Pearl Abyss telah mengeluarkan kemaskini besar untuk Crimson Desert, sebuah open-world action RPG yang baru sahaja dilancarkan. Kemaskini ini menangani pelbagai isu yang ditemui pemain sepanjang minggu pertama game ini berada di pasaran.
Kemaskini versi 1.00.03 kini boleh dimuat turun di semua platform, dan ia membawa penambahbaikan yang menyentuh hampir setiap aspek gameplay; daripada kesukaran combat hinggalah kawalan keyboard dan mouse, masalah visual sehinggalah isu prestasi.
Combat telah diseimbangkan semula; di mana Health dan Attack Power musuh serta Boss tertentu telah dikurangkan. Penggunaan stamina untuk blocking juga diturunkan, dan pertarungan ambush yang mencabar sebelum boss fight Reed Devil kini tidak lagi terlalu sukar.
Penambahbaikan Quality-of-Life

Salah satu perubahan paling besar ialah penambahan lebih banyak Abyss Nexus (titik fast travel yang tersebar di seluruh benua Pywel). Pemain kini juga boleh mengakses Private Storage di Hernand dan di Howling Hill Camp.
Pengumpulan sumber juga dipermudahkan. Pokok kini memerlukan lebih sedikit pukulan untuk ditebang, dan anda tidak perlu lagi menyasar sebelum mengayunkan kapak. Ore Vein dan Collectible akan ditemui secara automatik apabila cukup dekat.
Kemaskini ini juga memendekkan masa yang diperlukan untuk memperoleh Knowledge dan mengubah Skill Observation supaya anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja sebelum boleh menggunakan sesuatu ability. Force Palm kini boleh dipelajari jauh lebih awal dalam game.
Pemain PC Terima Perubahan Besar Pada Kawalan

Pengguna keyboard dan mouse akan merasai penambahbaikan pada kawalan. Pergerakan watak kini lebih responsif, dan Pearl Abyss menambah shortcut keyboard standard yang sudah biasa bagi pemain PC: “I” untuk Inventory, “K” untuk Skills, “J” untuk Journal, dan “M” untuk Map.
Kemaskini juga menambah default binding untuk butang sisi mouse; side button 1 untuk Guard/Aim dan side button 2 untuk Evade. Input pergerakan kini dikekalkan semasa menggunakan Axiom Force, dan beberapa bug berkaitan key binding serta input settings telah diperbaiki.
Pembaikan Khusus Untuk Konsol

Pemain PlayStation 5 dan Xbox mendapat toggle baharu untuk 120Hz mode dalam menu settings. Pengguna Xbox akhirnya boleh bermain secara offline; kemaskini ini membaiki isu yang sebelum ini menyebabkan game tidak boleh dimainkan tanpa sambungan internet.
Pemain PlayStation 5 pula pasti gembira dengan pembaikan crash yang kadangkala berlaku apabila membuka menu map.
Membantu Pemain Menikmati Jalan Cerita

Bug berkaitan Quest telah dibaiki di seluruh game. Dalam Quest Chapter 2 “Reunion,” kucing tidak lagi berhenti secara tiba-tiba ketika menunjukkan jalan. Quest Chapter 4 “Mysterious Pot” kini memberikan maklum balas yang lebih jelas semasa membaiki Ancient Generator, dengan simbol apabila sampai di kedudukan yang betul.
Minigame juga dijadikan kurang mencabar, dengan kesukaran yang dikurangkan untuk Arm Wrestling, Marksmanship, dan Archery Contest. Kesukaran QTE (quick time event) juga diturunkan apabila anda ditindih oleh lawan.
Perubahan Ekonomi Dan Item

Carl, pedagang di Howling Hill Camp, telah menurunkan harga item pemulihan secara drastik… daripada 10 silver kepada hanya 1 silver. Item makanan kini memulihkan lebih banyak Health, dan pilihan makanan baharu telah ditambah di Hernand Tavern.
Apabila mengambil makanan buat pertama kali, ia akan dimasukkan secara automatik ke dalam Quick Slot untuk akses pantas.
Kedai Witches kini menetapkan semula item tertentu setiap hari, memberi lebih banyak peluang untuk membeli barangan yang berguna.
Kejelasan Visual Yang Lebih Baik

Pearl Abyss menambah baik keterlihatan beberapa elemen gameplay yang sebelum ini mengelirukan pemain. Item yang memberikan Knowledge kini memaparkan ikon dan tooltip yang menunjukkan jumlah Knowledge yang telah dikumpulkan.
Puzzle mempunyai visual yang lebih jelas, dan Skybridge Alignment Device dalam Abyss lebih mudah ditemui serta terus diaktifkan apabila diletakkan di tempat yang betul.
Jarak Lantern untuk mengesan petunjuk telah ditingkatkan, dan ore vein lebih mudah dilihat dari jauh. Ore biasa boleh dikesan dari jarak 8 meter.
Combat Stronghold Yang Lebih Strategik

Memusnahkan Stronghold musuh kini memberikan kelebihan taktikal yang bermakna. Memusnahkan Infirmary menghalang musuh yang cedera daripada kembali ke medan perang. Memusnahkan Storage Facility mengurangkan maximum health musuh sebanyak 10%.
Memusnahkan Barracks pula menurunkan Attack Power musuh sebanyak 5 mata.
Patch note penuh mendedahkan berpuluh-puluh pembaikan kecil yang lain, termasuklah tingkah laku kuda yang lebih baik apabila memanggil mount; urutan kematian dan loading telah dipercepatkan, pelbagai kesan visual turut diperkemaskan, dan banyak lagi. Anda boleh baca perubahan penuh di SINI.
Game ini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (Steam).









Discussion about this post