NetEase Games telah mengumumkan pelancaran Season 3 Part 2 untuk Dunk City Dynasty. Kemas kini yang tersedia hari ini memperkenalkan pemain legenda Hall of Fame, Hakeem Olajuwon, ke dalam barisan pemain, bersama-sama dengan pelbagai acara bermusim, misi, dan pakaian kosmetik yang bergaya.
Bagi yang kurang tahu, Dunk City Dynasty adalah game mobile bola keranjang yang berlesen rasmi NBA dan NBPA, menampilkan barisan bintang NBA seperti Stephen Curry, Giannis Antetokounmpo, dan Luka Dončić, serta pasukan-pasukan ikonik dari Golden State Warriors hingga Boston Celtics.
Pemain Baharu Menggegarkan Gelanggang Musim Luruh Ini

Menjadi tumpuan utama kemas kini ini adalah salah seorang pemain posisi ‘center’ terhebat dalam sejarah NBA, Hakeem “The Dream” Olajuwon. Dikenali dengan ketinggiannya, wingspan yang luas, dan kelincahan, Olajuwon memegang rekod sepanjang zaman liga untuk block dan merupakan seorang pakar rebound.
Dalam Dunk City Dynasty, beliau membawa gerakan ikoniknya “Dream Shake” dan kemahiran yang pelbagai ke gelanggang.
Sebagai seorang ‘center’, Olajuwon cemerlang dalam rebound dan membuat block sambil memberikan bantuan pertahanan yang kuat. Skil ultimate-nya, “Supreme Snatch,” membolehkannya melakukan block sebelah tangan dengan jarak dan tempoh masa yang lebih luas.
Dari segi serangan, skil “Dream Realm” meningkatkan keupayaan menjaringnya selama 5 saat selepas menerima hantaran atau semasa berada berhampiran jaring. Digabungkan dengan pelbagai gerakan post seperti “Post Attack” dan “Smooth Post-up,” pemain Hall of Fame ini bakal menyinar sekali lagi di gelanggang digital.
Olajuwon menyertai dua lagi pemain superstar yang baru sahaja ditambah ke dalam barisan game ini:
- Kawhi Leonard: Pemain ‘small forward’ yang efisien ini menggunakan tangannya yang besar dan kesedaran gelanggang yang tajam untuk mengganggu pihak lawan. Skil ultimate-nya, “The Claw,” meningkatkan kebolehannya untuk mencabar percubaan lawan dan rampasan automatik pada jarak yang tepat. Dengan skil seperti “Flaw Detected” untuk membaca gerakan bola dan gerakan serangan seperti “Spin Fadeaway,” Leonard adalah pemain dominan dalam ofensif dan defensif.

- Zack LaVine: ‘Shooting guard’ yang lincah di udara ini adalah seorang atlet yang terkenal dengan lompatan vertikal dan kepantasan kilat. LaVine ialah penjaring serba boleh yang mampu membuat jaringan dari jauh, menguasai jarak pertengahan, dan membuat penyudah di jaring. Skil ultimate-nya, “Power Tomahawk,” adalah dunk sebelah tangan yang kuat dan menjamin dunk jika tidak dicabar. Skil seperti “Crowning Dunk” membolehkannya melakukan pelbagai dunk, termasuk 360 dan Windmill.

Raikan Musim Dengan Penuh Gaya
Di samping pemain baharu, Season 3 Part 2 turut memperkenalkan beberapa acara dalam game:

- Autumn Joy: Acara berperingkat di mana pemain boleh menyelesaikan misi untuk mendapatkan baucar, yang boleh ditukarkan dengan ganjaran. Peringkat semasa, yang berlangsung sehingga 14 Oktober, menampilkan set “Cargo” dan “Clear”. Peringkat seterusnya akan berlangsung dari 15 Oktober hingga 28 Oktober dengan ganjaran baharu, termasuk set “Heavy Jacket” dan “Caution Zone”.
- Lucky Challenge: Berlangsung dari hari ini hingga 28 Oktober, acara ini menjemput pemain untuk menguji nasib mereka dengan menyelesaikan misi untuk mengumpul Lucky Voucher. Setiap baucar menjamin ganjaran, dengan hadiah termasuk set “Transparency”, Celebration “Soul Drummer”, dan Grafiti “Halloween”. Selepas sembilan cabutan, pemain dijamin akan menerima semua ganjaran yang ada!
Akhir sekali, Battlepass baharu untuk Dunk City Dynasty Season 3 Part 2 membawakan kostum baharu termasuk Set “Astronaut Suit”, Set “Pulsating”, Set “Starry Night”, dan Set “Old Times”.

Untuk belajar lebih lanjut mengenai Dunk City Dynasty, sila lawati laman web rasmi.









Discussion about this post