Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Walaupun bermasalah, Cyberpunk 2077 masih mencatatkan angka keuntungan yang mengagumkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 23, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Genre, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Walaupun bermasalah, Cyberpunk 2077 masih mencatatkan angka keuntungan yang mengagumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

CD Projekt Red baru-baru ini telah mendedahkan angka keuntungan yang mengagumkan untuk permainan terkini, Cyberpunk 2077. Agak mengejutkan, betul? Cyberpunk 2077 berjaya menjual 13.7 juta salinan pada hujung tahun 2020, dan memandangkan ia dikeluarkan pada bulan Disember tahun lepas, itu adalah perkara yang sangat hebat.

New data from CD Projekt Red

– Cyberpunk 2077 sold 13.7 million copies by the end of 2020.

– The Witcher 3 had its second best year in history in 2020. It has sold over 30 million units.

– Next-gen console editions of both Cyberpunk and The Witcher 3 will launch in H2 2021. pic.twitter.com/PchiTxJjHN

— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) April 22, 2021

Data ini berasal dari Daniel Ahmad, seorang penganalisis kanan di Niko Partners yang sering melaporkan statistik penjualan permainan video. Bersama pencapaian yang mengagumkan ini, Ahmad juga menjelaskan tentang beberapa aspek pelancaran Cyberpunk 2077 yang bermasalah namun berjaya.

Menurut penyelidikan Ahmad, sebanyak 56% (7.67 juta) salinan dijual di PC, 28% (3.84 juta) salinan dijual di PS4, dan 17% (2.33 juta) salinan dijual di Xbox One. Dari jumlah penjualan ini, 73% (10 juta) daripada jumlah total permainan dijual secara digital. Ini bermaksud hanya 27% pemain yang membeli salinan fizikal Cyberpunk 2077. Memandangkan permainan ini dibuang (buat sementara) dari PlayStation Store, perkara ini amat mengejutkan kerana pemain PlayStation harus membeli salinan fizikal untuk bermain selepas itu.

Penganalisis perniagaan, Mike Futter, juga memberi satu pernyataan yang menarik dari data di atas. Menurut beliau, CD Projekt Red telah membelanjakan sebanyak $2.17 juta USD untuk setiap pembayaran balik setelah pelancaran permainan. Walaupun nampak seperti banyak, ia hanyalah jumlah yang kecil jika dibandingkan dengan keuntungan bersih yang sebanyak $303 juta USD.

https://twitter.com/Futterish/status/1385279644979671048

Bagi masa akan datang, lebih banyak unit permainan dijangka akan dijual kerana versi permainan next-gen semakin hampir. Versi PS5 dan Xbox Series X akan dilancarkan pada hujung 2020, dan ini sepatutnya akan melonjakkan lagi jumlah penjualan. Walaupun imej Cyberpunk 2077 tercalar, tetapi dari segi kewangan, ia tidak mempunyai kesan. Siapa sangka kan? Mungkin publisiti seperti ini yang bantu keuntungan mereka?

Untuk segala liputan kami tentang Cyberpunk 2077, sila tekan pautan ini.

Sumber – ZhugeEX

Muat turun di sini
Cyberpunk 2077
Publisher: CD Projekt
Developer: CD Projekt Red
Release Date: 2020-12-10
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Cyberpunk 2077 adalah permainan video permainan peranan 2020 yang dikembangkan dan diterbitkan oleh CD Projekt. Cerita ini berlaku di Night City, dunia terbuka yang terletak di alam semesta Cyberpunk.  
Tags: CD Projekt RedCyberpunk 2077datakeuntunganPCPS4Xbox One
Previous Post

[Kerjaya] Senior Graphic, Game Specialist dan banyak lagi yang diperlukan di XD Entertainment Pte Ltd!

Next Post

Siap sedia untuk patah riukkan badan anda, Just Die Already akan datang 20 Mei ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Siap sedia untuk patah riukkan badan anda, Just Die Already akan datang 20 Mei ini!

Siap sedia untuk patah riukkan badan anda, Just Die Already akan datang 20 Mei ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd