Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Xbox Game Pass Mac 2024 Tambah Diablo IV, The Quarry & Banyak Lagi!

Maira by Maira
March 20, 2024
in Artikel, Berita, Cloud, Game, PC, PC Game Pass, Senarai, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Xbox Game Pass Mac 2024 Tambah Diablo IV, The Quarry & Banyak Lagi!

Sumber: Xbox Wire

Share on FacebookShare on Twitter

Xbox telah mengumumkan tambahan sembilan game baharu untuk semua pelanggan Game Pass pada bulan Mac 2024. Antara game yang akan ditambah adalah Diablo IV, The Quarry, Evil West dan banyak lagi! Jom kita lihat lebih lanjut mengenai semua game ini.

The Quarry (Cloud & Konsol) – 20 Mac

Apabila matahari terbenam pada malam terakhir perkhemahan musim panas, sembilan kaunselor remaja terjerumus dalam malam seram yang tidak dapat diramalkan.

Evil West (Cloud, Konsol & PC) – 21 Mac

Ancaman gelap mula menyelinap ke Old West. Hapuskan gerombolan vampire dengan sarung tangan anda yang boleh pancarkan kilat dan menjadi Superhero Wild West. 

Terra Invicta (Game Preview) (PC) – 26 Mac

Daripada pencipta Long Warm pencerobohan makhluk asing telah memecahkan manusia kepada tujuh puak ideologi masing-masing dengan visi yang unik untuk masa depan.

Diablo IV (Konsol & PC) – 28 Mac

Setelah lama menanti, akhirnya Diablo IV akan tersedia untuk semua pelanggan Game Pass. Alami cerita game atau terus masuk ke Season of the Construct untuk menghapuskan ancaman baharu yang menjulang jauh di Kehjistan.

Hot Wheels Unleashed 2 – Turbocharged (Cloud, Konsol & PC)  – 28 Mac

Pandu kereta dan kenderaan paling hebat dari universe Hot Wheels, termasuk ATV dan motosikal baharu. Terokai 5 persekitaran baharu yang menakjubkan dan berlumba mengikut cara yang anda mahukan dengan mekanik baru.

Open Roads (Cloud, Konsol & PC)  – 28 Mac

Rahsia keluarga yang telah lama hilang. Petunjuk tentang harta yang tersembunyi. Dan beberapa kilometer lagi sebelum mereka tidur. Hubungan Tess Devine dengan ibunya tidak pernah mudah, tetapi mereka akan pergi bersama dalam perjalanan ke masa lalu yang tidak akan mereka lupakan. 

Ark: Survival Ascended (Cloud, Xbox Series X|S & PC) – 1 April

Game Ark dilahirkan semula dengan game engine Unreal Engine 5! Alami semula Ark dengan pelbagai penambahbaikan grafik dan banyak lagi!

F1 23 (Cloud) EA Play – 2 April

F1 23 EA Sports akan tersedia dengan Xbox Cloud Gaming melalui EA Play. Uji bakat pemanduan anda, cipta pasukan idaman anda, dan jadilah yang terakhir membrek dalam game video rasmi FIA Formula One World Championship 2023.   

Superhot: Mind Control Delete (Cloud, Konsol & PC)  – 2 April

Superhot: Mind Control Delete memberi anda lebih banyak cerapan tentang dunia fantasi kuasa Superhot dengan lebih banyak cerita, lebih banyak game istimewa, lebih banyak aksi, lebih banyak senjata.

Pada 31 Mac nanti, lapan game akan meninggalkan Game Pass. Kalau anda ingin menyimpannya dalam akaun, terdapat 20% diskaun tersedia untuk anda memilikinya. Berikut adalah senarai game yang akan meninggalkan Xbox Game Pass Mac 2024:

  • Hot Wheels Unleashed (Cloud, Konsol & PC)
  • Infinite Guitars (Cloud, Konsol & PC)
  • MLB The Show 23 (Cloud & Konsol)

Kalau ada yang berminat untuk bermain game PC yang disediakan, anda perlu langgan PC Game Pass dengan hanya RM15 sebulan. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game pass, sila klik pautan ini.

Tags: PC Game PassXbox Game PassXbox Game Pass Mac 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes Preview — Pelbagai Watak Unik, Gimik Combat Menarik!

Next Post

“Popeye” Bakal Dapat Filem Live Action Baharu Oleh Chernin Entertainment & King Features!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
“Popeye” Bakal Dapat Filem Live Action Baharu Oleh Chernin Entertainment & King Features!

"Popeye" Bakal Dapat Filem Live Action Baharu Oleh Chernin Entertainment & King Features!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd