EA hari ini mengeluarkan laporan terkini untuk pendapatan suku tahunannya dan game battle royale, Apex Legends dikatakan penyumbang terbesar. Menurut EA, permainan battle royale yang dibangunkan oleh Respawn Entertainment itu adalah “francais paling cepat berkembang yang pernah kami miliki.” CFO Blake Jorgensen mendedahkan bahawa syarikat itu mempunyai rancangan untuk membawa Apex Legends ke peranti mudah alih dan memasarkannya di luar negara seperti China dan Korea Selatan.
Blake menambah yang mereka sedang dalam rundingan bersama China untuk bawakan game battle royale itu ke negara sana. Terdapat lebih 50 juta pemain yang sudah pun bermain game ini di konsol dan PC. Sudah tentu, apabila ia dilancarkan pada platform mobile, angka ini akan terus meningkat. Buat masa ini, tiada maklumat terperinci untuk apa yang akan berlaku pada Apex Legends. Malah tiada spesifikasi yang diberikan tentang platform mahupun tarikh keluarannya, tapi ianya boleh dikatakan selamat untuk Android dan iOS akan memasuki senarai tersebut. Syarikat itu berkata:
“Kami amat teruja dengan masa depan Apex Legends.”
How does EA plan to release Apex Legends on mobile when the game is still so glitchy and broken? pic.twitter.com/9A4gIyNvHz
— Zurmos (@ZURM0S) May 8, 2019
Nampaknya, EA jelas sedang cuba untuk mengikuti pesaing terbesar Apex, iaitu Fortnite dan PUBG. Kedua-dua permainan battle royale itu boleh didapati di telefon pintar, walaupun mereka menggunakan strategi yang berbeza. Namun demkian, Respawn Entertainment juga perlu teruskan kemaskini yang konsisten supaya bug dan glitch berkurangan serta pemain yang menggunakan cheat dan hack tidak terlepas bermain. Dalam masa yang sama, jangan terpedaya dengan game mobile Apex Legends versi palsu ini!
Sumber: Game Informer
@gamersantaimy
Discussion about this post