Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes Preview — Pelbagai Watak Unik, Gimik Combat Menarik!

Maira by Maira
March 19, 2024
in Artikel, Berita, Game, JRPG, Preview
0 0
0
Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes Preview — Pelbagai Watak Unik, Gimik Combat Menarik!
Share on FacebookShare on Twitter

Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes merupakan sebuah game yang diilhamkan daripada game JRPG klasik dan membawakan beberapa ciri moden padanya. Dibangunkan oleh Rabbit & Bear Studios, game ini dihidupkan oleh dua pembuat game legenda iaitu Yoshita Murayama, pencipta Suikoden I&II, dan Junko Kawano, pencipta Suikoden I&IV. Sudah tentu ia akan membuatkan anda teringat pada game JRPG dahulu yang mungkin anda pernah mainkan dengan beberapa elemen klasik pada game ini.

Kami berpeluang untuk mainkan bahagian awal game ini, di mana kami diperkenalkan kepada beberapa watak utama dan sistem combatnya. Jadi tanpa membuang masa, jom kami ceritakan sedikit pengalaman kami semasa bermain beta Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes!

Cerita

Untuk preview kali ini, cerita bermula dengan pertemuan pertama Nowa dan Seign yang merupakan dua watak penting dalam Eiyuden Chronicle. Kalau anda ingin tahu, ada tiga watak core dalam game ini.

Kita melihat dua faction berbeza, Imperial dan League bekerjasama dalam mencari artifact yang dikenali sebagai “Primal lens”. Perkara ini berlaku sebelum berlakunya perang pertama dunia yang akan melibatkan dua faction tersebut.

Sumber: 505 Games

Tidak banyak yang kami boleh ceritakan tanpa memberikan spoiler besar. Apa yang kami boleh ceritakan bahawa permulaannya mungkin mengambil sedikit masa yang lama sebelum konflik besar pertama muncul. Anda sedikit demi sedikit mengetahui lebih lanjut mengenai dunia serta peranan watak pada ceritanya nanti. Penamat preview ini juga agak cliffhanger membuatkan kami tidak sabar untuk melihat sambungannya nanti.

Sumber: 505 Games

Gameplay

Bercerita tentang gameplay, Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes menyajikan combat yang sangat familiar buat peminat JRPG. Dengan random encounter sepanjang meneroka, anda juga akan bertemu dengan pelbagai jenis musuh, tidak kiralah manusia mahupun raksasa. Combatnya juga agak simple tanpa sebarang mekanik yang memeningkan.

Sumber: 505 Games

Dengan sistem turn-based combat klasik JRPG, pemain dapat menyerang, menggunakan kebolehan, melindungi diri dan juga menggunakan item. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga serangan combo yang boleh dilakukan mengikut hubungan antara watak.

Sumber: 505 Games

Untuk menggunakan kebolehan, kita diperkenalkan dengan “Rune-lens” yang merupakan satu objek magic yang boleh digunakan oleh manusia, beastmen, elves dan desert people. Terdapat pelbagai Rune-lens yang tersedia untuk anda pakaikan kepada watak, dengan setiap satu daripadanya memberikan set skill yang berbeza.

Terdapat dua jenis kebolehan yang boleh digunakan melalui Rune-less, serangan fizikal yang menggunakan Skill Point (SP) dan kebolehan elemental magic yang menggunakan Magic Point (MP). Setiap watak mempunyai 5 bar SP dan ia boleh diisi semula setiap pusingan dalam battle. Kalau anda kehabisan MP pula, anda boleh menggunakan item atau berehat di “Inn” untuk penuhkannya semula. Sudah tentu anda pelu mengunakan sedikit wang untuk berehat di Inn.

Sumber: 505 Games

Tentang serangan combo pula, ia merupakan serangan unik antara watak tertentu apabila dalam battle. Serangan ini memerlukan SP tertentu oleh watak-watak sebelum boleh digunakan. Jadi anda mungkin memerlukan beberapa turn sebelum boleh menggunakannya. Sudah tentu serangan ini juga memberikan damage yang besar kepada musuh.

Untuk memberikan sesuatu yang fresh kepada combat, terdapat beberapa gimik yang anda boleh gunakan semasa battle. Sebagai contoh anda boleh berselindung disebalik batu untuk hidarkan diri daripada serangan musuh atau menjatuhkan batu gergasi ke atas musuh.

