaleo, Rupa Baharu & Merch Tempatan

June 29, 2026
Bandai Namco Umum Animasi Chibi ‘TEKKEN CARTOON’
Animasi

Bandai Namco Umum Animasi Chibi ‘TEKKEN CARTOON’

June 29, 2026
Granblue Fantasy Versus: Rising – Ver. 2.60 Akan Datang September 2026 Bersama Versi Switch 2
Berita

Granblue Fantasy Versus: Rising – Ver. 2.60 Akan Datang September 2026 Bersama Versi Switch 2

June 29, 2026
Next Post
Pokémon Center SINGAPORE Buka Semula 1 Julai 2026; Maskot Solgaleo, Rupa Baharu & Merch Tempatan

Pokémon Center SINGAPORE Buka Semula 1 Julai 2026; Maskot Solgaleo, Rupa Baharu & Merch Tempatan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd