Kalau ada sesiapa nak main game yang boleh buat korang ketawa, serius dan kagum pada waktu yang sama game ni untuk korang, pada awal tahun 2019 syarikat Nintendo akan keluarkan game baru nama dia Untitled Goose Game! Ye tu nama tajuk game ni. Game ni memang tak jauh beza dengan Goat Simulator tapi yang ni korang akan jadi angsa, aku tak tau kenapa ramai orang tak boleh bezakan antara Itik dengan Angsa dan kenapa angsa, tapi yang game ni korang akan jadi angsa.
*Bawah adalah video trailer untuk Untitled Goose Game*
Apa yang menarik sangat jadi angsa ni? well, sebenarnya game camni ada elemen komedi tapi mencabar, korang di beri quest untuk buat apa yang game tu suruh, kalau quest tu suruh cuci baju, korang rembat la baju sesiapa pastu letak kat kolam ke apa ke, erti kata lain korang kena kreatif nak buat kecoh dalam game ni dan buat quest seterusnya, game trailer dia sahaja ramai yang suka dan tak sabar game ni keluar nanti.
Gameplay game angsa ni ada style Sandbox–Stealth ( Jangan samakan dengan AC Series) yang pasti dalam game ni suruh jangan bagi angsa tu kena tangkap, jangan kena pukul dengan orang ataupun jangan lari dari quest game tu, biasanya ramai orang akan persoalkan apa yang bagus tentang game ni, tapi sekali korang tengok trailer game ni, mesti korang akan faham kenapa ramai suka dan hyped pasal game ni.
Personally bagi aku, aku dah jatuh cinta dengan komedi dan gameplay trailer tu sahaja, aku cuma harap game ni tak senang bosan dan repetitive sebab bagi aku tu akan jadi killer mood dalam game. Aku rasakan game ni boleh pergi jauh sama macam Goat Simulator dan harap-harap game ni dapat sambutan yang baik dan gameplay yang konsistent untuk peminat baru Untitled Goose Game. Apa-apa pun kita tunggu awal 2019 untuk Steam dan Nintendo. Bagi PS4, Xbox One masih tak ada berita lagi untuk platform tu.
10/10 Will Goose again.
@gamersantaimy
Discussion about this post