Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kerjasama Honor of Kings & Detective Conan Diumumkan, Tiba Mulai 1 Ogos!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 25, 2025
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile
0 0
0
Kerjasama Honor of Kings & Detective Conan Diumumkan, Tiba Mulai 1 Ogos!
Share on FacebookShare on Twitter

Satu misteri baharu bakal muncul di medan perang! Pembangun Honor of Kings, TiMi Studio Group di bawah Tencent Games, secara rasmi mengumumkan kerjasama antara game MOBA popular mereka dengan siri anime dan manga ikonik Jepun, Detective Conan. Acara istimewa ini akan bermula pada 1 Ogos.

Melalui kerjasama ini, satu acara istimewa akan diperkenalkan yang membolehkan pemain menyertai siasatan khas. Dengan menyelesaikan tugasan harian, pemain dapat meningkatkan tahap siasatan dan mengumpul petunjuk.

Sebaik sahaja sembilan petunjuk berjaya dikumpulkan, pemain boleh membuka ‘Ultimate Investigation’ untuk berpeluang memenangi kostum eksklusif Luban No. 7 “Conan Edogawa” atau Marco Polo “Kaito Kid” secara kekal.

Namun, perlu diingat bahawa ganjaran utama ini sangat terhad, dengan hanya satu kostum diberikan setiap hari untuk satu server.

Kedua-dua kostum baharu ini direka dengan penuh teliti untuk menyerlahkan keunikan setiap watak:

  • Luban No. 7 sebagai Conan Edogawa: Hero marksman ini akan mengenakan kostum yang diinspirasikan oleh detektif cilik yang bijak. Rekaannya lengkap dengan sut biru dan cermin mata ikonik Conan. Animasinya juga unik, memaparkan papan luncurnya yang berkuasa tinggi.
  • Marco Polo sebagai Kaito Kid: Wira ini pula akan bertukar penampilan menjadi pencuri licik yang terkenal, Kaito Kid. Kostumnya menampilkan jubah putih dan topi tinggi yang menjadi identitinya, manakala kesan kemahirannya diilhamkan oleh aksi silap mata yang mempesonakan.

Kedua-dua skin ini juga akan disertakan dengan animasi, efek ‘recall’, pose ‘idle’, dan visual skil yang serba baharu. Kesemuanya direka khas untuk membawa pemain merasai sendiri pengalaman berada di dalam dunia Detective Conan.

Untuk maklumat lanjut tentang Honor of Kings x Detective Conan, layari SINI.

Tags: Detective Conanhonor of kings
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA Umum Ujian Beta ‘SEGA Football Club Champions’, Permohonan Kini Dibuka

Next Post

Manga Vinland Saga Tamat Selepas 20 Tahun, Pencipta Makoto Yukimura Mengimbas Kembali Legasinya

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
Next Post
Manga Vinland Saga Tamat Selepas 20 Tahun, Pencipta Makoto Yukimura Mengimbas Kembali Legasinya

Manga Vinland Saga Tamat Selepas 20 Tahun, Pencipta Makoto Yukimura Mengimbas Kembali Legasinya

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd