Jika Dumb Ways To Die 2: The Games dan Human Fall Flat tidak cukup lawak dan cedera parah lagi bagi anda… Jangan risau, kerana ada sebuah permainan terbaru yang menampilkan “Warga Emas” sebagai watak utama dalam permainannya. Selalu serius sangat dengan game ARPG, atau terasa nak main sekali lagi oleh pelukis Goat Simulator, apa kata nanti anda cuba Just Die Already! Dari video-video demo dan trailer pun dah cukup buat kami teruja, apa tah lagi anda!
Sebelumnya diumumkan oleh Armin Ibrisagic (Double Moose) dan Curve Digital (Human Fall Flat), Old People Mayhem Sandbox secara rasmi telah mendedahkan tarikh pelepasan penuh Just Die Already dan ia nampaknya akan tiba di Xbox One, PlayStation 4, Switch dan PC (Steam/ Epic Games) tidak lama lagi.
Seperti yang dikongsikan dalam video di atas (abaikan jari hantu tu ye), tarikh pelepasannya adalah 20 Mei 2021 dan membawa permainan di mana anda pasti akan kehilangan satu atau dua anggota badan, semasa anda melakukan aksi tidak masuk akal dengan harapan anda dapat memperoleh rawatan percuma!
Just Die Already menumpukan perhatian pada kehidupan warga tua yang mendapati diri mereka diusir dari rumah persaraan mereka. Sekarang walaupun mereka sedang mencari perawatan percuma baru, mereka harus membuktikan bahawa mereka layak mendapatkannya dengan melakukan cabaran berbahaya, bersaing satu sama lain dan banyak lagi.
Lebih menarik, anda bakal merasai kekecohan tidak kiralah bermain secara solo atau multiplayer, Just Die Already hadir dengan peluang dalam talian empat pemain cross-platform, kerana anda dan rakan anda berpeluang kehilangan anggota badan akibat gigitan ikan yu, atau dipotong rakan, dilanggar, ditembak dan banyak lagi. Dengan sebarang bentuk sifat serius yang benar-benar dilemparkan ke luar tingkap, anda boleh yakin bahawa Just Die Already akan membawa humor yang kita semua perlukan.
Lagi menarik, anda boleh pra-pembelian Just Die Already di Steam dengan harga diskaun 20%! Jadi apa lagi yang anda nantikan? Jom sauk sebelum pelancarannya 20 Mei ini! Tak sabar nak patah riukkan geng-geng yang main sekali ni!
@gamersantaimy
Discussion about this post