Sumber: 505 Games

Posisi watak juga memainkan peranan dalam combat. Anda boleh membawa sehingga 6 watak dalam party. Jadi anda boleh meletakkan 3 watak di barisan hadapan, 3 di barisan belakang. Untuk barisan belakang, pastikan watak tersebut boleh menyerang untuk kedua-dua serangan jarak dekat dan jauh, jadi tiada masalah untuk anda menyerang mana-mana musuh yang ada. Kalau anda letak watak yang hanya boleh memberikan serangan jarak dekat di belakang, mereka tidak akan dapat menyerang langsung.

Sumber: 505 Games

Game ini juga menyediakan beberapa minigame tetapi kami hanya boleh mencuba “fishing” sahaja. Dapat sahaja fishing rod, anda boleh lawati mana-mana kolam atau tasik untuk memancing. Ia satu minigame yang agak santai. Jadi anda bolehlah berehat sebentar sebelum memulakan semula penerokaan.

Sumber: 505 Games

Persembahan & Muzik

Visual game ini sememangnya indah dengan gabungan sprite 2D untuk watak-watak dan 3D untuk persekitarannya. Rasanya sudah menjadi trend untuk game JRPG baharu dipersembahkan dengan gaya sebegini. Latar belakang 3D kelihatan sangat HD dan terang, menunjukkan keindahan bandar, kampung yang aman, gurun gersang, dan banyak lagi lokasi dengan cukup baik.

Cuma satu sahaja yang menjadi masalah bagi kami, iaitu camera game. Kadang-kadang watak akan terlindung sepenuhnya dengan latar, membuatkan kami teragak-agak untuk jalan. Rasanya ia disengajakan kerana kebanyakkan jalan sebegitu tiada item atau sesuatu yang penting padanya.

Sumber: 505 Games

Apabila mengembara dalam dungeon, akan ada beberapa jalan yang disekat, yang memerlukan anda menyelesaikan puzzle mudah untuk membukannya. Anda hanya perlu perhatikan persekitaran dan petunjuk dengan baik, jadi memang tiada masalah untuk anda teruskan penerokaan.

Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes menyediakan alihan suara penuh untuk watak iaitu bahasa Jepun dan bahasa Inggeris. Walaupun kedua-dua persembahan pelakon hebat, kami lebih prefer untuk bermain dalam bahasa Jepun. Walaupun terjemahannya sedikit berbeza dengan apa yang dikatakan, tetapi konteksnya tidaklah berbeza.

Sumber: 505 Games

Bercerita tentang muziknya pula, setiap satu daripadanya direka untuk sesuai dengan persekitaran serta cerita. Masuk sahaja battle, kita akan ditemani dengan muzik yang epik manakala semasa meneroka atau berada dalam bandar, kita ditemani dengan muzik yang aman dan ceria.

Kesimpulan

Untuk lebih daripada 5 jam kami mainkan beta Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes, kami telah melihat pelbagai kandungan menarik yang sememangnya menyeronokkan. Kami juga berpeluang untuk menentang 4 boss utama dalam game dengan setiap satu hadir dengan pertarungan yang mencabar. Dengan barisan watak yang pelbagai untuk dibawa ke dalam parti, kami menantikan untuk melihat kesemua 100 watak yang akan tersedia dalam game penuh nanti.

Sumber: 505 Games

Boleh dikatakan ia juga salah satu game JRPG yang boleh dinantikan oleh ramai peminat JRPG. Dengan game ini merupakan karya terakhir mendiang Murayama, sudah tentunya ia sebuah game yang harus dimainkan pada tahun ini.

Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes akan dilancarkan pada 23 April 2024 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Tags: Eiyuden ChronicleEiyuden Chronicle: Hundred Heroes
ShareTweetSend
Previous Post

Solo Leveling Akan Dapat Season 2? Dokumentari Khas Crunchyroll “Terbocorkan” Maklumat!

Next Post

Xbox Game Pass Mac 2024 Tambah Diablo IV, The Quarry & Banyak Lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Xbox Game Pass Mac 2024 Tambah Diablo IV, The Quarry & Banyak Lagi!

Xbox Game Pass Mac 2024 Tambah Diablo IV, The Quarry & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd