Sebagai kejutan buat komuniti fighting game, Bandai Namco telah mengumumkan TEKKEN CARTOON; sebuah projek animasi yang membawakan beberapa watak paling ikonik daripada francais tersebut dalam gaya chibi comel.
Teaser di atas menampilkan lima watak kegemaran ramai dalam rekaan chibi: Kazuya Mishima, Paul Phoenix, Yoshimitsu, Alisa Bosconovitch, serta Kuma. Daripada bertarung, watak-watak ini ditunjukkan dalam situasi yang lebih santai. Walaupun hanya lima watak yang muncul dalam teaser, penerangan rasmi mengacah bahawa banyak lagi watak bakal menyusul.
Selain animasi, teaser ini turut memaparkan babak live-action yang dibintangi oleh pelawak dan pelakon Jepun, Tsubasa Tobinaga, daripada duo komedi Rubber Girl.
Di bawah seliaan pasukan Tekken Project, projek ini diarahkan oleh Sohta Ozawa dari agensi kreatif NERD. Reka bentuk watak dan animasi comel pula dihasilkan oleh artis Jepun, Amehiro. Manakala reka bentuk bunyi dan muzik pula digubah oleh pemuzik elektronik Jepun yang dikenali sebagai “in the blue shirt”.
Buat masa ini, Bandai Namco belum mendedahkan tarikh tayangan, sinopsis rasmi, mahupun platform siaran bagi TEKKEN CARTOON.








Discussion about this post