Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Xenoverse 3 – Gameplay Baru Sajikan Gaya Combat Unik Ikut Bangsa

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 24, 2026
in Action, Anime, Artikel, Berita, Fighting, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon Ball Xenoverse 3 – Gameplay Baru Sajikan Gaya Combat Unik Ikut Bangsa
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco dan pembangun Dimps telah mengeluarkan trailer baharu untuk Dragon Ball Xenoverse 3, yang memberikan gambaran awal tentang sistem combat serta kehidupan harian di latar tempat baharu, Age 1000.

Sumbangan Akira Toriyama dalam Membina Age 1000

Antara perkara menarik adalah penglibatan mendiang pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama. Sebelum pemergiannya, beliau sempat mereka bentuk watak baharu, membina latar belakang cerita, serta mencorakkan dunia Age 1000.

Trailer di atas memaparkan West City yang serba maju dan futuristik. Bandar ini bukan lagi sekadar menu lobby yang ringkas, sebaliknya menjadi sebahagian besar daripada pengembaraan pemain. Watak rekaan pemain (custom character) akan membahagikan masa mereka antara menghadiri West City University dan menyertai Great Saiya Squad di bawah bimbingan Bulma serta Gamma 1.

Dalam pengembaraan ini, pemain akan diperkenalkan kepada beberapa watak serba baharu, termasuklah Brett, Lilica, ROM, dan Tap. Selain itu, pratonton awal juga mendedahkan bahawa watak utama rekaan pemain akhirnya mempunyai lakonan suara penuh semasa babak sinematik.

Sistem Combat Mengikut Bangsa dan Mekanik “Soul”

Walaupun masih mengekalkan aksi pantas 3D arena battle seperti game dahulu, Xenoverse 3 memperkenalkan mekanik baharu yang memberikan identiti unik bagi setiap bangsa yang boleh dimainkan:

  • Saiyan: Bangsa ini memfokuskan kepada kuasa fizikal dan transformasi. Pemain boleh bertukar kepada pelbagai bentuk Super Saiyan untuk meningkatkan kekuatan secara berperingkat semasa bertarung.
  • Earthling: Menawarkan playstyle yang lebih taktikal menerusi dua sistem baharu:
    • Soul Assist: Membolehkan pemain memanggil sekutu ikonik Dragon Ball untuk melancarkan serangan kombinasi yang menghasilkan impak damage tinggi.
    • Soul Switch: Mekanik yang membolehkan pemain meminjam atau menyerap kuasa serta semangat pahlawan legenda (seperti Piccolo, Vegeta, Krillin, Future Trunks, atau Tien) buat sementara waktu. Mengaktifkan fungsi ini akan memberikan kebolehan khas watak tersebut serta peningkatan kuasa secara mendadak.

Dragon Ball Xenoverse 3 sedang dibangunkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (Steam), dengan jangkaan pelancaran pada tahun 2027.

Tags: Dragon Ball Xenoverse 3
ShareTweetSend
Previous Post

Sonic Frontiers: Definitive Edition Tersedia Sekarang Di Nintendo Switch 2

Next Post

Netflix, WIT Studio Dedah Visual Untuk Episod Pertama ‘The One Piece’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Astrae Oratio – Gameplay Baru Dedahkan Sistem Combat & Watak-Watak Utama
Berita

Astrae Oratio – Gameplay Baru Dedahkan Sistem Combat & Watak-Watak Utama

June 24, 2026
Sakamoto Days Season 2 Akan Tayang Januari 2027; Trailer & Watak Baru Didedahkan
Anime

Sakamoto Days Season 2 Akan Tayang Januari 2027; Trailer & Watak Baru Didedahkan

June 24, 2026
Netflix, WIT Studio Dedah Visual Untuk Episod Pertama ‘The One Piece’
Anime

Netflix, WIT Studio Dedah Visual Untuk Episod Pertama ‘The One Piece’

June 24, 2026
Next Post
Netflix, WIT Studio Dedah Visual Untuk Episod Pertama ‘The One Piece’

Netflix, WIT Studio Dedah Visual Untuk Episod Pertama 'The One Piece'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd