Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Wakil Negara Kita, Nova Esports ialah Juara Honor of Kings Invitational S3!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 1, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, MOBA
0 0
0
Wakil Negara Kita, Nova Esports ialah Juara Honor of Kings Invitational S3!
Share on FacebookShare on Twitter

Nova Esports telah mengharumkan nama Malaysia dengan menjuarai Honor of Kings Invitational Season 3! Wakil negara kami membuktikan kehebatan mereka di pentas antarabangsa, mengharungi dua Ultimate Battle sebelum akhirnya muncul sebagai juara.

Honor of Kings Invitational S3 adalah sebahagian daripada rancangan global esports bagi MOBA popular ini, menampilkan 12 pasukan terbaik dari pelbagai rantau. Kejohanan ini berlangsung di Manila, Filipina sebagai kejohanan pra-musim utama bagi tahun 2025 dengan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak $300,000 USD.

Rumusan Grand Final

Kredit: Digital Braves

Pertarungan akhir menyaksikan Nova Esports berdepan wakil Korea Selatan, Nongshim RedForce, dalam siri best-of-seven yang sengit.

Barisan pemain Malaysia yang terdiri daripada Muci (Ong Jun Yang), Weipit (Wai Min Jing), Xuan (Nicholas Ng Kai Shuan), Wendy (Wang Jinwen), dan Cy (Yu Lim Chen) bertarung dalam perlawanan penuh drama intens.

Nova mendahului dengan kemenangan di perlawanan pertama, namun Nongshim bangkit dengan dua kemenangan berturut-turut untuk mendahului 2-1. Nova berjaya menyamakan kedudukan dalam perlawanan keempat, tetapi Nongshim sekali lagi berada di hadapan dengan match point selepas memenangi perlawanan kelima.

Namun, Nova Esports enggan mengalah dan menunjukkan semangat juang luar biasa, memaksa perlawanan penentuan Ultimate Battle di Game 7. Dalam perlawanan terakhir yang penuh tekanan, Nova Esports berjaya melakukan team fight sempurna untuk memastikan kejuaraan menjadi milik mereka!

Dengan kemenangan ini, Nova Esports bukan sahaja meraih gelaran juara Honor of Kings Invitational S3 2025 tetapi turut mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai kuasa baru dalam dunia kompetitif Honor of Kings. Xuan dinobatkan sebagai Final MVP atas prestasi cemerlangnya sepanjang kejohanan.

Pasukan ini membawa pulang hadiah utama bernilai $100,000 USD, manakala Nongshim RedForce selaku naib juara menerima $50,000 USD. Blacklist International dan Team Vitality pula masing-masing membawa pulang $25,000 USD selepas menamatkan saingan di tempat ketiga dan keempat.

Tags: Honor of Kings Invitational S3Nova Esports
ShareTweetSend
Previous Post

Honor of Kings Invitational S3 – Wakil Malaysia ‘Nova Esports’ Bertemu Nongshim RedForce di Grand Final!

Next Post

Honor of Kings Umum Pelan Esports 2025 dengan Pelaburan $15 Juta!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Honor of Kings Umum Pelan Esports 2025 dengan Pelaburan $15 Juta!

Honor of Kings Umum Pelan Esports 2025 dengan Pelaburan $15 Juta!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd