Baru-baru ini, jenama gamepad 8BitDo mendedahkan bahawa mereka bekerjasama dengan ARPG popular Genshin Impact untuk mencipta “Ultimate 2.4G Wireless Controller Chongyun Edition” untuk platform PC dan Mobile. Menurut laman web rasmi, Genshin Impact 8BitDo Ultimate 2.4G Wireless Controller Chongyun Edition kini tersedia untuk pre-order melalui Amazon dan dijangka akan lancar pada 18 Disember 2023.
Kolaborasi ini akan tersedia sebagai bundle istimewa dengan gift set eksklusif. Berikut adalah isi kandungan bundle:
- 8Bitdo Ultimate 2.4G Wireless Controller Chongyun Edition x1
- Charging Dock x1
- USB Cable x1
- 2.4G Adapter x1
- Travel Case x1
- Joystick Caps x4
- Keychain x1
- Fridge Magnet x1
- Instruction Manual x1
Daripada spesifikasi, peranti ini ialah controller wayarles yang mampu menyambung melalui USB adapter sambungan 2.4G, Bluetooth 5.0 atau sambungan berwayar melalui kabel USB-C. Dilengkapi dengan bateri boleh dicas semula Li-on 1000mAh, 8BitDo mendakwa bahawa controller Ultimate mampu menampung aktiviti bermain selama 22 jam dengan hanya 2-3 jam pengecasan.
Tambahan pula, controller dilengkapi dengan 2 butang Pro back paddle dan butang custom profile, yang membolehkan pemain customize tindakan makro pada controller dan menukarnya dengan cepat bergantung pada game yang mereka mainkan. Selain itu, Charging Dock yang disertakan bersifat multifunctional, dan boleh berfungsi sebagai hab yang memastikan controller sentiasa dicas sambil memanjangkan isyarat.
Controller ini serasi dengan pelbagai peranti, termasuk Windows PC, Steam Deck, dan peranti Android. Di samping itu, ia juga serasi dengan peranti iOS seperti iPhone, iPad, macOS dan Apple TV.
Harga dan ketersediaan
Bagi sesiapa yang berminat, controller ini kini tersedia untuk pre-order melalui Amazon dan akan dilancarkan pada 18 Disember, 2023. Bundle Genshin Impact 8Bitdo Ultimate 2.4G Wireless Controller ini akan berharga $59.99 USD (sekitar RM280.90) tanpa penghantaran.
Dapatkan segala berita kami tentang Genshin Impact di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post