Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic Frontiers: Definitive Edition Tersedia Sekarang Di Nintendo Switch 2

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 24, 2026
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, Open World
0 0
0
Sonic Frontiers: Definitive Edition Tersedia Sekarang Di Nintendo Switch 2
Share on FacebookShare on Twitter

Sega telah melancarkan Sonic Frontiers: Definitive Edition secara rasmi untuk Nintendo Switch 2. Ditawarkan pada harga RM158.00, versi naik taraf ini membawakan pengembaraan “open-zone” pertama Sonic ke konsol terbaharu Nintendo, lengkap dengan game asal serta semua kemas kini pasca-pelancaran dan DLC yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

Game ini boleh didapati secara digital melalui Nintendo eShop, atau secara fizikal di kedai runcit dalam bentuk game-key pada 17 September.

Sonic Frontiers asalnya dilancarkan pada 8 November 2022 untuk PC, PlayStation, Xbox, dan Nintendo Switch. Game ini membawa perubahan besar kepada francais dengan mengubah gameplay tradisional Sonic kepada konsep dunia open-world. Ia turut mencatatkan kejayaan komersial yang besar dengan angka jualan keseluruhan melebihi 4.94 juta unit.

Sebagai sebuah pakej lengkap, Sonic Frontiers: Definitive Edition menggabungkan game asal bersama semua kemas kini kandungan utama sejak tahun 2022, termasuk:

  • Kempen “The Final Horizon”: Babak akhir alternatif dengan plot cerita yang diolah semula, serta membolehkan pemain mengawal watak Tails, Knuckles, dan Amy.
  • “Sonic’s Birthday Bash”: Kemas kini kandungan yang membawakan cabaran baharu, collectible item, dan pelbagai pilihan kosmetik.
  • “Sights, Sounds, and Speed”: Kemas kini yang memperkenalkan Photo Mode, challenge run, dan in-game music player.
  • Kandungan Tambahan Digital: Buku seni digital dan runut bunyi mini.
  • Pek Kosmetik dan Item: Kasut Sonic Adventure 2, Holiday Cheer Suit, Monster Hunter Collaboration Pack, dan Explorer’s Treasure Box (kandungan Explorer’s Treasure Box hanya boleh ditebus apabila anda memulakan “New Game”).

Bagi mereka yang pernah bermain versi lama, Sega mengesahkan bahawa save data daripada Nintendo Switch asal boleh dipindahkan terus ke versi Switch 2.

Namun, ada satu kekurangan untuk pemain sedia ada: Sega tidak menyediakan pilihan naik taraf. Ini bermakna pemilik asal versi Switch tidak akan menerima sebarang diskaun atau naik taraf percuma, sebaliknya mereka perlu membeli semula versi Switch 2 pada harga penuh untuk menikmati peningkatan prestasi pada konsol baharu ini.

Tags: Nintendo Switch 2Sonic Frontiers: Definitive Edition
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Final Fantasy VII Rebirth (Nintendo Switch 2) – Keajaiban Teknikal Dengan Sedikit Kompromi

Next Post

Dragon Ball Xenoverse 3 – Gameplay Baru Sajikan Gaya Combat Unik Ikut Bangsa

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Dragon Ball Xenoverse 3 – Gameplay Baru Sajikan Gaya Combat Unik Ikut Bangsa
Berita

Dragon Ball Xenoverse 3 – Gameplay Baru Sajikan Gaya Combat Unik Ikut Bangsa

June 24, 2026
Reviu Final Fantasy VII Rebirth (Nintendo Switch 2) – Keajaiban Teknikal Dengan Sedikit Kompromi
Review

Reviu Final Fantasy VII Rebirth (Nintendo Switch 2) – Keajaiban Teknikal Dengan Sedikit Kompromi

[Khabar Angin] Manga Bleach Mungkin Kembali Ke Shonen Jump Untuk ‘Hell Arc’
Anime

[Khabar Angin] Manga Bleach Mungkin Kembali Ke Shonen Jump Untuk ‘Hell Arc’

June 23, 2026
Next Post
Dragon Ball Xenoverse 3 – Gameplay Baru Sajikan Gaya Combat Unik Ikut Bangsa

Dragon Ball Xenoverse 3 - Gameplay Baru Sajikan Gaya Combat Unik Ikut Bangsa

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd