Bandai Namco dan pembangun Media.Vision mendedahkan bahawa sebuah expansion besar sedang dalam perancangan untuk Digimon Story Time Stranger. Expansion DLC ini kini sedang dibangunkan dan akan dilancarkan pada tahun 2027.
Selain pengumuman DLC tersebut, Bandai Namco turut berkongsi keputusan Referendum Digimon ke-139; iaitu satu undian peminat yang bertanyakan soalan: “Digimon manakah yang anda ingin latih atau harap dapat memainkan peranan penting dalam game Digimon pada masa hadapan?”
Untuk pusingan kali ini, peminat diminta memilih daripada senarai 35 Digimon yang telah dipilih oleh pihak pengurusan. 10 Digimon paling popular pilihan peminat adalah seperti berikut:
- Gammamon
- Loogamon
- Kazemon
- Gumdramon
- Pulsemon
- Herissmon
- Terriermon Assistant
- Meicoomon
- Ludomon
- Gekkomon
Produser Digimon Story Time Stranger, Ryosuke Hara, turut berkongsi pandangan bagaimana keputusan referendum ini akan mempengaruhi expansion akan datang.
“Kami sudah pun memulakan pembangunan, dan walaupun tidak semua keputusan daripada Digi Referendum akan dimasukkan, setelah mengambil kira pembinaan dunia untuk expansion baharu ini dan game Digimon pada masa hadapan, kami akan mencerminkan sebahagian daripada keputusan tersebut,” kata Hara. “Mengenai apa yang akan dimasukkan, sila nantikan pengumuman susulan dalam masa terdekat.”
Hara juga mendedahkan bahawa pelakon suara Mutsumi Tamura, yang memegang watak Aegiomon dalam game ini, akan kembali untuk expansion tersebut.
Digimon Story Time Stranger kini boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Game ini juga disahkan akan hadir di Nintendo Switch 2 dan Switch asal, dengan tarikh pelancaran pada 9 Julai.









Discussion about this post