Makin menjadi-jadi pasal game baru Valve, Artifact ni. Minggu lepas aku dah kupaskan sedikit informasi pasal game ni kan? Ala, yang Gabe Newell meeting dengan budak-budak dia tu. So, hari ni ada lagi butiran yang aku dapat pasal game Artifact ni. Jom ikot aku dalam entri ni.
Nampaknya, game Valve yang baru ni, berdasarkan dunia DOTA. Buat sekarang, apa yang aku tahu, game ni da ready 280 kad dan juga 44 hero. Ada la muka-muka hero DOTA yang korang kenal macam Phantom Assassin dengan Legion Commander, tapi ada jugak muka-muka yang baru.
Mula-mula Sorla Khan, pahlawan perempuan yang memakai tombak sebagai senjatanya. Sama kaum dengan Axe kalau ikot dongeng, dan ketua kepada Red Mist Army lepas Axe blah dari kumpulan tu. Lepas tu, kita ada Kanna. Biasa Kanna ni orang yang bernama Kamalanathan, tapi orang panggil Kanna. Okay, hambar. So, Kanna ni sangat misteri, fizikal dia bertanduk macam Iblis sikit. Tak banyak perkara yang kita tahu pasal dia, tapi Juggernaut pernah tanya kay Azwraith ( Phantom Lancer ) pasal kepulangan Kanna, misteri habis ni.
Last sekali, Rix, separuh manusia dengan serigala, macam Rexxar ( Beastmaster ), bersenjatakan pedang dan ada cerita diantara dia dengan Legion Commander. Masa mula-mula perbincangan Valve, memang diaorang ada cakap pasal yang content dalam Artifact akan ke DOTA, macam tease hero baru akan ada dalam Artifact dulu, tapi tak kesemuanya.
Jadi, ini sahaja info yang aku dapat, sangat menarik dan pasti akan buat ramai kipas-susah-mati DOTA menunggu akan game ni kan? Letak komen korang sebab aku nak tahu apa pandangan korang.
Nah, teaser trailer Artifact.
Sumber : IGN
@gamersantaimy
Discussion about this post