Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Vtuber popular telah dikritik selepas berjenaka mengenai refund game!

Maira by Maira
December 29, 2021 - Updated on January 2, 2022
in Artikel, Berita, Genre
0 0
0
Vtuber popular telah dikritik selepas berjenaka mengenai refund game!
Share on FacebookShare on Twitter

Vtuber sememangnya satu personaliti yang terkenal dalam kalangan gamer kerana mereka sering mengadakan strim langsung di platform penstriman seperti Youtube, twitch dan lain-lain. Kebanyakkan Vtuber sering bermain game sebagai kandungan utama dalam channel mereka. Baru-baru ini, seorang Vtuber popular dari Nijisanji ID, Bonnivier Pranaja telah mengeluarkan tweet jenaka mengenai refund game dan nampaknya ramai yang tidak menyukainya.

https://twitter.com/bobon_pranaja/status/1475421345567547398?s=20

Tweet Bonnivier yang berformatkan 4chan, berjenaka mengenai sistem refund Steam yang membenarkan pemain untuk mendapatkan kembali wang mereka jika game tersebut dimainkan dalam masa dua jam. Inilah yang menyebabkan ramai yang tersinggung dengan tweet tersebut terutamanya pembangun game indie.

…joking or not, as a game developer, this is a very disappointing tweet coming from the one vtuber that got me interested in the vtuber scene in the first place. https://t.co/O1EzXjdbls

— Sasha 🪶 (@gal__el) December 27, 2021

Ramai pengguna Twitter lain yang menegur bahawa perbuatan tersebut tidak patut dilakukan walaupun hanya sekadar jenaka. Untuk membangunkan sebuah game sudah susah, malah ia hanya merugikan pembangun game tersebut kerana eksploitasi daripada sistem refund tersebut. Disebabkan Bonnivier antara Vtuber yang popular, agak merisaukan apabila dia membuat jenaka seperti itu kerana mungkin ramai yang akan membuat perkara tersebut. Ini bukan sahaja memberi kesan kepada pembangun game malah kepada industri gaming itu sendiri.

It's not even funny when you know there is some developer who just quit making game because people exploit refund system. This joke is not a "funny" jokes anymore dude..

Reading this tweet from Summer of '58 developer really heartbreaking…https://t.co/rxvVVOEDXO https://t.co/vUnuOCSc6F

— Paladin ➕ (@healertanker) December 28, 2021

Sudah banyak studio kecil yang berhenti menghasilkan game kerana sistem refund tersebut, serta kekurangan sumber untuk memhasilkan sesuatu yang baru. Kebanyakkan game indie juga memang boleh dihabiskan dalam masa dua jam dan jika ramai yang refund selepas seronok bermainnya, ia memberikan kesan yang buruk kepada studio pembangun. Inilah mesej yang ingin disampaikan oleh pembangun indie kepada mereka yang mengambil ringan mengenai isu ini.

RelatedPosts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

Bonnivier telah mengeluarkan tweet meminta maaf mengenai jenakanya itu dan cuba untuk mengelak daripada berjenaka seperti itu pada masa depan. Kepada sesiapa yang mengenali Bonnivier, dia memang seorang Vtuber yang baik dan suka berjenaka. Tetapi nampaknya dia perlu berhati-hati selepas isu ini.

https://twitter.com/bobon_pranaja/status/1475633243932139521?s=20

Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Harap-harap ramai gamer yang mengambil berat mengenai isu refund ini dan sentiasa menyokong industri gaming yang semakin berkembang. Untuk segala liputan mengenai game, sila klik pautan ini.

Tags: refund gameVTuber
Previous Post

Review Razer Kaira X untuk PS5 – Pilihan “bajet” untuk pemain PlayStation

Next Post

Ubisoft mungkin menutup akaun yang tidak aktif selama 6 bulan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Ubisoft mungkin menutup akaun yang tidak aktif selama 6 bulan!

Ubisoft mungkin menutup akaun yang tidak aktif selama 6 bulan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd