Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix, WIT Studio Dedah Visual Untuk Episod Pertama ‘The One Piece’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 24, 2026
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Netflix, WIT Studio Dedah Visual Untuk Episod Pertama ‘The One Piece’
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, kami disajikan dengan maklumat baharu bagi anime remake The One Piece hasil WIT Studio dan Netflix. Melalui akaun media sosial rasminya, visual episod pertama bagi projek ini telah pun didedahkan kepada umum.

Ini merupakan pengenalan awal sebelum pelancaran yang lebih besar, kerana teaser trailer pertama untuk remake ini akan ditayangkan hari ini 24 Jun, pada jam 9:00 malam.

/
#THEONEPIECE 
Episode Art -1 Revealed,
 Entitled “Romance Dawn” 🏴‍☠️
\
Almost like you can hear the main character Luffy himself. The adventure starts here!

Going forward, episode artwork will be released for each episode throughout the Season1. 🍖

And on 24th June… pic.twitter.com/Ok3nMASWQP

— THE ONE PIECE (@theop_official) June 23, 2026

Visual Episod 1 memaparkan Monkey D. Luffy, yang mula berlayar dengan bot kecil bagi memulakan pengembaraan lagendanya. Ilustrasi ini mengangkat tema “Romance Dawn”, yang merupakan tajuk bab pertama manga asal ciptaan Eiichiro Oda.

Pasukan produksi mendedahkan bahawa visual ini merupakan yang pertama daripada tujuh karya seni khas yang dirancang untuk setiap episod. Ini bermakna, setiap episod dalam musim pertama bakal menerima poster promosi tersendiri.

/
#THEONEPIECE
Coming Exclusively to Netflix Worldwide &
Concept Art Revealed
\

Season 1 adapts the first 50 chapters,
following Luffy up to meeting Sanji—
7 episodes, ~300 minutes, all at once. pic.twitter.com/hMjkJcjf5P

— THE ONE PIECE (@theop_official) May 5, 2026

The One Piece asalnya diumumkan pada acara Jump Festa ’24 bersempena sambutan ulang tahun ke-25 siri anime, dengan matlamat untuk menawarkan pengalaman tontonan serba baharu.

Siri ini dihasilkan sebagai sebuah siri remake moden yang membawa semula jalan cerita bermula daripada arc terawal manga, iaitu “East Blue”. Musim pertama dijadualkan untuk tayangan global di Netflix pada Februari 2027.

Berbeza dengan format siaran mingguan jangka panjang siri anime asalnya, Netflix bakal melancarkan kesemua tujuh episod musim pertama secara serentak. Kesemua episod ini akan merangkumi 50 bab pertama manga—berakhir dengan pertemuan ikonik antara Luffy dan Sanji di restoran terapung Baratie.

Tags: animeThe One Piece
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon Ball Xenoverse 3 – Gameplay Baru Sajikan Gaya Combat Unik Ikut Bangsa

Next Post

Sakamoto Days Season 2 Akan Tayang Januari 2027; Trailer & Watak Baru Didedahkan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun
Berita

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

August 18, 2026
Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation
Berita

Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation

August 18, 2026
Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental
Berita

Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental

August 18, 2026
Next Post
Sakamoto Days Season 2 Akan Tayang Januari 2027; Trailer & Watak Baru Didedahkan

Sakamoto Days Season 2 Akan Tayang Januari 2027; Trailer & Watak Baru Didedahkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd