Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gachiakuta: The Game – Pandang Pertama Aksi Combat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 30, 2026
in Action, Anime, Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Gachiakuta: The Game – Pandang Pertama Aksi Combat!
Share on FacebookShare on Twitter

Com2uS telah melancarkan empat trailer combat baharu untuk action RPG GACHIAKUTA: The Game. Video tersebut menonjolkan empat watak yang boleh dimainkan: Enjin, Riyo, Rudo, dan Zanka dengan mempamerkan aksi mereka dalam combat yang pantas dan dinamik.

Memandangkan game ini adalah sebuah survival action RPG, gameplay-nya amat memfokuskan kepada combat jarak dekat. Pemain akan menggalas peranan sebagai “Cleaner” yang meneroka zon yang dipenuhi raksasa di dalam Abyss. Untuk terus hidup, anda perlu melawan raksasa mutasi gergasi yang dikenali sebagai Trash Beast.

Watak-watak utama adalah “Giver” yang berlawan menggunakan “Vital Instrument”: iaitu barangan harian yang secara ajaibnya boleh bertukar menjadi senjata.

Gameplay terbaharu ini menunjukkan bagaimana setiap Cleaner beraksi dalam pertarungan, di mana mereka menggunakan senjata unik yang bertepatan dengan personaliti masing-masing seperti dalam anime:

  • Rudo: Protagonis siri ini bergantung pada pergerakan lincah dan combat jarak tengah. Dia menggunakan kuasa sarung tangan kesayangannya (yang boleh ditukar ke pelbagai bentuk) untuk menyerang musuh-musuhnya.
  • Enjin: Berperanan sebagai mentor, kekuatan utama Enjin terletak pada crowd control. Dia menggunakan serangan meluas untuk menyapu bersih sekumpulan besar musuh serentak.
  • Zanka: Dia memanfaatkan senjatanya yang panjang untuk mengekalkan jarak selamat sambil mematahkan pertahanan musuh satu persatu.
  • Riyo: Playstyle agresifnya dibina untuk menumbangkan musuh menggunakan serangan combo bertubi-tubi selaju kilat.

GACHIAKUTA: The Game kini sedang dibangunkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Com2uS belum mengumumkan tarikh pelancaran rasmi buat masa ini, namun klip gameplay baharu ini menunjukkan bahawa aksi game ini sudah mula menunjukkan kehebatannya.

Tags: GACHIAKUTA: The Game
ShareTweetSend
Previous Post

Yu-Gi-Oh Duel Links Memperkenalkan Mod ‘Character Deck Duel!’

Next Post

Game Spinoff PUBG: Blindspot Ditutup Hari Ini Selepas Hanya Dua Bulan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Game Spinoff PUBG: Blindspot Ditutup Hari Ini Selepas Hanya Dua Bulan

Game Spinoff PUBG: Blindspot Ditutup Hari Ini Selepas Hanya Dua Bulan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd