Patch 9, juga dikenali sebagai Ever Upwards update telah dilancarkan semalam kepada semua pelantar yang mempunyai Fallout 76. Ia muncul pada saiz 8GB untuk semua konsol, tetapi pemain PC akan menerima saiz update 3.5GB. Update ini telah menambah pelbagai content baru untuk pemain menikmati. Ini termasuk Pioneer Scout, pasukan terbaru di dalam game, serta Quest baru, Challenge baru, Event baru, dan juga backpack pertama!
Selain daripada penambahan pasukan baru ini, backpack membenarkan pemain untuk meningkatkan carry weight, serta pilihan untuk customize penampilan backpack tersebut dan juga menambah pilihan utiliti. Vending Machine dan Legendary Exchange Machine juga menjadi sebahagian daripada update baru ini. Korang boleh baca patch note penuh di sini tetapi kami sudah mengumpul highlight update untuk peminat sekalian:
SERTAI PIONEER SCOUT!
- Baca poster Pioneer Scout di stesen keretapi sekitar Appalachia untuk mulakan pengembaraan anda sebagai ahli terbaru Order of the Tadpole.
- Anda juga boleh membuka poster Pioneer Scout untuk C.A.M.P secara percuma di Atomic Shop pada 9 Jun.
- Sebagai Tadpole, anda boleh mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti dan mini-quest untuk menunjukkan semangat Pioneer anda.
- Selesaikan Pioneer Scout Challenge untuk menerima badge yang membantu anda untuk rank-up dan juga boleh ditebus untuk loot.
- Sertai event baru “Terrors of the Dark” untuk mendengar cerita seram di sekitar sesi unggun api bersama rakan-rakan Pioneer Scout lain.
BACKPACK
- Backpack ialah item baru yang pemain boleh equip untuk meningkatkan Carry Weight.
- Anda boleh menerima Backpack pertama selepas mencapai rank Possum di Pioneer Scout.
- Kraf Backpack level tinggi untuk menerima lebih banyak bonus Carry Weight.
- Backpack boleh diubah untuk menepati citarasa masing-masing.
- Anda juga boleh menambah mod berfunsgi untuk memberi lebih banyak utiliti kepada Backpack anda , seperti peningkatan damage reduction atau food refrigeration, bagi menggantikan kapasiti storage yang berkurangan.
- Backpack masih boleh dilihat walaupun memakai outfit dan armor tetapi akan hilang apabila menyarung set Power Armor.
- Outfit yang sudah mempunyai cosmetic backpack tidak akan mempamerkan backpack berfungsi anda. Tetapi pemain masih menerima kelebihan yang diberi oleh backpack tersebut.
VENDING MACHINE TERSENDIRI
- Mulakan perniagaan sendiri dengan mencipta Vending Machine di C.A.M.P anda, di mana anda boleh menjual item kepada Dweller lain bagi mendapatkan Cap.
- Cipta sehingga empat Vending Machine di C.A.M.P anda menggunakan tab Vendor di menu Build.
- Iklankan C.A.M.P anda kepada pemain lain di Map. Pemain boleh juga fast travel kepada C.A.M.P lain yang memberi pilihan vending.
- Maksimum 30 item individu atau stack boleh diagihkan kepada Vending Machine pada bila-bila masa.
- Letakkan item daripada Inventory atau Stash anda di Vending Machine dan letakkan nilai harga Cap yang anda ingin jual.
- Item di Vending tidak akan dibuang daripada Stash. Sebalikya mereka akan mempamerkan ikon di sebelah nama mereka supaya lagi mudah untuk tahu apa yang pemain jual.
- Pemain akan menerima notifikasi apabila pemain lain membeli item anda. 90% daripada jualan akan ditambah ke balance Cap. Bayaran 10% ini direka untuk memastikan ekonomi berjalan lancar dan mengurangkan inflasi.
- Item masih boleh dijual selepas mencapai maximum cap balace 25,000, tetapi pemain tidak akan menerima apa-apa lagi Cap selepas itu.
LEGENDARY EXCHANGE MACHINE
- Legendary Exchange Machine telah ditambah di Train Station sekitar Appalachia. Pemain boleh menggunakannya untuk menukar item legendary yang mereka tidak ingin lagi kepada nilai mata wang baru dipanggil Legendary Scrip.
- Legendary Scrip boleh digunakan untuk membeli legendary item daripada Purveyor, sebuah Legendary Vendor baru yang bakal tiba di Appalachia pada 16 Mei. Siap sedia untuk ketibaannya dengan menggantikan item anda untuk Scrip.
- Lebih tinggi star-rating item legendary anda, lebih banyak Scrip pemain akan terima daripada Exchange Machine.
- Legendary Scrip tidak boleh dijual dan tidak boleh dikongsi antara watak di akaun anda.
Sumber – Bethesda
@gamersantaimy
Discussion about this post