Tepat pada penghujung Mac 2026, Konami telah melancarkan cara baharu untuk bermain Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS. Kemas kini terbaharu ini memperkenalkan “Character Deck Duel,” sebuah mod PvP dan PvE baharu yang direka khas untuk membolehkan peminat melakukan Duel seperti watak kegemaran mereka di dalam siri anime.
Sebagai permulaan, pemain boleh mendapatkan sembilan Character Deck secara percuma dan sedia untuk dimainkan.
Barisan permulaan ini merangkumi watak-watak popular dari siri asal sehinggalah siri ZEXAL, termasuk Yami Yugi, Seto Kaiba, Joey Wheeler, Jaden Yuki, Zane Truesdale, Yusei Fudo, Jack Atlas, Yuma & Astral, dan Reginald “Shark” Kastle.
Cara untuk mendapatkan dek ini sangat mudah. Sebaik sahaja unlock watak berkenaan di dalam game, satu lifetime mission akan selesai secara automatik, dan dek peribadi mereka akan terus masuk ke dalam inventori anda.
Walaupun dek-dek ini sudah sedia untuk digunakan, anda tidak terikat sepenuhnya kepada senarai kad yang asal. Mod Character Deck Duels menampilkan sistem kemajuan khas yang tertumpu pada item baharu yang dikenali sebagai “Respect Orbs.”
Semasa bermain dalam mod ini, rating prestasi anda akan memberikan orbs tersebut. Anda boleh menukarnya di Card Trader untuk mendapatkan pelbagai kad, item, atau bahan naik taraf istimewa dipanggil “Grade Star.” Penggunaan Grade Star akan meningkatkan Grade keseluruhan Character Deck anda.
Seiring dengan peningkatan level dek tersebut, anda akan dapat menukar sehingga lima kad daripada senarai asalnya.
Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS boleh dimainkan secara percuma dan tersedia di iOS melalui App Store, Android melalui Google Play, dan PC melalui Steam.









Discussion about this post