Pada Jumaat yang lalu, Overwatch 2 (OW2) secara rasminya dilancarkan di platform Steam setelah hampir setahun di Battle.net. Walaupun begitu, ramai pemain game tersebut masih menyimpan rasa tidak puas hati mengenai game tersebut sehingga sanggup “review bomb” pada halaman Steam Overwatch 2. Tidak sampai tiga hari dilancarkan, Overwatch 2 kini mempunyai lebih 108 ribu ulasan negatif menjadikannya game paling teruk di platform tersebut.
Pelancaran game tersebut di Steam termasuklah kemas kini besar yang dikenali sebagai “Overwatch: Invasion” memperkenalkan hero baharu, misi PvE dan banyak lagi. Blizzard berharap kemas kini ini dapat memberikan perubahan kepada penglibatan pemain dalam game. Tetapi lain pula yang terjadi selepas game tersebut dilancarkan. Tidak sampai 24 jam, ia sudah pun mengumpul lebih 80 ribu review dan kini jumlah tersebut hampir mencecah 110 ribu dengan 98 ribu daripadanya hanyalah review negatif daripada pemain.
Antara perkara yang banyak disentuh dalam komen negatif game itu adalah tentang game pertama yang dibeli mereka, yang kini menjadi game percuma untuk dimainkan. Bukan sahaja game tersebut sudah tidak boleh dimainkan, mereka juga mengkritik tentang battle pass game tersebut. Tetapi perkara yang paling banyak disentuh adalah tentang ciri PvE yang dijanjikan pembangun apabila mengumumkan sekuel game itu.
Sejak pembatalan ciri tersebut, memang ramai pemain yang sudah hilang minat untuk bermainnya. Paling dahsyat sekali apabila banyak komen-komen negatif yang ditinggalkan datang daripada pemain yang tidak bermain langsung game tersebut, dan hanya ingin mengikut “hype” serta melepaskan rasa tidak puas hati mereka terhadap pembangun.
Kalau anda lihat di laman web “Hall of Shame” Steam, Overwatch 2 kini berada di tempat pertama di atas game War of the Three Kingdoms dan Flatout 3: Chaos & Destruction. Ini sekali gus membuatkan game tersebut antara game paling teruk di Steam. Melihat jurang antara ketiga-tiga game, nampaknya OW2 akan berada di tempat itu pada masa yang lama.
Apa pendapat anda mengenai budaya review bomb ini? Boleh tinggalkan pendapat anda di ruang komen. Untuk mendapatkan berita menarik tentang game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post