Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mampukah PC Anda Bermain Ghost of Tsushima Director’s Cut? Info Penuh Spec!

Maira by Maira
April 18, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, Game, PC, Steam
0 0
0
Mampukah PC Anda Bermain Ghost of Tsushima Director’s Cut? Info Penuh Spec!
Share on FacebookShare on Twitter

Ghost of Tsushima Director’s Cut PC akan dilancarkan pada 16 Mei 2024 dan kami pasti ramai pemain PC menantikan sekuel ini. Berita baiknya, Nixxes dan Sucker Punch telah mendedahkan spesifikasi penuh PC untuk Ghost of Tsushima Director’s Cut sebagai rujukan. Kalau anda risau dengan prestasi game ini pada PC masing-masing, bolehlah semak spesifikasi penuh game itu sekarang!

Dalam Ghost of Tsushima Director’s Cut pada PC, anda akan menemui pelbagai preset grafik yang bertujuan untuk menjadikan gameplay berjalan dengan baik pada perkakasan yang lebih lama, serta menjadikannya bersinar pada PC mewah. Anda boleh rujuk rajah di bawah untuk melihat spesifikasi penuh PC untuk setiap preset.

Sumber: Sony Interactive Entertainment

Ghost of Tsushima Director’s Cut PC dioptimumkan sepenuhnya untuk monitor ultra lebar, dengan sokongan untuk resolusi 21:9 dan 32:9. Malah resolusi 48:9 dan set-up triple monitor turut disokong.

Anda boleh meningkatkan frame rate dengan NVIDIA DLSS 3, AMD FSR 3 atau Intel XeSS, atau meningkatkan lagi kualiti imej dengan NVIDIA DLAA atau AMD FSR 3 Native AA. Game ini juga menampilkan sokongan controller yang meluas, termasuk sokongan penuh untuk controller DualSense dengan maklum balas haptik dan adaptive trigger, menggunakan sambungan berwayar.

Ghost of Tsushima PC
Sumber: Sony Interactive Entertainment

Bukan setakat itu sahaja, game ini juga merupakan game pertama PlayStation PC yang menggunakan overlay PlayStation baru yang turut mempunyai Friend list, Trophies, Setting dan Profile. Ciri ini tersedia pada PC dan boleh diakses daripada menu dalam game. Untuk pemain keyboard, anda boleh tekan shortcut “SHIFT +F1” untuk mengaksesnya.

Semasa bermain game, anda boleh mendapat PlayStation Trophies seperti konsol. Set Trophy pada PC adalah sama dengan game pada PS5. Sebagai tambahan, versi PC juga mempunyai sokongan penuh untuk Achievement pada Steam dan Epic Games Store.

Ghost of Tsushima PC
Sumber: Sony Interactive Entertainment

Untuk menggunakan ciri seperti Trophies, Friends list dan cross-play, anda boleh log masuk akaun PlayStation Network atau menghasilkan akaun baharu. Penggunaan PlayStation overlay adalah pilihan untuk pengalaman single player dan mode Legends.

Ghost of Tsushima Director’s Cut PC akan dilancarkan pada 16 Mei 2024 di Steam dan Epic Games Store. Untuk mendapatkan segala berita mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Ghost of Tsushima Director’s CutGhost of Tsushima Director’s Cut PC
ShareTweetSend
Previous Post

WoW The War Within Bakal Mulakan Alpha Test, Bakal Keluarkan Collector’s Edition!

Next Post

Solo Leveling: ARISE Bakal Lancar Pada 8 Mei, Sudah 12 Juta Pemain Pra-daftar!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Solo Leveling: ARISE Bakal Lancar Pada 8 Mei, Sudah 12 Juta Pemain Pra-daftar!

Solo Leveling: ARISE Bakal Lancar Pada 8 Mei, Sudah 12 Juta Pemain Pra-daftar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd