Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Urus Restoran Baratie Bersama Kru Straw Hat Pirates Dalam ‘One Piece: Grand Gourmet’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 11, 2026
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, Simulator, Steam
0 0
0
Urus Restoran Baratie Bersama Kru Straw Hat Pirates Dalam ‘One Piece: Grand Gourmet’
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco bersama pembangun Kairosoft telah mengumumkan One Piece: Grand Gourmet, sebuah game simulasi pengurusan restoran santai yang dijadualkan untuk keluar pada akhir tahun ini. Khususnya, game ini akan dilancarkan pada 23 Oktober 2026 untuk Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC melalui Steam, iOS, dan Android.

Berbeza daripada game aksi rancak dan lawan-lawan yang biasa ditawarkan oleh francais ini, One Piece: Grand Gourmet menawarkan pengalaman yang lebih kasual dan berfokuskan kepada aspek pengurusan. Pemain akan memegang peranan sebagai pekerja baharu yang diupah untuk bekerjasama dengan kru Straw Hat Pirates. Matlamat utama adalah untuk mengurus dan mengembangkan cawangan kedua restoran terapung Baratie bagi menjadikannya kedai makan paling terkenal di lautan.

Gameplay utama berfokus kepada menyediakan makanan dan pengurusan dapur. Bekerjasama rapat dengan Sanji, pemain akan mengumpul bahan-bahan, temui resipi baharu, dan menyusun set hidangan yang unik. Menu ini menampilkan beberapa hidangan ikonik daripada anime/manga popular tersebut, seperti Water-Water Meat BBQ dan Sea King Penne Gorgonzola. Pemain juga boleh memasak hidangan sendiri yang menggabungkan keunikan serta kuasa misteri Devil Fruit.

Menguruskan restoran yang berjaya juga bermakna anda perlu memberikan perhatian kepada hiasan dalaman. Grand Gourmet menyediakan lebih daripada 200 elemen yang boleh diubah suai, merangkumi bahan binaan, perabot, sehinggalah ke barangan hiasan. Pilihan hiasan ini bertemakan lokasi-lokasi ikonik daripada dunia One Piece. Sebagai contoh, pemain boleh menghias restoran menggunakan barangan bertemakan pencuci mulut yang diinspirasikan daripada Whole Cake Island, atau peralatan futuristik daripada Egghead. Mereka bentuk ruang yang menepati cita rasa watak tertentu malah boleh menarik minat mereka untuk lebih kerap berkunjung dan menjadi pelanggan tetap.

Game ini menandakan kali pertama lebih 400 watak One Piece dihasilkan dalam gaya seni piksel retro yang menjadi identiti Kairosoft. Watak-watak yang dikenali ini bukan sahaja akan hadir sebagai pelanggan, malah mereka juga boleh diupah sebagai kakitangan untuk membantu menguruskan restoran. Menguruskan jumlah watak yang begitu besar membuka peluang untuk anda mengalami acara khas dan interaksi unik antara watak yang tidak boleh ditemui dalam mana-mana siri lain.

Tags: One Piece: Grand Gourmet
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen Rumble: Survivaton – Game Baru Daripada Pencipta Vampire Survivors

Next Post

Crimson Desert Cecah Jualan 6 Juta Salinan Dalam Masa Kurang 3 Bulan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Crimson Desert Cecah Jualan 6 Juta Salinan Dalam Masa Kurang 3 Bulan
Berita

Crimson Desert Cecah Jualan 6 Juta Salinan Dalam Masa Kurang 3 Bulan

June 11, 2026
Jujutsu Kaisen Rumble: Survivaton – Game Baru Daripada Pencipta Vampire Survivors
Berita

Jujutsu Kaisen Rumble: Survivaton – Game Baru Daripada Pencipta Vampire Survivors

June 11, 2026
JRPG Klasik Tales of Eternia Terima Remaster – Akan Tiba Oktober 2026
Remastered

JRPG Klasik Tales of Eternia Terima Remaster – Akan Tiba Oktober 2026

June 11, 2026
Next Post
Crimson Desert Cecah Jualan 6 Juta Salinan Dalam Masa Kurang 3 Bulan

Crimson Desert Cecah Jualan 6 Juta Salinan Dalam Masa Kurang 3 Bulan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd