World of Warcraft (WoW): The War Within akan melancarkan Alpha Test tidak lama lagi. Kalau anda ingin tahu, ia merupakan pengembangan ke-10 untuk WoW dan juga yang entri pertama untuk Worldsoul Saga, pengembangan trilogi yang telah diumumkan semasa BlizzCon 2023. Trilogi ini terdiri daripada The War Within, Midnight dan The Last Titan. Kami berpeluang untuk selami lebih lanjut mengenai WoW: The War Within Alpha Test serta maklumat lain mengenainya.
Maklumat ini telah dipersembahkan oleh Game Director World of Warcraft, Ion Hazzikostas dan Associate Art Director World of Warcraft, Tina Wang. Tanpa membuang masa, jom kita lihat kesemua maklumat yang telah dikongsikan.
Watak-watak
Xal’atath, Harbinger of the Void, merupakan salah seorang daripada villain utama dalam Worldsoul Saga. Menurut Wang, reka bentuknya diinspirasikan oleh artifak Shadow Priest (Xal’atath, Blade of the Black Empire), di mana dia telah terperangkap.

Alleria dan Anduin juga kembali sebagai hero utama. Alleria Windrunner menerima reka bentuk terbaru yang mencerminkan dualiti wataknya. Manakala Anduin pula kelihatan lebih garang dengan segala perkara yang berlaku kebelakangan ini.

Tajuk pengembangan ini juga mempunyai pelbagai lapisan untuk kandungannya, menurut Hazzikostas. Bukan setakat pertempuran antara Azeroth sahaja yang akan kita lalui malah ia juga mempunyai kisah yang melibatkan pelbagai konflik. Melihat apa yang berlaku pada Anduin dalam Shadowlands, perjalanannya ke kegelapan sambil mencari cahayanya tersendiri juga merupakan bahagian besar pada naratif.

Watak lain yang sudah lama tidak muncul dalam cerita juga akan kembali dalam The War Within, seperti Magni dan keluarganya. Moira, ketua Dark Iron Dwarfs dan waris Iron Forge juga akan muncul bersama anaknya Dagra yang kini sudah besar.
Zon baharu
The War Within membawa pemain ke kawasan yang dipanggil Khaz Algar, rumah purba buat Earthen. Ia tidak jauh dari pantai barat Pandaria, dan beberapa ratus batu jauhnya dari pedang tertentu yang terpacak di hujung selatan Kalimdor. Tempat ini menjadi rumah kepada empat zon. Zon pertama dipanggil Isle of Dorn, di mana anda boleh menjumpai kumpulan terbiar Earthen. Ini adalah zon di mana pemain akan spawn dalam Alpha Test dan dikelilingi serpihan daripada pertarungan dahulu.

Zon kedua pula dikenali sebagai Ringing Deeps dan jantung kepada industri Earthen. Ia dihiasi dengan api dan lava serta gua untuk pemain terokai.
Seterusnya kita ada zon Hallowfall yang merupakan kapal udara bawah tanah. Seperti yang dinyatakan oleh Wang, inilah tempat di mana mereka akan hancurkan jangkaan pemain. Zon ini dihiasi dengan kristal terang yang memberikan visual menawan. Hazzikostas turut menyatakan bahawa Hallowfall dibina untuk menjadi tempat yang tidak dijangka, tanpa rasa penindasan dan klaustrofobia.

Zon terakhir adalah Azj’kahet, jantung kepada Nerubian Empire. Menurut Wang, “Di sinilah kita akhirnya akan melihat Nerubian dalam semua kekuatan dan kemuliaan mereka, seperti ketinggian tamadun mereka”.

Dungeon baharu
Dungeon pertama yang pemain akan cuba dalam Alpha adalah Rookery Dungeon di Isle of Dorn. Rookery merupakan tempat di mana Storm Gryphon dijaga dan dilatih oleh Earthen purba sepanjang abad. Boleh dikatakan ia merupakan gabungan Warcraft klasik yang memaparkan dwarf dan gryphon, dan puak itu mempunyai legasi Storm Rider. Dengan pengembangan ini, kita dapar melihat sedikit sebanyak mengenainya. Lebih menarik sekali, kalau anda membeli Heroic Edition untuk WoW: The War Within, anda boleh tunggang Storm Gryphone sebagai mount.

Dungeon seterusnya dikenali sebagai Priory of the Sacred Flame dan terletak di Hallowfall. Ini adalah biara Arathor yang dihiasi dengan tingkap gergasi yang membingkai kristal yang tertanam di siling.

Selain itu, kita ada The City of Threads yang berkait dengan Nerubian. Ia terletak di bawah bandar Nerubian dan meneroka perbezaan antara sejarah tamadun Nerubian purba dan baru. Terdapat juga sistem Follower Dungeon di mana anda boleh solo dungeon dengan sekutu NPC yang akan kembali dalam pengembangan ini selepas pengenalan mereka di Dragonflight.

