Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Beli Kotak Tapi Tiada CD? Ini Perubahan Besar Untuk Edisi Fizikal GTA VI

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 25, 2026
in Action, Artikel, Berita, Open World, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Beli Kotak Tapi Tiada CD? Ini Perubahan Besar Untuk Edisi Fizikal GTA VI
Share on FacebookShare on Twitter

Sebaik sahaja pre-order Grand Theft Auto VI (GTA VI/6) dibuka hari ini, ramai pemain terus berpusu-pusu mendapatkan salinan masing-masing. Meskipun sebahagian besar orang memilih muat turun digital, mereka yang mahu membeli salinan fizikal dari kedai mungkin akan kecewa kerana GTA VI langsung tidak akan dilancarkan dalam bentuk cakera fizikal.

Walaupun anda boleh melihat kotak permainan fizikal dipamerkan di kedai, ia hanya berfungsi sebagai barangan koleksi sahaja. Bukannya disc Blu-ray, setiap salinan fizikal GTA VI (tidak kira edisi apa yang dibeli) hanya akan disertakan dengan satu kod digital sekali guna di dalam kotak tersebut. Sebaik sahaja kod itu ditebus, kotak tersebut menjadi barang hiasan semata-mata.

Cara Menebus Game Fizikal GTA VI

Selepas membeli kotak fizikal dari kedai, anda perlu menebus kod di dalam kotak tersebut secara manual menerusi platform digital konsol anda untuk memuat turun dan bermain.

Oleh kerana kod ini hanya boleh digunakan sekali sahaja, game tersebut akan didaftarkan secara kekal pada akaun peribadi. Jadi, pastikan anda tidak berkongsi kod tersebut dengan sesiapa sebelum menggunakannya.

Berikut adalah panduan untuk menebus kod pada kedua-dua platform:

Di PlayStation 5:

  1. Buka PlayStation Store dari halaman utama konsol anda.
  2. Pergi ke menu di bahagian atas sebelah kanan, lalu pilih ikon Menu (…) di sebelah Cart.
  3. Pilih Redeem Codes dan masukkan kod anda dengan betul.

Grand Theft Auto VI akan dikeluarkan secara rasmi pada 19 November 2026 untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.

Rockstar akan membuka sesi pre-loading pada 12 November 2026… tepat seminggu sebelum hari pelancaran. Memandangkan salinan fizikal juga menggunakan kod digital, pembeli versi fizikal juga boleh menebus kod mereka dan memulakan pre-loading pada tarikh yang sama.

Bagi geng PC pula, Rockstar mengesahkan bahawa Grand Theft Auto VI sedang dibangunkan untuk platform komputer. Walau bagaimanapun, versi PC tidak akan tersedia pada 19 November 2026, dan tiada tarikh pelancaran rasmi diumumkan setakat ini.

Tags: GTA VI
ShareTweetSend
Previous Post

GTA VI Tidak Ada Mod Multiplayer, Hanya Sokong Single-Player Sahaja

Next Post

The One Piece – Teaser Pertama Dedahkan Visual Moden Kepada Saga East Blue

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Umum Bonus Pre-Order Fizikal Eksklusif Untuk Asia Tenggara
Berita

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Umum Bonus Pre-Order Fizikal Eksklusif Untuk Asia Tenggara

June 25, 2026
Maia: Meltdown – Game Arena Fighter Di Mana Kita Kawal Waifu Berperisai Mecha
Berita

Maia: Meltdown – Game Arena Fighter Di Mana Kita Kawal Waifu Berperisai Mecha

June 25, 2026
The One Piece – Teaser Pertama Dedahkan Visual Moden Kepada Saga East Blue
Anime

The One Piece – Teaser Pertama Dedahkan Visual Moden Kepada Saga East Blue

June 25, 2026
Next Post
The One Piece – Teaser Pertama Dedahkan Visual Moden Kepada Saga East Blue

The One Piece - Teaser Pertama Dedahkan Visual Moden Kepada Saga East Blue

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd