Dibangunkan oleh XD Entertainment, game strategi RPG Sword of Convallaria akan dilancarkan untuk iOS, Android dan PC melalui Steam. Dalam game ini anda akan mengumpul dan melatih tentera, menubuhkan skuad tersendiri dan menggunakan strategi untuk menyelamatkan wilayah Iria. Terokai dunia penuh plot twist ini, di mana segala pilihan anda akan membentuk takdir anda. Game ini dijadualkan untuk lancar pada musim bunga 2024 (April – Jun).
Anda terjaga di penjara bawah tanah yang misteri, secara tidak sengaja terjerat dalam plot yang penuh dengan konspirasi dan keganasan. Berjuang untuk hidup, anda berjaya melarikan diri, hanya untuk mendapati diri anda berada di bandar Convallaria yang terancam. Ketuai Sword of Convallaria Mercenary Group dan lindungi bandar. Navigasi melalui pelbagai puak dan kejar masa depan yang lebih cerah untuk Iria.
Sistem game
- Kisah yang mendalam
Mengembara melalui ruang dan masa ke Iria, sebuah negara yang kaya dengan mineral yang sumber ajaibnya telah menarik perhatian yang tidak diingini daripada puak luar yang berbahaya. Apabila ketegangan meningkat dan rusuhan meletus, terpulang kepada anda sebagai pemimpin tentera upahan untuk mengharungi situasi yang rumit sambil mencari jalan untuk menyelamatkan nasib Iria.
- Naratif berasaskan pilihan
Nasib Iria bergantung pada pilihan anda! Keputusan anda membentuk cara bandar anda berkembang dan mempengaruhi kisah yang berlaku. Pastikan anda membina hubungan dan kemahiran untuk kelebihan anda, dan lihat jalan cerita berubah bergantung pada pilihan dan pencapaian anda!
- Skor muzik oleh Hitoshi Sakimoto
Producer muzik global Hitoshi Sakimoto – terkenal dengan skornya untuk FF Tactics, FFXII, dan Tactics Ogre – meminjamkan genius muziknya kepada Sword of Convallaria dengan karya muzik terbaiknya setakat ini. Skornya yang sempurna melengkapkan suasana game dan plot twist.
- Turn-based combat strategik
Sword of Convallaria membawa taktikal berasaskan grid yang paling autentik! Kerahkan ally unik menentang pelbagai jenis musuh dan gunakan setiap butiran medan perang untuk mendapatkan kemenangan!
- Seni piksel 3D yang dipertingkatkan
“NeoPixel” mengekalkan grafik gaya piksel yang popular, sambil menambah pemaparan 3D moden, menyumbang kepada kualiti gambar HD premium dan kesan pencahayaan.
- Koleksi dan pembangunan hero yang menakjubkan
Rekrut dan latih senarai ally yang unik di kedai minuman, ajar mereka kemahiran yang menakjubkan, bina peralatan mereka di forge, tingkatkan statistik mereka dalam kawasan latihan, dan pimpin kumpulan tentera upahan yang dibina sendiri ke dalam pencarian legenda dengan puak yang berbeza!
- Pelakon suara hebat Jepun
Nikmati persembahan daripada lebih 40 anime dan legenda lakonan suara game seperti Inoue Kazuhiko, Yuki Aoi dan Eguchi Takuya yang menghidupkan setiap watak.
Kempen pra-daftar sedang dijalankan! Terdapat pelbagai ganjaran yang anda boleh dapatkan apabila kempen itu berjaya diselesaikan. Berikut adalah ganjaran kempen pra-daftar game:
- Paradise Coin x10K (100k pemain)
- Summons x2 (200k pemain)
- Summons x3 (300k pemain)
- Summons x5 (500k pemain)
Kalau anda inginkan ganjaran tersebut, kenalah pra-daftar sekarang. Sword of Convallaria boleh pra-daftar melalui App Store, Google Play, TapTap dan Steam. Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post