Raid baharu
Bercerita tentang Nerubian, WoW: The War Within akan memperkenalkan raid baru di Nerub’ar Palace. Seperti pertemuan pertama Nightborne di Suramar, pasukan WoW ingin memaparkan tamadun Nerubian yang hebat dan epik.
“Kami benar-benar mahu menunjukkan kecanggihan di sini. Ini bukan lapisan supervillain yang dahsyat, ini adalah kuasa besar Azeroth yang kami dapati sendiri, berhadapan dengannya,” kata Hazzikostas.

Memandangkan rekaan Nerubian adalah arachnid, pengembangan ini akan memperkenalkan mode Arachnophobia yang menjadikan Nerubian kelihatan seperti ketam buat mereka yang takut pada labah-labah.
Delves
Tier Set juga kembali dalam pengembangan ini, cuma kali ini ia tidak terikat secara eksklusif pada Raid dan pelbagai aktiviti tersedia untuk anda dapatkan peluang menggunakannya. Aktiviti itu turut mempunyai Delves, ciri utama The War Within yang menawarkan sambungan berstruktur dan berorientasikan progression kepada gameplay dunia luar. Delves akan menjadi pengalaman lancar yang disepadukan ke dalam semua zon di mana pemain boleh melakukan pelbagai pengembaraan setempat di samping NPC seperti Bran Bronzebeard. Anda juga boleh memakainya untuk peranan yang berbeza, tidak kiralah mereka healer atau pemberi damage.

Senang cerita, anda akan pergi ke tempat tertentu yang mempunyai pintu berkabus, berinteraksi dengannya dan akhirnya anda mempunyai Delve tersendiri untuk masuk. Terdapat perbezaan tier pada Delve untuk diterokai. Lebih tinggi tier, lebih mencabar jadinya.

Selain daripada Tier Set dan menyelesaikan Delves, pemain boleh membuka pelbagai ganjaran epik lain seperti mount dengan pelbagai attachment yang boleh digubah mengikut cita rasa. Semua mount kini boleh terbang secara dinamik seperti dragon riding dalam Dragonflight.

Warband
Warband merupakan tambahan yang membolehkan pemain untuk kongsi progression dan memindahkan item antara pelbagai watak berbeza dalam akaun. Tidak kiralah watak anda sebahagian daripada Alliance atau Horde atau mana-mana Realm, selagi mereka sebahagian daripada Warband, mereka mempunyai akses kepada pelbagai sistem progression. Ia juga tersedia pada skrin pemilihan watak, yang juga mempunyai UI baharu yang telah direka semula.

PvP
Menyentuh topik PvP, pengembangan ini akan mempunyai Battleground baharu yang bernama Deephaul Ravine yang bertemakan Earthen. Tempat ini mempunyai lombong dan lembangan di mana pemain akan menolak kereta sorong dan mempertahankan point.
Hero Talent dan Profession
Hero Talent sering menjadi bualan dalam World if Warcraft dan Hazzikostas merasakan pemain akan teruja untuk mainkannya dalam Alpha akan datang. Terdapat Hero Talents yang pemain tidak pernah lihat sebelum ini dan kebanyakannya dibentuk daripada maklum balas komuniti.
“Kami komited untuk mempunyai sebanyak mungkin Talent ini untuk boleh dimainkan sejak awal lagi,” kata Hazzikostas. “Kami akan mempunyai 100% Hero Talent Trees yang tersedia dan boleh dimainkan tidak lama lagi dalam Alpha. Perjalanan selebihnya adalah mengenai lelaran, tuning dan mendail semuanya untuk membuat pengalaman yang digilap yang semua orang teruja.”

Untuk Profession pula, penambahbaikan telah dilihat dalam Dragonflight akan menjadi anjakan kekal untuk cara Profession digunakan. Anda boleh jangkakan resipi baru tetapi dengan progression asas dan struktur seperti Dragonflight. Walaupun begitu, ciri baharu akan diperkenalkan yang akan menawarkan garis dasar untuk crafting order NPC. Pada asasnya, NPC akan mengeluarkan pesanan ke pasaran, jadi sentiasa ada sesuatu yang boleh direbut oleh pemain.
Perubahan lain serta Alpha Test
UI akan mendapat perubahan dalam The War Within, seperti pebagai ikon, terutamanya untuk Quest, di mana ia akan lebih jelas untuk jenis Quest yang akan diberi NPC. Ia mungkin bukan Campaign Quest tetapi lebih untuk quest yang berkait dengan Profession atau yang memberikan Revival Catalyst.
Seperti yang dipersembahkan, Alpha atau test build untuk The War Within akan tersedia tidak lama lagi. Hampir sama dalam Dragonflight, Hazzikostas mengatakan bahawa setiap minggu, setiap build baru yang dilancarkan akan fokus pada bahagian tertentu pengembangan, yang akan fokus pada maklum balas pemain. Untuk minggu pertama, ia akan fokus pada Isle of Dorn, Dungeon dan sistem universal seperti Hero Talent.
Kalau anda ingin turut serta dalam Test Server World of Warcraft: The War Within, anda boleh daftar melalui laman web rasmi. Pengembangan ini dijangka untuk lancar pada penghujung musim panas atau awal musim luruh tahun ini.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai World of Warcraft daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post