Ramai yang menanyakan pasal apa PUBG boleh update dari segi report dan feedback system yang bagus dan cepat, sebelum ni pun system ok je tapi masalah hackers la yang jadi issue besar sampai tak boleh nak kira, tapi dengan sistem baru dari orang baru PUBG, memang ini update yang bagus! Bukan sebab satu tu je, korang boleh bagi feedback after match lepas korang lawan dan kalau nak report on the spot pun boleh dengan system update terbaru ni.
*Bawah kat ni video pasal Report Feedback System dari PUBG*
Report system ni, boleh digunakan untuk orang yang main secara kotor atau mulut gamer tu takde insurans. Kalau rasa orang tu main kotor atau rasa melampau sangat boleh je buat report tu kat button yang dah disediakan. Tapi, ini untuk yang betul-betul punya kes report dan bukan untuk report sesuka hati sebab dia kalahkan kau dalam PUBG dan kau report dia sebab dia terlalu kuat, jangan jadi orang macam tu.
satu lagi sistem iaitu feedback, sistem yang sebelum bukan friendly-user tapi sekarang ni sistem yang semua orang boleh guna dengan senang dan korang akan dapat popup untuk beritahu apa yang berlaku, contohnya kau beritahu PUBG yang ada orang hack dan kau buat report, then dalam beberapa hari nanti korang akan dapat feedback dari PUBG yang report korang buat tu berjaya atau tak, ni actually sangat bagus supaya korang tahu feedback dari PUBG.
Jadi, bagi aku update ni sangat bagus sebenarnya sebab siapa je yang tahan dengan hackers kan? Tak ada orang suka hackers dan orang yang selalu jerit kat microphone sambil jerit “FORTNITE IS BETTER!”. Marilah kita jaga komuniti PUBG ni sama-sama dan main secara bersih dan kompetitif untuk peminat game PUBG sedunia.
aku bagi Website PUBG dan Youtube Channel PUBG untuk sesiapa yang nak tahu lebih lanjut.
@gamersantaimy
Discussion about this post