Bagi mereka ingin mendapatkan Steam Deck tetapi takut akan harganya yang mahal, sekarang anda mempunyai peluang kerana Valve kini menjual Steam Deck jenis Refurbished kepada sesiapa yang berminat. Bagi mereka yang ingin merasa pengalaman gaming PC mudah alih, ini adalah peluang yang bagus untuk memiliki satu unit Steam Deck.
Valve baru sahaja mengumumkan tentang Steam Deck jenis Refurbished pada minggu ini dan turut meyakinkan bakal pembeli bahawa dalaman unit Refurbished telah “diuji secara menyeluruh mengikut standard yang sama seperti unit original. Paling penting sekali, harga Steam Deck itu telah diturunkan sebanyak USD $130 bergantung pada model yang anda ingin dapatkan.
Supaya semua faham, berikut adalah harga bagi Steam Deck Refurbished dan Original:
- Model 64 GB – USD $319 (asalnya USD $399)
- Model 256 GB – USD $419 (asalnya USD $529)
- Model 512 GB – USD $519 (asalnya USD $649)
Sayangnya, saya tidak boleh memberi harga tepat di Malaysia kerana produk ini masih belum dijual secara rasmi di negara kita. Sebaliknya, cadangan di atas lebih khusus untuk pengguna yang ingin memberi Steam Deck jenis Refurbished melalui halaman rasmi Valve.
Bagi aspek kondisi dan prestasi, Valve menjelaskan bahawa Steam Deck Refurbished perlu menjalani proses yang ketat sebelum dijual semula. Seperti saya kata tadi, setiap unit Refurbished yang sah telah diuji daripada atas ke bawah pada tahap tertinggi, sama seperti unit original.
Setiap unit perlu melalui factory reset lengkap, kemas kini pada perisian dan pemeriksaan menyeluruh yang melibatkan lebih 100 ujian di salah satu fasiliti Valve. Antara ujiannya termasuk memastikan semua input controller, sistem audio, skrin dan perkakasan dalaman berfungsi dengan lancar dan bagus. Hayat bateri juga dinilai untuk memastikan ia berfungsi dengan betul dan boleh bertahan lama.
Pada masa yang sama, sesiapa yang membeli Steam Deck (Refurbished) akan menerima carrying case, power supply, dan waranti selama setahun – jadi anda tidak akan kerugiaan apa-apa.
Sehingga sekarang, Steam Deck masih sangat popular di seluruh dunia tetapi permintaan orang yang melampau membuatkan peranti ini sangat susah untuk diperolehi; lagi-lagi pada harga yang murah. Oleh itu, anda tidak seharusnya melepaskan peluang ini jika sudah lama teringin.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Steam Deck, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post