Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Valve Release Detail Pertama Tentang ” Artifact “

Silver Shroud by Silver Shroud
March 9, 2018
in Android, Artikel, Berita, iOS, PC, Steam
0 0
0
Valve Release Detail Pertama Tentang ” Artifact “
0
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Kali ni Valve buat apa pulak ni? Artifact ni apa? Game baru ke? Ke item dalam DOTA 2? Hurmmm. Mesti banyak diantara korang tertanya-tanya apa entri aku kali ni kan? Takpe, nanti aku kupas kan.

Jadi, masa The International tahun lepas, diorang ada tease pasal 1 game card DOTA 2 ni, Artifact nama game tu. Kali ni, Presiden Valve, iaitu Gabe Newell, duduk bersama-sama rakan-rakan dia yang lain, untuk membincangkan dan persembahkan game Artifact ni. Antara info yang paling penting, game ni bukannya game free-to-play macam competitor dia yang lain.

Game ni mempunyai ciri-ciri yang sangat tinggi, mekanik novel ( macam fasa pembelian ), dan juga AI yang mengajar kita untuk bermain. Gabe Newell ada jugak cakap yang deck building merupakan satu nilai untuk bersosial dan juga pengalaman berdaya saing. Tambahan pula, Artifact akan ada satu ciri marketplace dan workshop.

Newell mengatakan yang sebenarnya Artifact bukan lah card game untuk DOTA 2, tetapi mengambil ciri DOTA 2 sebagai satu tapak yang akan meyakinkan ramai pemain. Artifact akan menambah isi yang banyak ke dalam DOTA 2 seperti Hero baru. Artifact juga tidak ada Mode single-player tetapi melebihkan focus kepada melawan pemain yang lain.

Buat masa ni, Artifact masih lagi dalam Beta tertutup. Dibuka hanya untuk mereka-mereka yang berada dalam industry, dan juga pemain TCG Professional. Nampaknya game ini akan dikeluarkan pada akhir tahun 2018, dan Q1 akan bermula pada tahun 2019. Untuk versi mobile pula akan dilancarkan pertengahan tahun 2019.

Fuhhh, serious game ni nampak menarik dan tersusun. Mungkin sebab competitor yang lain, jadi Gabe Newell boleh belajar daripada game-game tersebut untuk mengeluarkan satu game yang sangat menarik. Korang rasa? Okay tak?

Nah aku bagi sikit teaser dia.


Sumber : IGN

ShareTweetSend
Previous Post

H1Z1 Percuma Di Steam

Next Post

Simulasi Sekolah Ahli Sihir – Dari Pencipta Stardew Valley

Silver Shroud

Silver Shroud

A person that love to write, mumble and I play games with love and passion!

Next Post
Simulasi Sekolah Ahli Sihir – Dari Pencipta Stardew Valley

Simulasi Sekolah Ahli Sihir - Dari Pencipta Stardew Valley

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd