Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen Rumble: Survivaton – Game Baru Daripada Pencipta Vampire Survivors

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 11, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Roguelike, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Jujutsu Kaisen Rumble: Survivaton – Game Baru Daripada Pencipta Vampire Survivors
Share on FacebookShare on Twitter

Shueisha Games dan pembangun poncle (pencipta di sebalik game indie popular Vampire Survivors) telah mengumumkan sebuah game baharu bertajuk Jujutsu Kaisen Rumble: Survivaton. Game aksi bergenre “survivors royale” ini akan dikeluarkan pada tahun 2026 untuk PC (Steam), PlayStation 5, Xbox Series X/S, dan Nintendo Switch 2.

Game ini mengadaptasi mekanik “auto-attacking” dan “horde-survival” yang dipopularkan oleh Vampire Survivors, lalu membawanya ke dalam format kompetitif lapan pemain. Walaupun mod “single-player” disediakan, tumpuan utama game ini adalah pada perlawanan online, di mana pemain akan bersaing sesama sendiri sambil menentang gelombang demi gelombang Cursed Spirits. Memandangkan basic attack diaktifkan secara automatik, pemain hanya perlu memberikan tumpuan penuh kepada aspek pergerakan, posisi, dan pemilihan masa yang tepat untuk bertahan lebih lama berbanding pencabar lain.

Sepanjang perlawanan berlangsung, pemain akan mengumpul mata dengan mengusir roh-roh jahat tersebut. Sebaik sahaja mencapai 100 mata, pemain boleh mengaktifkan fungsi “Rule Addition”: satu mekanik yang mengubah syarat aktif perlawanan untuk mengganggu strategi pihak lawan serta mengubah kedudukan dalam leaderboard. Persaingan ini akhirnya akan membawa kepada pertarungan sengit antara dua pemain terbaik, yang akan berlawan dalam duel satu lawan satu bagi menentukan pemenang perlawanan.

Jujutsu Kaisen Rumble: Survivaton bakal menampilkan lebih daripada 20 watak yang boleh dimainkan daripada siri popular tersebut. Pemain boleh unlock watak-watak seperti Yuji Itadori, Megumi Fushiguro, Nobara Kugisaki, dan Satoru Gojo dengan menyelesaikan cabaran tertentu di dalam game. Setiap watak dilengkapi dengan abiliti unik yang diispirasikan daripada karya asalnya. Perlawanan juga akan menjadi lebih mencabar dengan kehadiran bos di pertengahan permainan.

Aspek combat pula bergantung kepada gauge khusus setiap watak yang akan terisi sepanjang sesi permainan. Apabila tolok ini penuh, pemain boleh mengaktifkan teknik ikonik seperti Black Flash atau Domain Expansion. Serangan khas ini mampu mengubah momentum perlawanan dalam sekelip mata dan memberi kesan kepada pencabar berhampiran. Apabila teknik khas ini aktif, mana-mana musuh yang berada dalam kawasan serangannya boleh disasarkan secara terus.

Game ini turut menyerapkan elemen “roguelike”. Dengan mengumpul mata XP daripada roh yang tewas, pemain boleh level up semasa perlawanan sedang berlangsung dan memilih ‘skill upgrade’ yang diberikan secara rawak. Ciri ini membolehkan pemain menguatkan abiliti sedia ada, mendapatkan abiliti baharu, serta membina kombinasi serangan berbeza dalam setiap sesi permainan.

Tags: Jujutsu Kaisen Rumble: Survivaton
ShareTweetSend
Previous Post

JRPG Klasik Tales of Eternia Terima Remaster – Akan Tiba Oktober 2026

Next Post

Urus Restoran Baratie Bersama Kru Straw Hat Pirates Dalam ‘One Piece: Grand Gourmet’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat
Review

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat

July 31, 2026
Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4

July 31, 2026
Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer
Berita

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer

July 31, 2026
Next Post
Urus Restoran Baratie Bersama Kru Straw Hat Pirates Dalam ‘One Piece: Grand Gourmet’

Urus Restoran Baratie Bersama Kru Straw Hat Pirates Dalam 'One Piece: Grand Gourmet'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd